Rabu, 22 September 2010

MUNGKINKAH RAMALANKU BENAR BELAKA...?

Let me straight to the point... aku ingin kemukakan satu hipotesis penting untuk para pencinta dan penyokong UMNO Kedah.

UMNO Kedah akan hanya mulai sedar dan benar- benar berubah setelah tewas buat kali keduanya dalam PRU ke-13 nanti (jangkaan diadakan di tahun 2012).

Tujuh sebab empirik aku berikan disini: Andaian yang dikemukakan disini berasaskan sympton and cause theory dan momentum ke arah itu sedang dalam proses untuk menjadi realiti.

a. calon-calon yang bakal dipilih mewakili UMNO hampir semuanya disukai oleh pucuk pimpinan atasan atas dasar kawan, sahabat lama dan ihsan, bukannya calon yang popular dan disukai pengundi

b. sabotaj dan pertelingkahan sesama sendiri antara perkara dasar yang memburukkan lagi keadaan.

c. Dato Najib punyai prioriti untuk dahulukan kedudukan kukuhnya sebagai PM dengan menumpukan kawasan Parlimen berbanding DUN

d. PAS punyai FD RM500 juta dibawah kawal selia MBI (Menteri Besar Incorporated) wang yang tidak sempat dibelanjakan oleh Mahdzir Khalid semasa menjadi MB. Kewangan kukuh menyebabkan PAS begitu santai dalam mentadbir Kedah kerana 'political fund' bagi kerja-kerja pengurusan kempen pilihanraya akan datang untuk parti mereka sudahpun tersedia.

e. Pengundi dibeberapa kawasan DUN akan lebih terdorong untuk memilih calon bebas, berbanding calon dari UMNO atau PAS. Ini disebabkan kemeluatan yang amat sangat kepada dua parti berkenaan yang dilihat sama sahaja dari sudut khidmat dan prestasi kepada pengundi.

f. Ramainya calon yang akan bertanding sebagai calon bebas disebabkan kecewa terhadap PAS, PKR mahupun UMNO.

g. Sikap tamak PAS yang berkemungkinan bertanding 30 kerusi DUN bakal menyebabkan PKR dan DAP mengambil ketetapan iaitu; jikapun calon mereka menang, tindakan bakal diambil untuk tidak lagi bergabung dalam membentuk kerajaan Pakatan di Kedah.

Ironinya kerajaan negeri Kedah akan menjadi tergantung, tidak ada satu parti pun yang bakal memperolehi kerusi simple majority (sekurang-kurangya 19 kerusi DUN untuk menubuhkan kerajaan negeri).

Lantas dalam konteks itulah, calon bebas yang menang dan calon yang tidak menganggotai PAKATAN akan berada dalam kedudukan tawar menawar yang cukup berharga kerana golongan ini bakal menjadi buruan sama ada dari UMNO/BN mahupun PAS.

Maka jadilah PRU ke-13 nanti satu pasaran niaga yang cukup bernilai, dimana betullah sepertimana kata Husin Lempoyang dalam filem Tiga Abdul 'jual orang lebih untung dari jual unta".

ANDAIKATA RAMALANKU TENTANG SEMUA DI ATAS BENAR BELAKA, MAKA HARAPAN TERAKHIR UNTUK SURVIVAL RAKYAT KEDAH PERLU DIPULANGKAN KEPADA KBDYMM TUANKU SULTAN KEDAH YANG PADA MASA ITU MENJADI YANG DIPERTUAN AGONG MENGIKUT SISTEM GILIRAN SEDIA ADA DAN URUSAN PENTADBIRAN MUNGKIN BAKAL DIURUSELIA SEPENUHNYA OLEH KEDAH CIVIL SERVICE(KCS).. ATAU MUNGKINKAH KEDAH AKAN DIISTIHAR SEBAGAI 'STATE OF EMERGENCY'.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

dh lama dgr cerita UMNO Kedah yg tak mau berubah. tak tau le apa yg mereka buat.mmg klau secara teori UMNO aka BN Kedah tak akan menang dlm PRU 13 nnt. sikap pemimpin yg tak prihatin dan ambik berat akan rungutan2 rakyat akan bawa padah. harap YAB Presiden parti lebih ambik berat klau nk terus duduk dikerusi no 1 tu.rakyat dh jemu dan meluat dgn kepimpinan UMNO diKedah ni. pls do something......jgn menyesal kemudian. kami dh letih utk beberapa tahun ini.....lihat sendiri Kedah....jgn asyik nampak Pekan Pahang je.....Jadilah PM 1Malaysia yg tulin ada 15 negeri dlm Malaysia ni...bkn Pahang je...

stongkol berkata...

Najib PM 1Malaysia kena gugurkan Det Khalid sebagai Pengerusi MADA. Slepas tu Pengerusi Perhubungan Negeri akan mudah nak buat gheja.

Det Khalid jadikan MADA sbg alat tawar menawar utk dia terus menjadi matermind kat UMNO Kedah macam mana yg berlaku kat Kelantan Anuar Musa jadikan KADA sbg benteng politik dia.

Tanpa Nama berkata...

baru-baru ni terdengar rumours ada ahli2 umno sibuk2 dalam pemilihan pkr akan datang. kononnya menjalankan strategi perang yang akan merobohkan pkr. setiap hari ada hamba allah ni akan jumpa dgn org2 pkr dan mengatur macam2. persoalannya depa ingat org pkr tu bodo sgt ka. depa guna hampa saja ingat dlm pru13 ni depa nak pangkah bn ka. yg hampa kununnya cerdik pandai pi buang masa duit tenaga tu buat apa. bukan ka lebih baik hampa pebetui umno yg dok pecah belah sama2 sendiri. macamana umno sungai petani?

pemerhati berkata...

Stail ketua umno bahagian di kedah hari ini lain sikit.Nampak macam pegawai besar.Kepegawaian itu yg menjadi kelainan sebagai pemimpin politik.Nampak sukar juga BN/UMNO untuk menguasai Kedah.PAS pun bukan kuat sangat.Tapi segalanya berpunca kerana kepimpinan yg angkuh.UMNo tak salah yang salah pemimpin terutama dibahagian.Bukan bahagian sahaja yg lemah.UMNO cawangan juga turut bertanggung jawab diatas keruntohan UMNO ini.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates