Sabtu, 15 Mei 2010

Pilihanraya Kecil Lagi Di Kedah

Dengan hukuman denda sebanyak RM3000.00 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret keatas YB Gobalakrishnan, secara automatik beliau hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Melainkan beliau berjaya dalam proses rayuan, Parlimen Padang Serai akan kehilangan wakil rakyatnya.

Melihatkan kepada kelakuan YB Gobalakrishnan yang penuh dengan sikap agresif bagi memancing populariti, hanya masa yang dapat menyelamatkan beliau dari dilucutkan jawatan Ahli parlimen. Ini kerana Ahli Parlimen Padang Serai ini bukan saja didakwa dan didapati bersalah dalam kes di Pulau Pinang, tetapi mempunyai banyak lagi kes yang bersusun padat, termasuk kes memukul anggota polis semasa pilihanraya kecil Permatang Puah, yang mana bukti rakaman sangat jelas membuktikan beliau memukul anggota polis.

Dengan kedudukan ini, Gobala hampir pasti akan terhukum oleh perbuatan ala samseng beliau, cuma mungkin masa beliau dihukum agak lambat lagi, dan penggal beliau sebagai ahli parlimen mungkin tamat sebelum beliau dihukum dengan kes-kes lain.

Inilah contoh wakil rakyat PKR yang lebih mementingkan populariti (dengan cara salah) berbanding tugas yang diamanahkan kepadanya sebagai ahli parlimen oleh pengundi beliau. 

11 comments:

pak lah bom berkata...

aku doakan supaya bagi la ada prk kat padang serai pula.bukan apa nak tengok sapa yang nak menang pula.

CucuTokJasin berkata...

Ini salah seorang contoh wakil rakyat Pakatan Reput yang suka cari publisiti... suka cari gaduh... suka cari pasai... serta suka cari penyakit!

pemerhati umno berkata...

jangan seronok sangat kalau ada pilihanraya kecil di padang serai.aku dapat tahu ceritanya umno padang serai pun cukup serabut.tak habis dengan kisis dalaman umno tersebut.

Tanpa Nama berkata...

orang yang undi bala dulu akan ditimpa bala

Masalodeh berkata...

PRK P017 Pdg Serai. Mungkin ada kot. UMNO Kedah dan Padang Serai nampak macam syok sendiri. Masing-masing berangan-angan nak jadi calon kot-kot kalau terpilih. Depa [umno] mungkin lupa kot, Parlimen padang serai milik MCA. Kalaulah calon diberikan kepada UMNO, sapa layak, mungkin zuber yang mempunyai banyak kelebihan walaupun hanya su Bhg jika berbanding dengan Raman Ketua Bhg. Di harapkan jangan ada pula sabotaj terhadap rakan sendiri jika kita ataupun rakan kita tidak dipilih sebagai calon. Jangan jadi seperti PRU ke-12 lalu, Raman dan konco-konco beri besaq, Tam Wati P3 and Raman team mensabotaj calon BN/UMNO dengan membantu calon PAS/PKR. Inilah imej UMNO di abad ini yang diterajui oleh Raman dan Zuber. Fikir fikirlah....

Tanpa Nama berkata...

DULU KATA NAK BUAT PERUBAHAN..YANG ADA BERKELAHI TAK HABIS-HABIS SESAMA SENDIRI.RAMAN DENGAN ZUBER DAH TENDANG TIMBALAN DIA DAN KETUA PENERANGAN ASRI DALAM AJK BN.KETUA CAWANGAN YANG TAK SEPENDAPAT DITENDANG DRP MENJADI JKKKP.PROJEK-PROJEK UNTUK KRONI DEPA SAHAJA.ORANG JADI PEMIMPIN RAMAI KAWAN KURANG MUSUH,RAMAN DGN ZUBER LAIN PULA.RAMAI MUSUH KURANG KAWAN.INI LAH BALA DAN BALA DI UMNO PADANG SERAI.

samdol merican berkata...

berita gempak di umno padang serai.kuda-kuda rahman dan zuber sedang membawa surat kecawangan untuk dapat tandatangan ketua cawangan agar halim bas timbalan ketua bahagian dipecat daripada jawatan tersebut.dulu halim bas ini sekole dgn dia.ketua cawangan diugut oleh samseng raman.dia jaga ketua cawangan je.orang ramai dia tak jaga.kalau jadi pilihanraya lingkup bn.betoi hang pa kata bala.memang bala sungguh.

ahli umno kilang lama berkata...

umno padang serai cakap tak serupa bikin.bersyarah pasai ketuanan melayu sana sini.tapi pejabat umno sendiri pun sewa kedau cina.katanya miss selalu pula..

gobala rosli berkata...

dulu ada melayu juga yang undi gobala.maka darah umno pun dicurahkan kedalam longkang kilang lama.darah pkr mengalir dalamnya dengan amat hebat.entah bagaimana darah pkr telah dijangkiti selsema babi.dibuangnya darah pkr itu.kemudian dimasukkan kembali darah umno pula.jadilah hero dalam umno setelah jadi pengkhianat umno.itulah nasib orangn umno/kalau nak adi hero kena bakar kelambu dulu.barulah dapat perhatian dan hero macam radhi ,zulkifli nordin.aku ingat lepas ni kalau gobala keluar pkr dia juga akan jadi hero.jangan lupa merekalah yang menekan kita dulu.

masih setia berkata...

Bagi prk dulu pastu kita tgk, sapa bekelahi, sapa menang. la ni kerajaan negeri dah dh nak tebalik, gaji kami pun asyik lambat aja, pastu ada prk pulak, maka yab ustaz azizan kena juai tanah la. yg kami dok nampak bgaduh2 umno pun krja depa buat dan ada duit, maka kalah pun takpa duit tetap dapat.

Tanpa Nama berkata...

selain gobalakrisnan.ada tiga lagi gobala dalam umno padang serai yang jadi pelingkup.gobala rahman.gobala halim bas.gobala zuber.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates