Rabu, 14 Julai 2010

Gempar!!! Bukti Ustaz Azizan Tauke Arak

Sediakan GPS anda agar tidak tersalah tempat. Kami bagi bukti tepat dan jitu. 

Lokasi anak syarikat kerajaan PAS yang menjual arak sebagai salah satu punca pendapatan adalah di:

    5*24'17" Utara:
100*35'00" Timur

Hanya ada satu tempat saja dengan koordinat  tersebut di atas muka bumi ini, tak boleh silap.

Syarikat ini kemudian menyalurkan keuntungan kepada Ustaz Azizan melalui parent company syarikat ini, iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah. Jadi jangan hairan jika elaun raya saja, Ustaz Azizan Rangkul RM20,000.

Tukang salur ialah CEO syarikat ini, iaitu Muhammad Sobri Osman (Cucu Saudara Ustaz Azizan).

Tukang mengarah ialah Pegawai Khas Kepada MB (Hal Ehwal GLC) iaitu Yusrain Zakri Adnan (Menantu MB yang juga AJK Pemuda PAS Kedah).

Oh ya, sebelum kami terlupa,  dibawah ini, kami petik kenyataan Setiausaha Agung PAS pada 20 April 2010 untuk memberi sedikit cabaran kepada pembelit hukum:

"Umno, yang menerajui kerajaan pusat, yang memberi kelulusan kilang arak lebih banyak berdosa berbanding Datuk Zaid Ibrahim yang sudah bertaubat atas perbuatannya" Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali.

Dan disini juga boleh kita rujuk pendirian PAS tentang arak dan hasil arak. Itu tentang cukai dari hasil arak, kalau sendiri jadi tauke arak, faham-faham sendiri la noo.

10 comments:

Tanpa Nama berkata...

Puak2 pelacur ugama nihh amalan kronisme lagi dahsat. Anak menantu semua dok pegang top post kat GLC negeri.

Tanpa Nama berkata...

Kita asyik tgk gambar anak menantu tok nik siar kan menantu ajijan plak dan kekayaan dalam masa terdedekat ini.....siapa yg amalkan kroni

Tanpa Nama berkata...

Mari kita tanya shahril long, si ostad penceramah yg gheja dia sebijik macam peminta sedekah tu.. berapa banyak dah kerajaan pas di kedah dan kelantan agihkan kekayaan negeri kepada golongan rakyatnya selain kelompok anak menantu pemimpin mereka????

Nota:-
Shahril long nilah salah seorang penceramah yg hidup atas 'ehsan' sedekah orangramai hasil dok jual ayaq lioq dia.

Dublin estate berkata...

Tang mana kilang ni ,kami cari tak jumpa ? apa jenis arak yang di buat ? beer ka ? wisky ka ? brandy ka ? atau toddy ? depa buat untuk diexport atau untuk kegunaan dalam negara,tolong jawab sikit !

Tanpa Nama berkata...

Bagi puak-puak ahliPas, apa yg tok-tok guru depa buat semuanya halal belaka walaupun sudah jelas dan terang lagi bersuluh perbuatan tersebut menyalahi dengan apa yang depa perjuangkan selama ini.

Kesian kepada penganut agama Pas nihh, asyik ditipu oleh tok-tok guru hamPAS depa jaa.. yang kenyang ostad azizan ngan anak menantu cucucicit dia jugakk. hatta duit hasil jual arak pun disapu buat jamuan dok hidang ahli-ahli hamPAS.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Ini baru betul krone, makan duit haram. Patut cakap pun dah melalut, tergagap-gagap. Tanya banyak soalan sikit mula nak marah.

nayan berkata...

Dublin Estate: Relax bro. Tarak sebut pun pasai kilang. Dia sebut syarikat yang mejual .... hang pi cari kilang tak jumpa la. P la cari kat koordinat tu. hahah

Dublin estate berkata...

Nayan,

Aku orang Dublin Estate,hang tau tak tang mana Dublin Estate ? Estate ni bukan di Dublin ,Ireland tapi lepas sungai kob dan sungai Karangan,jalan nak pi ke Kg Sedim dan Mahang.Di Estate tu ada padang golf macam Padang Golf Saint Andrews di Scotland,home of golf.Tapi dia ulu sikit mana ada GPS dan aku pun buta nak baca GPS,aku melilau di kawasan kulim hi tech sampai kilang lama tak jumpa jumpa juga.Aku pun give up dan terus pi makan nasi kandar pelita di pekan kulim.Esok aku nak pi cari lagi, tolong bagi plan macam kenduri kawin sebab aku nak bawa kaki minum dari estate Dublin mai beli minuman keras tu ,voucher discount aku dah dapat dari pejabat MB Kedah.

Tanpa Nama berkata...

Dublin Estate,
google earth atau google map pun boleh jumpa, aku suruh anak aku yang darjah lima cari pun jumpa. Memang sah kat situ ada satu kelab golf. Aku call kawan di Kulim,sah la, dia kata memang kelab tu milik kerajaan negeri.

Jangan lupa bawa geng estate dublin minum2 sambil santai kat sana. Awat hangpa ingat orang PAS lekeh sangat ka? Oran Pas pun tau juga, zaman moden ni kena la jual arak.

Ada la kemaslahatan dia tu, Umno saja bodo, jual arak tak ikut hukum.

Tanpa Nama berkata...

dAUBLIN eSTATE, hang nak bela apa. Oghang kata ada tu adaaa laaa...

Apa cegheta jual aghak nak ikut hukum. Jual aghak,benda haram, makan hasilnya haram lah.

Duit tu haram.

Tak payah pi caghi kelang dekat golf kulim tuuuhh..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates