Jumaat, 3 September 2010

Bekas YB & Blogger Kongsi Rasa (PERASAN)

Salam Kedah Times..

Dengaq kata para blogger pro UMNO atau nama glamer yang blogger PAS panggil 'UMNGOK' telah dijemput oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah untuk berbuka puasa bersama Panglima-panglima perang UMNO. Hik hik hik..Nak tergelak pun ada. Ada ka panglima-panglima perang UMNO Kedah?

Dengaq gak yang blogger-blogger pro UMNO diperli hebat oleh Datuk Othman Aziz (Setiausaha Kerja Baru UMNO Kedah) sebagai blogger perasan sendiri. Blogger tulis sendiri, baca sendiri pastu kembang sendiri.

Dengaqnya para blogger pun takdak sorang pun bangun protes. Sebab utama, jaga ayaq muka.

Berani betul Othman Aziz kata blogger pro UMNO Kedah lagu tu. Ini samalah macam Noh Omar selar blogger sebagai musang. Jangan-jangan taktik nak popular di kalangan blogger kot? Cara macam sudi santau ja. Test market.

Dengaq cerita Othman Aziz tu hebat gak sekarang walaupun kalah bertanding DUN di Jerlun PRU12 hari tu. Member saya ada cerita, Tok Det dulu pun sebelum jadi MB gheja dia dok sepak pasir sambil jalan ja sebab kerja tak ada selepas balik dari Sabah berhenti jadi Guru. Atas ehsan Bashah, Tok Det diberi kerja oleh Tun Lah atas arahan Tun Mahathir.

Othman Aziz pun lagu tu gak. Atas jasa bawa Kedah menang bola banyak kejuaraan, di ambil kerja sebagai Pengawai Khas Menteri KKLW di Keda. Yang kelakarnya, bila tanya apa kerja Othman Aziz di Keda, masing-masing geleng kepala kemudian perli. UMNO tak habis-habis perabih duit rakyat. Tak buat apa pun. Tiap bulan dapat duit. Pangkat besar juga tu.

Seorang kenalan saya dari Kuala Lumpur ada persoalkan kewajaran melantik Pegawai-pegawai Khas Menteri di Jabatan-jabatan kerajaan. Katanya, selalunya apabila Pegawai Khas dilantik maknanya jabatan itu ada masalah dalaman. Peranan utama pegawai-pegawai khas ini adalah mengawal pengurusan dan pentadbiran supaya maklumat yang tepat dan cepat sampai pada Menteri.

Patutnya orang yang dilantik bukannya orang-orang yang berkepentingan. Sekarang ambil orang yang tak ada kerja, kemudian bayar gaji, maka tentu saja orang itu akan sentiasa laporkan yang indah-indah dan akan jaga jabatan yang dia bekerja.

Itu kata kenalan saya. Bila tanya kakitangan Keda, depa kata tak ada apa-apa pun. Apa peranan pun tak nampak. Macam mana cerita ni?

Kalau macam tu pada blogger pro UMNO di Kedah tak payahlah nak berasa berasi. Yang cakap kat hampa pun apa kurangnya.

Nasib baik saya ni cuma pembaca...Kedah Times, Tolong lantik saya jadi pegawai khas selia blog ni. Teringin nak perasan sendiri.

4 comments:

sarjan pencen berkata...

kawan aku pula kata.Panglima tak ada askar.Dia lah panglima dan dia juga lah jadi askar.

CucuTokJasin berkata...

la.. Man ni ka yang kata semua blogger-blogger perasan? ghasanya Man ni ada masalah 'in denial syndrome' .. hahahaha.. ni busuk hati punya orang pun UMNO buleh lantik ka??? lagu mana laaaaa...

Man ooiii... daripada hang dok perasan baguih .. cuba hang pikiaq sikit lagu mana nak perintah balik Kedah ... ni dok klik pok... klik pokkk ja mata tu.. habuk pun tadak...

takat hang belanja depa makan aritu tu berapa duit la sangat .... depa semua tu rasanya kalau bangun haruih hang kena punggai dengan kasut ... lepaih tu baru hang tau langit tinggi rendah ...

lagisatu.. kalau hang nak tau blog tu popular ka dak... dah tentu la blog tu ada hitz ... kalau tadak hit sapa yang mai baca Man oiiii.. sebab ada tarikan la orang mai baca... hang gheti ka tak gheti ni???? camni ka otak Setiausaha Kerja Baru UMNO Kedah ???

warisan berkata...

Salam kepada Para Bloggers,

Saya adalah antara yang hadir dalam perjumpaan UMNO Kedah dengan bloggers baru-baru ini. Ini adalah pengamatan saya dari sesi tersebut:

1. UMNO Kedah sedang berusaha untuk ‘engage’ dengan para bloggers terutamanya Bloggers proUMNO. Perjumpaan ini diatur kerana UMNO Kedah menghargai peranan yang dimainkan oleh bloggers. Saya rasa ini adalah langkah yang baik dan perlu diteruskan.

2. Kalau adapun ungkapan seperti yang dilapurkan oleh saudara di atas, ianya adalah sekadar untuk memberi cabaran kepada para bloggers supaya kita tingkatkan peranan kita supaya lebih ‘visible’ kepada pembaca yang lebih luas, bukan hanya dikalangan kita.

Adakah salah untuk berkata macam tu? Tak perlulah kita ni over sensitif.

3. Pada pendapat saya, sekiranya kita mengangapkan kita ini pro-UMNO, tak perlulah kita sentiasa mencari kesalahan dari kalangan kita. Sebab kalau kita MENCARI, kesalahan dan kesilapan di rumah tangga kita pun banyak. Tegurlah secara membina.

4. Kalau kita mengangap kita ni pro-UMNO, kita tak perlu ambil pusing seseorang itu bekas ADUN ke, bekas apa pun, yang penting adalah adakah seseorang itu dapat membantu UMNO. Kita biarkan lah kepada PAS untuk menghentam sesiapa saja pemimpin UMNO yang kita lantik, sebab tu kerja depa. Janganlah kita ambil alih kerja ni daripada PAS.

Saya harap apa yang saya tulis diatas diambil sebagai pendapat yang ikhlas kerana saya sayangkan UMNO. Kita sudah kesuntukan masa dalam merealisasikan agenda Alif, Ba, Ta kita. Mai la kita pakat-pakat cari kebaikan diantara kita supaya perjalanan untuk mencapai matlamat parti lebih mudah tercapai.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin

Tanpa Nama berkata...

Jemput berbuka puasa bersama kengkawan dan kenalan adalah amalan biasa kita sesama Islam. Tidak kiralah kengkawan yang dijemput itu, satu pejabatkah atau satu perjuangankah. Yang penting kita jemput adalah dengan niat yang baik dan tulus ikhlas.

Jadinya, yang menjemput dan yang dijemput akan sama-sama menerima pahala dari Allah SWT. Apatah lagi jemputan itu kajamuan untuk berbuka puasa. Kedua-dua pihak akan menerima pahala berganda-ganda.

Disebalik apa yang berlaku dalam majlis berbuka puasa bersama kengkawan bloggers beberapa hari lepas, kita ada berbincang dengan Cucu Tok Wan yang amat perihatin dengan keadaan yang kita semua hadapi yang mana beliau berpendapat bahawa, kebebasan kita menulis dialam maya memang tidak terhad. Tulislah apa saja yang masing-masing kehendaki. Jika kita nak tulis nak bagi tahu orang ramai, kata bapak kita berzina dengan adik kita pun boleh, pokoknya kita sanggup atau tidak.

Berbalik kapada keikhlasan menghadziri majlis berbuka puasa bersama bloggers yang dianjur oleh UMNO, dikira satu kejayaan kerana dihadziri oleh kengkawan dari jauh, diantaranya Cucu Tok Wan. Dalam keadaan yang tidak kuat, lepas pembedahan jantung, beliau sudi datang juga yang mana saya rasa kehadziran beliau amat ikhlas. Lepas majlis berbuka CTW balik ka KL naik bas jam 12am.

Kita faham, kengkawan bloggers kita ni ada juga yang sensitif. Dengan satu perkataan 'peghasan' mungkin tidak terkena kapada sesiapa pun dikalangan kita, tetapi mungkin kalangan depa (tu.. tu...laaah). Yang saya kata, keikhlasan tadi, samada 'semi pro' kita hadzir sama yang menulis kaa, atau, semi pro kita tu minta Kedah Time menulisnya dengan menyebut-nyebut dalam bentuk amat peribadi sangat. Hmmmmmm... tak dak dah la pahala kita sama-sama berbuka puasa hari tu.

Dalam kita bersuka-sukaan serta berghairah-ghairahan berblog ini, kerana ada sadikit teguran ikhlas, kita cepat tentukan bahawa 'kawan yang kita fikir lawan' inilah yang membawa kita jadi marah dan cepat melenting. Baiknya, sifat itu kita simpanlah sikit. Jika nak kita tulis pun, olahkan elok2 supaya yang membacanya, walau pun mengenai tubuhnya, dia sendiri tidak terasa.

Wallahua'alam.....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates