Jumaat, 3 September 2010

Blogger Perasan!

Salam Kedah Times

Mohon Kedah Times siarkan penulisan saya ini jika rasa sesuai. Jika tidak delete saja dari inbox. Maklumlah saya dan mungkin sahabat-sahabat blogger pro UMNO di Kedah ini hanya blogger picisan atau perasan.

Kenapa saya hantar tulisan ini kepada Kedah Times? Mungkin Kedah Times ada hit atau pelawat yang ramai (pada pendapat saya) tetapi blog saya hanya blog yang tiada pelawat yang ramai atau tak terkenal langsung. Sebab itu saya minta Kedah Times siarkan di sini kerana mungkin mereka-mereka yang memperkecilkan blogger datang melawat Kedah Times, membacanya.

Mungkin yang lawat blog saya adalah kawan-kawan saya yang hanya lawat suka-suka bagi memeriahkan lagi dunia blog. Atau penulisan saya ini tiada kualiti langsung, sebab itu tidak layak dilawati atau dibaca oleh orang-orang UMNO yang hebat-hebat belaka. Tak apalah, asalkan saya dapat meluahkan apa yang saya rasa betul sudahlah. Untuk diluahkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO, ibarat curah air ke daun keladi.

PRU12 telah membuktikan yang media baru samada blog, portal politik, forum atau ruang sosial telah memainkan peranan yang amat besar dalam menyalurkan maklumat dengan cepat kepada orangramai. Pembangkang telah berjaya mengekspolitasi media ini dengan sepenuhnya sehingga BN telah hilang majoriti 2/3 di Parlimen dan Kedah telah jatuh ke tangan mereka; sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan sebelum ini.

Maklumat-maklumat semasa dan setempat dapat disalurkan kepada pengundi dengan cepat melalui media ini tanpa perlu melalui proses fizikal seperti percetakan, logistik dan sebagainya. Tetapi ini mungkin dipandang remeh oleh panglima-panglima perang UMNO di Kedah. Mereka masih merasakan pengundi-pengundi di Kedah tidak baca blog, forum atau tak minat rangkaian sosial. Tetapi mereka lupa bahawa ramai saudara-saudara luar yang membaca blog atau forum dan menjadi pengantara  kepada penyampaian maklumat ini kepada saudara-saudara mereka di kampung-kampung.

Memandang remeh kepada media baru seperti blog, forum dan sebagainya menjadi salah satu sebab Kedah terlepas dari tangan. Panglima-panglima perang UMNO Kedah merasakan yang pengaruh mereka amatlah kuat sehingga tidak dapat diganggu gugat dan merasakan yang pengundi tidak akan lari mengundi orang lain.

Pilihanraya zaman moden ini memerlukan penyaluran maklumat dengan segera. Maka Media internet ini menjadi sumber penghantaran maklumat yang terbaik. Sebab itu Tun Dr Mahathir memilih menulis dalam blog sebagai saluran untuk memberi pendapatnya sewaktu beliau dihalang dari berbuat demikian semasa pemerintahan FIL dan SIL. Dan beliau berjaya dalam menyampaikan pendapat dan luahan beliau.

Mentaliti memperkecilkan media baru serta mereka-mereka yang terlibat dalamnya agak keterlaluan. Kebanyakkan yang terlibat melakukan secara sukarela terutama blogger-blogger picisan atau perasan seperti saya. Tiada ongkos yang diterima sebaliknya ongkos sendiri yang dikeluarkan untuk membayar bayaran internet samada sewa bulanan atau caj penggunaan di cyber cafe. Jika warlod-warlord UMNO di Kedah merasakan yang blogger pro UMNO hanyalah syok sendiri, maka teruskanlah dengan sikap tersebut. Saya, blogger perasan dan mungkin kawan-kawan blogger pro UMNO yang lain akan terus menulis membantu UMNO walaupun tiada siapa yang datang melawat blog atau portal atau forum kami. Kami berjuang bukan berdasarkan kepada individu tetapi kerana dasar perjuangan UMNO itu sendiri. Ini adalah untuk membalas kembali dasar-dasar yang telah UMNO tetapkan.

Jika anggapan panglima-panglima besar UMNO Kedah terhadap media blog dan sebagainya masih ditakuk sebegini, saya dan kawan-kawan ingin mengucapkan selamat berjuang untuk menawan kembali Kedah dari PAS dan PR. Anda semua tahu kekuatan anda, tidak perlu kepada media blog picisan atau perasan ini.

Selamat berjuang wahai warlord-warlord UMNO Kedah!


Sekian
'Blogger perasan'



Kedah Times: Kedah Times pun tidak mendapat hit yang tinggi, mungkin hanya kawan-kawan terdekat saja yang melawat. Atau mungkin pihak lawan yang lebih banyak menjadi pelawat dari pihak UMNO sendiri.sendiri.

5 comments:

CCZ berkata...

Aik!!Macam merajuk jer..Takpa..hit CCZpun taklah tinggi sangat sebab yang baca pun jiran-jiran CCZ jer..Kita serupa......

Tanpa Nama berkata...

Blogger Perasan: Apa yang anda katakan memang ada kebenaran. Blogger2 sebenarnya langsung tidak dipandang sebelah mata pun oleh panglima2 besar UMNO Kedah. Dalam erti kata lain "tidak mesra bolgger". Mereka lebih percayakan kuasa tradisi iaitu kuasa RM.

Apa2 pun teruskan perjuangan anda. Hanya jauhari yang kenal manikam. Suatu hari orang akan tahu menilai mana satu intan dan mana satu batu tepi jalan...

p/s: mentaliti panglima2 besar UMNO Kedah sebenarnya 10-15 tahun terkebelakang sbb itu satu masa dulu pernah dibuat slogan KEDAH MAJU 2010. Yang hendak dimajukan bukan negeri sebenarnya tapi mentaliti mereka2 ni...Tahniah Pak Tuan Syed Razak!

detguaq berkata...

Salam sahabat-sahabat semua,

Saya sebagai perantara turut terkilan dgn sikap SUK baru yang masih dalam mimpi dan lupa bagaimana pkr dan B A B I telah mengeksploitasi media baru sehingga UMNO/BN hampir tersungkur.

Saya sendiri hairan, dalam dia mengakui dia bukannya internet savvy dan tidak berapa mengenali blogger pro UMNO tetapi dalam masa yang sama mengkritik sesuatu yang dia tidak mahir.... Saya minta maaf jika tujuan kita bertemu tidak menepati apa yang sahabat-sahabat harapkan.

Dan saya tetap dengan prinsip saya bahawa kita bebas menyuarakan pandangan dalam premis(blog) masing-masing. Mencari populariti bukanlah matlamat, tetapi sebagai medium untuk meluahkan pandangan sebagai ahli dan akar umbi UMNO.


Dan para pelawat Kedah Times serta blog-blog pro UMNO Kedah yang lain adalah bebas untuk mengkritik SUK baru BPUNK ini sebagai 'bench mark' untuk beliau berfikir kembali ttg apa yang telah beliau perkatakan. Dan saya sendiri juga sentiasa akui yang blog saya hanyalah blog picisan selama ini.

CucuTokJasin berkata...

Man Aziz.. seorang yang buta perut ... dan tadak akai !!

Agak-agak dia tau tak macam mana nak buat 'attachment' file dalam electronic mail ?

sang buana berkata...

saya bukan seorang blogger..tp sentiasa mengikuti perkembangan isu2 kedah didlm blog walaupun tak komen.tak patut la kalau dia kata mcmtu.tp setakat yg saya tahu,blogger kedah pun tak mengharapkan ehsan mrk.jd,biaq pi la dia nk kata apa.yg ptg kita berusaha menyalurkan maklumat/info/ulasa kpd rakyat. nak tunggu depa?tak penah dengaq depa berfikiran kritis pun bila menghadapi pas kedah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates