Rabu, 15 Mei 2013

Melayu Akan di Jajajah Lagi.

1. Orang Melayu berpecah begitu dahsyat sekali selepas pemerintahan Abdullah flip-flop Badawi.

2. Dengan tahap perpecahan Melayu pada ketika ini, amat mudah untuk mengambil kesempatan untuk menjatuhkan kuasa politik Melayu.

3. Jika tidak dilakukan sesuatu, bila tiba PRU-14, kuasa majoriti Melayu akan hilang, dan pemerintahan jatuh kepada bukan Melayu buat pertama kali sejak merdeka.

4. Sepertimana di Pulau Pinang, dimana rumah-rumah dan perniagaan orang Melayu yang sangat sedikit dihapuskan kononnya atas dasar tuntutan pembangunan dan undang-undang, peniagaan bangsa tertentu masih dibenarkan berniagaan waima diatas jalanraya. Itulah preview pemerintahan mereka kelak. Hanya orang Melayu yang mahu jadi arab, atau yang dipanggil "pak janggoat" oleh Zulkifli Nordin saja tidak sedar hal ini.

5. "Melayu Liberal" yang kaya atas polisi DEB dan "Pak Janggoat" akan tersedar juga bila diri sendiri yang tersepit. Juga yang dihasilkan oleh IPTS-IPTS yang sedang menanamkan sifat liberalisma ke dalam minda graduannya.

6. Tetapi, adakah kaum yang  kiasu "cerdik" yang mampu menanggalkan kuasa politik Melayu pada PRU-14 akan rela kehilangan kuasa apabila Melayu sedar semula. Mustahil mereka mereka tiba-tiba akan menjadi tidak kiasu "bodoh".

7. Pada ketika itu, mereka akan menutup ruang kebebasan bersuara, demokrasi dan juga menyusun atur kawasan pengundian sesuka hati mereka supaya kuasa tetap ditangan mereka. Soal ketelusan dan keadilan yang mereka laungkan hanyalah umpan untuk mendapat kuasa semata-mata. Jangan terkejut wahai Melayu liberal dan pak janggoat-pak janggoat sekelian apabila anda hanya akan diketawakan saja apabila bertanya tentang ketelusan dan keadilan kepada mereka apabila mereka berkuasa kelak.

8. Ingatlah, mereka ini bukan setakat sanggup menipu hal-hal yang tersembunyi, malah hal-hal yang terang pun mereka tetap menipu.

9. Orang Melayu akan kehilangan kuasa sekali lagi selepas hanya 50 tahun merdeka dari penjajahan selama 500.
10. Dulu, orang Melayu bernasib kerana hanya dijajah selama 500 tahun, kerana bangsa eropah tidak berhasrat tinggal di tanah Melayu selama-lamanyanya, melainkan hanya mahu memungut hasilnya. Tapi kali ini, berbeza kerana mereka mahukan hasil dan bumi ini sekali, mereka mahukan segalanya dan tidak berhasrat untuk berkongsi.

11. PRU13 menunjukkan betapa Melayu sayangkan negara, bangsa dan agamanya. Maka kekalkan kecintaan tersebut. Mari bersatu senada dalam apa jua isu Melayu /bumiputera

1 comments:

hangkedee berkata...

Kenapa dengan senang kita memberi kerakyatan kepada pendatang dahulu.Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian negara di jajah kembali.Wa manyak suka itu me.....layu ma.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates