Ahad, 15 Ogos 2010

Makan Angin Ke Australia dan Camry Ada Duit, Kepada Rakyat Miskin Tiada Peruntukan

Setelah membeli berpuluh buah Toyata Camry untuk Exco-exco baru-baru ini, ahli-ahli PAS akar umbi dikecewakan lagi dengan sikap kerajaan Negeri Kedah yang berbelanja wang rakyat sesuka hati. 

Hanya untuk membodek pegawai-pegawai KCS dari membongkarkan kelemahan kerajaan negeri, mereka diumpan dengan Lawatan ke Australia.

Rombongan ini dikatakan lawatan sambil belajar, walaupun masanya dihabiskan di depan panggung Opera, membelai kanggaro, factory outlet, pergunungan dan pantai-pantai indah. Wahai Ustaz, rombongan sebegini dinamakan pakej melancong, bukan lawatan sambil belajar. Manakan tidak, Kedutaan Malaysia di Australia pun tidak dihubungi untuk rancangan lawatan sambil belajar pakej melancong ini, justeru, apa program berfaedah boleh dibuat melainkan shopping dan bergambar.

Dalam keadaan kerajaan sentiasa menjawab tiada peruntukan apabila rakyat miskin, pesakit kronik, ibu-ibu tunggal meminta dibantu, tiba tiba beli Camry berpuluh buah, dan menghadiahkan pakej melancong kepada hampir 50 pegawai KCS ke Australia. Dulu, bukan main lagi ustaz Azizan ugut nak gondolkan balak di Kedah katanya kerajaan negeri tak ada duit, tapi boleh pula hantar sampai satu batalion ke Australia untuk membelai kanggaroo.

Masih ramai rakyat marhaen di Kedah yang memerlukan bantuan kewangan, tapi Kerajaan Kedah pimpinan ustaz Azizan lebih prihatin kepada pegawai-pegawai KCS yang sudah lama tidak melancong. Mungkin pengetahuan membelai kanggaro nanti boleh digunakan untuk membantu rakyat Kedah yang miskin.

Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Depa Saja.

10 comments:

hangkedee berkata...

Kata dulang paku serpih.Nah bukalah mata mu puak/juak pas tegar.Untuk kepentingan diri Lu apa perduli.Ana puyak hal la anta mau mampus lu lu punya pasal la janji ana lantak habis...sekali unta di kedah la...ha...ha..ha..takbir

Heran berkata...

Kat rakyat di kampong depa kata duit x dak, kena bayaq hutang yg BN tinggai.
Bila ayaq x dak mai umah ke umah, depa kata yg tu kerja Tuhan bg kemarau, nk buat mcm mana. Keti kena redha. Tp masa BN dulu kalau ayaq x dak depa bantai yg bukan2. heran penyokong PAS nuleh terima.
Dulu EXCO kebajikan janji nk bg bantuan bulanan kat warga mas ngan ibu tunggal, sampai la ni dah 2 tahun x dak pa pun.Cian kat depa, kerana janji tu bg undi kat EXCO Kebajikan tu.
Pembangunan lam kampong? HamPAS pun x dak, rakyat kena banjir pun x leh bg bantuan, x bantu langsung. Jalan minitar tepi umah EXCO Kebajikan pun kerajaan pusat buat.
Heran, heran. betoi2 rakyat dibodohkan oleh wakil2 rakyat depa yg mmg dah bodoh.
Pakat pikiaq balik, kena ubah lepaih ni.

Miak Bujat berkata...

Kedah makin teruk aku tgk... mana ada sejahtera... depa ajer yg sejahtera tue...

Tanpa Nama berkata...

Yang dok tengah2 gambaq tu Ustaz Azizan lah nooo...? Fakhrurrazi, Spiker. Tulah yang kita kenai.

Biasalaaah... Tok Det iring raja, depa kata menghabis duit. Puak2 ni selungguk pi Australia, depa tak kata puuunn.... Tapi, aku tetap kata punya. Rakyat kena tau juga, puak2 ni pun kaki joli juga. "Mengata dulang paku serepih, mengata orang aku yang lebih".

Ini kera luaq bajet Kerajaan Negeri. Jangan pulak bajet GLC. Itu nanti SPRM cari oooo.... fasal bayaq MB (BAWA KETUA EKSIKUTIF MAKAN ANGIN) keluar negara.

sungguhka berkata...

Jangan pulak baget GCL......? Silap kot..... bukan kata jangan..... dah cair dah. Kalau tak percaya hang pi tanya geng2 kuat PKNK atau pi minta laporan audit terkini.

Tanpa Nama berkata...

Biag pi kat depa lah depa nak pi mana pun... Lagi pun dalam PAS semuanya boleh dan HALAL kecuali satu saja yang HARAM yakni Mahfuz si HARAM JA**H sebab dia ni telah menghina seorang mufti walaupun cetek pengetahuan agamanya. Orang-orang PAS pun tahu dia cetek agama sebab itu depa tak panggil dia ustaz pun..

Walaubagaimanpun bukan itu yang aku nak storykan ari ini. Ni kes seorang pemimimpin BAHAGIAN di Kedah yang bawak balaci-balaci dan juak-juaknya pi joli katak di Medan beberapa hari sebelum Ramadhan.

Pemimpin ni masih muda. Menang untuk jawatan tinggi di BAHAGIAN dalam pemilihan dulu. Seorang kontraktor yang agak terkenal di Kedah dan ada anugerah dari Sultan walaupun bukan Sultan Kedah Darul Aman. Dulu dia menang jawatan tu atas undi popular kerana akar umbi percaya yang dia ada karisma dan boleh jalankan tanggungjawab dia dengan baik.

Amat malang sekali bila dia telah menang, dia telah lupakan penyokongnya dan akar umbi di BAHAGIAN hinggakan jalan untuk ke sesetengah cawangan pun dia dia lupa agaknya. Bila ditanya, jawapan yang diberi agak mudah, "sibuk dengan perniagaan" katanya. Sibuknya yang melampau sehingga menyebabkan pada Mesyuarat Agung BAHAGIAN pada tahun ini dia tidak hadir tanpa memberikan sebarang alasan yang munasabah.

Alih-alih dengar cerita dia sponsor 11 orang badut-badut dan beruk-beruk dia pi joli sakan di Medan. Akar umbi semua hairan...ingat dia ni dah tak mau aktif dalam politik tiba-tiba saja buat kejutan macam dalam AF la pulak. Selidik punya selidik beruk-beruk yang 11 orang tu bukanlah dia yang punya tetapi seorang mantan YB di BAHAGIAN yang sama punya. Mantan YB ni pernah tanding dalam pemilihan BAHAGIAN tu tapi kalah tipis. Mantan YB ni pun kalah disebabkan beruk-beruk tu jugak. Berlagak tak kena gaya apa lagi akar umbi pun naik meluatlah. Salah seorang dari beruk ni mantan pemandunya sendiri. Dulu dok tikam mantan YB ni dari belakang tapi sekarang dah jilat balik ludahnya. Pegang jawatan di cawangan hanya nak tunjuk lagak tapi masih tak sedar diri yang dia sebenarnya tak punya pengaruh langsung. Beruk -beruk ni rupanya tak ada kerja. Hari-hari depa dok pi bohong mantan YB ni dengan macam-macam cerita yang boleh menjejaskan perpaduan di BAHAGIAN tu. Hasilnya lumayanlah jugak untuk sara hidup.

Pasai apa pemimpin BAHAGIAN tu boleh team dengan mantan YB tu agaknya? Selidik-punya selidik rupanya pemimpin BAHAGIAN ni masih nak mengekalkan jawatannya untuk pemilihan akan datang walaupun dia dah tak ada pengaruh dan terpaksa menggunakan beruk-beruk orang lain dan satu sebab lain ada angin yang bertiup kencang mengatakan bekas bossnya akan kembali ke Perhubungan Negeri untuk memegang jawatan Timbalan Pengerusi. Patut pun dia beria-ia sangat nak bela beruk-beruk tu.

Nampak tak tuan-tuan contoh politiking yang ada dalam UMNO. Kalau macam ni lah sikap pemimimpin di BAHAGIAN yang nak pegang jawatan untuk tujuan lain maka untuk PRU yang akan datang bolehlah bagi walk over saja kat PAS..

Nak tau dak pemimpin ni dari BAHAGIAN mana??? Syy...jangan bagi tau orang lain noo.. Ketua BAHAGIAN ni memang confirm pengkhianat parti.

1 Melayu berkata...

Puak puak PAS pun nak enjoy juga,depa pun manusia macam orang umno.Harta rompakan perang masih ada lagi,balun saja lah ! bila tinggai kerak puak puak PAS Harami akan cuci tangan saja,puak umno pulak yang akan jadi keldai .

KangNasir berkata...

pasti mereka akan berkata penaja yg belanja.
itu adalah saguhati.

C L J berkata...

Pegawai pegawai tu semua sekolah tinggi tinggi belaka. Takkanlah mereka tak dapat baca yang benar kot. Mereka pun orang orang yang ada prinsip dan pendirian; takkan dapat dibeli dengan hanya satu lawatan begitu kot.

xan berkata...

ish ish ish ,,seghonok noo depa pi jalan makan angin. aku tau sgt kalau pegawai kerajaan kata nak pi 'lawatan sambil belajaq'. nak belajaq apa kalau setakat pi dua tiga haghi, oghang kalau nak belajaq kena pi dok 2, 3 bulan baghu laa kata belajaq ..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates