Selasa, 30 November 2010

CALON-CALONYA:SATU PENILAIAN SEMULA

Oleh : SOBRI SUDIN

1. Tahniah di atas komentar dan sikap kepedulian warga marhein yang melayari KEDAH TIMES berhubung calon ADUN dan Parlimen yang sepatutnya mewakili kawasan mereka.

2. Aku percaya seluruh pendokong UMNO dan BN mahukan UMNO dan BN merampas Kembali Kedah dari tangan PAS, PKR dan DAP. PRU 2008 lalu UMNO menang 12 kerusi DUN. Jika digilap 12 yang sedia ada, target 7 lagi maka PRU KE-13, BN akan kembali memerintah. Susah sangatkah nak operate benda tu?

Tapi malang seribu kali malang, time is running out. 3 tahun dibiar masa berlalu, usaha dan tindakan UMNO Kedah seperti ulat bulu, lengai, lembap dan sembam. Tapi masa-masa kecederaan masih ada.  TRANSFORMASIKAN TINDAKAN SEGERA.

3. Namun keinginan rakyat, golongan fence sitters, PEGAWAI kerajaan, pengundi muda dilembapkan oleh kurangnya keghairahan, semangat dan momentum UMNO dan BN Kedah sendiri. Ironinya kita rakyat yang dibawah cukup ambik peduli, tapi mereka-mereka yang dia atas masih syok sendiri.

4. Apa tidaknya negeri jatuh ketangan orang pun tidak memberi bekas kepada mereka. Jawatan ketua Bahagian, Penyelaras DUN dan Parlimen, jawatan ahli lembaga pengarah dan eksekutif di pejabat UMNO, projek lobi sana-sini, kutip toci dan komisyen dari Ah seng, ah yi, dan koi ko ci serta peruntukkan pelbagai terus disimbah dan dilambakkan serba mewah. Mereka hakikatnya tidak rugi sesen pun, malah makin beruntung.

5. Meneliti komentar yang diberikan, tampak jelas UMNO khususnya tidaklah pernah ketandusan calon. Malangnya calon berpotensi terlebih awal dikerat, dicantas sehingga hilang seri.

6. Marilah kita muhasabah diri dan mengajak seluruh barisan pimpinan UMNO baik diperingkat pusat mahupun negeri berfikir tentang perkara berikut.

a) Perlukah calon datangnya dari kalangan yang memegang jawatan dalam hieraki bahagian jika gagal jamin kemenangan?

b) Bolehkah kita asingkan peranan jawatan dalam bahagian dengan adun? Ketua Bahagian urus hal-ehwal parti dan ahli, ADUN urus hal-ehwal keperluan rakyat. Justeru apa kata kita cadangkan dua jawatan berkenaan dipegang oleh dua orang yang berbeza.

c) Perlukah kita buat election diperingkat parti dulu untuk lihat calon mana yang betoi-betoi popular untuk diketengahkan sebagai calon dalam pilihanraya umum atau kecil? Ala-ala sistem di USA, nak jadi Presiden dia kena bertanding dan menang melalui pilihan dalam parti dulu sebelum bertanding untuk dipilih rakyat menentang calon parti lain.

d) Wajar atau tidak nama calon khususnya bagi UMNO kita umum setahun lebih awal sebelum PRU. Agar calon berkenaan dapat turun ke bawah, atur persiapan jentera, menjaga diri dari terlibat dengan kontroversi dan melakukan persiapan terbaik sebelum turun bertanding?


e) Perlukah diwujudkan kriteria khusus melibatkan profail calon, misalnya syarat-syarat tertentu sepertimana kita nak minta kerja dan tapisan ketat dibuat dengan diakhiri dengan temuduga dan sesi perbahasan awam dengan rakyat tempat beliau bakal bertanding?

f) Wajarkah golongan yang dikenalpasti sebagai pensabotaj dan berpotensi sebagai perosak dan pengkhianat parti serta penghasut pengundi, kita kuarantinkan 3 atau 4 bulan sebelum election dan kita hantar mereka semuanya dengan dikawal ketat, diputuskan segala bentuk hubungan mereka dengan pengundi dan ditempatkan mereka itu ke antartika? Ini dinamakan 'covert operation'.

g) Dan wajarkah kita meminta pucuk pimpinan atasan UMNO membuat ketetapan 'SAY NO TO RECYLE CANDIDATE' atau KATAKAN TIDAK PADA CALON KITAR SEMULA.

h) Perlukah calon hanya dihadkan bertanding untuk 3 penggal saja? Namun selepas habis setiap penggal penilaian prestasi yang objektif dibuat. Supaya calon yang menang boleh merancang dan bekerja sebaik mungkin dan tidak ada lagi cita-cita untuk terus jadi calon sehingga ke mati. Ini juga memberi peluang pada muka baru, calon pelbagai untuk mengisi ruang sebagai calon untuk menjadikan kepimpinan lebih dinamik dan berkesan. TAK LA RAKYAT DOK KATA... DOK MUKA TU SAJA.. MACAM ORANG LAIN TAK DAK DAH..

i) Soalan maut: Apa kata, jika majoriti rakyat tak setuju dengan calon dari UMNO yang dicalonkan oleh pucuk pimpinan atas dasar tak ikut kemahuan rakyat, maka rakyat DAN pengundi calonkan mana-mana individu dari kalangan mereka yang berpotensi menang dan popular dikalangan rakyat sebagai calon bebas. Namun setelah menang, calon tersebut mestilah mengikrar untuk menyokong UMNO dan BN. Mungkin ini saja caranya untuk ajar pimpinan atasan agar pilihlah calon yang pengundi dan rakyat suka.. bukannya pilih calon IKUT SUKA HATI DEPA SAJA...

So.. bagaimana? MEREKA SEBAGAI PEMIMPIN DAN ANDA SEBAGAI PENGUNDI ADA BERANIKAH?

10 comments:

wanbaki berkata...

Saya percaya DS Najib ada mekanisma terbaik untukm memilih calon BN pada PRU13 nanti. Nama2 yang di list kan hendaklah di siasat dan perlulah teruji dengan cabaran politik dan di kehendaki rakyat bukan sahaja ahli UMNO ataupun BN. Jadi senarai nama calon haruslah datang dari akar umbi bukan dari pimpinan parti di bahagian adat pusat. Jangan terlalu percaya kepada laporan KEMAS, SB, dan agensi2 kerajaan kerana terdapat politic control dan ada pembangkang di agebsi2 tersebut.

Ada di kalangan pemimpin yang menggunakan ugutan dan ada yang cium tangan untuk memastikan nama tercalon. Sekarang ada sudah kita nampak pemimpin yang sebelum ini enak tidor, tetapi sekarang dialah pembela masyarakat.

Calon2 yang di pilih adalah lebih baik jangan dia kalangan koprat dan businessman kerana budaya "business orientated" ini akan lebih menyusahkan pentadbiran bila wakil rakyar sering ada urusan perniagaan. Berilah peluang kepada pemimpin yang sedia penjadi hamba rakyat yang boleh menumpukan sepenuh komitmen membela rakyat.

NasQuaq berkata...

Salam tuan,

Saya amat tertarik dengan cadangan tuan di para 6(c).Perlukah kita buat election diperingkat parti dulu untuk lihat calon mana yang betoi-betoi popular untuk diketengahkan sebagai calon dalam pilihanraya umum atau kecil? Ala-ala sistem di USA, nak jadi Presiden dia kena bertanding dan menang melalui pilihan dalam parti dulu sebelum bertanding untuk dipilih rakyat menentang calon parti lain.

Kalaulah sistem ini boleh digunapakai maka semua ahli akar umbi akan dapat bersuara memilih wakil yg dihajati oleh mereka bukannya wakil payun terjun atau wakil yg syok sendiri.
Mungkin idea ini dapat diketengahkan kepada pemimpin pusat.

Pakteh berkata...

Tuan Penulis:
Bhg 6 (b)" Bolehkah kita asingkan peranan jawatan dlm bahagian dengan adun.? Ketua Bahagian urus hal-ehwal parti dan ahli, ADUN urus hal-ehwal keperluan rakyat. Justeru apa kata kita cadangkan dua jawatan berkenaan dipegang oleh dua orang yang berbeza."

Dalam PRU11, Calon Parlimen SIk bagi BN, Dato' Dr Wan Azmi Ariffin menang ke atas Ustaz Azizan (Kini MB Kedah). Walaupun kira-kira 15 tahun dikuarantin Anwar, Beliau Menang. Ketua UMNO Bahagian ketika itu Datuk Hamid Othman. Ramai AJK Bhg kecewa kerana mereka juga berminat dengan kerusi PArlimen.

Apa yang pakteh nak sampaikan, Dato' Wan memberikan idea bahawa beliau berkhidmat untuk rakyat dan bagi mereka di peringkat parti, terus kuatkan parti dengan program2 parti. Dato' Wan atas kapasiti Ahli PArlimen, akan menerjah kesegenap pelusuk kampung dan ke semua aliran politik dan boleh menarik golongan atas pagar dan ahli Pas ke pada UMNO. Bagaimanapun usaha ini dipandang sinis dan ditempelak sebagai Dato' Wan tak buat kerja untuk UMNO. Banyak program parlimen digerakkan secara neutral dan tidak memihak kepada mana-mana parti dan Dato' Wan Azmi berjaya menarik golongan selain dari UMNO kepada program tersebut. Ini berbeza sekiranya semua program parlimen masih menaikkan bendera BN/UMNO dan ucapan diselangseli dengan kutukan serta kritikan kepada parti lawan, PASTI mereka yang sudah mula dekat akan menjauh.

Tuan Penulis:
sudah tertanam disanubari bahawa tujuan bertanding di peringkat Bhg. adalah untuk merebut jawatan bagi memudahkan laluan dicalonkan sebagai wakil rakyat. Oleh itu jika bukan dari kalangan mereka yang dipilih, orang ini akan dicantas malah dilayan lebih teruk dari anak tiri. Inilah yang dialami oleh calon atau wakil rakyat yang bukan dari kalangan mereka yang berkedudukan di Bhg.

Tanpa Nama berkata...

Bagi memenangi dalam pilihan raya khususnya PRU, banyak faktor perlu diambil kira.
1. Calun popular - 30%
2. Jentera parti - 30%
3. Isu nasional/tempatan - 30%
4. Sabotaj calun - 10%

Tanpa Nama berkata...

perkara (4) SABOTAJ CALON : PADA PRU 12 DULU DI PADANG SERAI SAH BERLAKU.FRUST PASAI TAK JADI CALON.LA DAH JADI KETUA BAHAGIAN TAK PE KOT.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Masalah terkini yang dihadapi, ramai sangat yang bercita-cita nak jadi calun. Bila dah ramai, berebut-rebut keluaq macam baru lepas solat Jumaat. Bila dah ramai, macam-macam cerita kita dengaq, kekadang hak yang dalam seluar/kain pun depa sebut...penyakit ni yang boleh merosakkan siratulrahim di kalangan kita, yang menariknya depa kata kalau sesama sendiri (satu parti) tak berhenti gaduh tapi kalau dengan parti lawan tak berani pulak!!!

Tanpa Nama berkata...

Patut had dok cantas mencantas nih cantas terus saja kaki... Menyusahkan kita saja...

Tanpa Nama berkata...

salam ss
Ketua Bahagian atau ahli2 umno yg didapati bersalah dalam memsabotaj parti harus dijauhkan dari menjadi calon pru 13 nanti...merosakan bangsa, agama dan negara. Mereka ini harus diletakan di tempat yg dikawal ketat dimana mereka tidak dapat berhubung dgn sesiapa walaupun dgn keluarga sendiri..

sg layak berkata...

anak pantai merdeka;
UMNO sungai petani pun apa kurangnya.
UMNO mebok pula lebih kurang je.

Tanpa Nama berkata...

untuk dun merbau pulas.pd pendapat sy.calon yg layak jd pemimpin n mngambil dun merbau pulas smuala ialah DRS ZUBIB BIN SAAD iaitu setia usaha pdg serai.mengikut analisa sy.beliau seorang berilmu tinggi dlm berpendidikan.malah tdak sombong dgan org kampung,krana beliau asal dr org susah.saya amat mengenali beliau.sblum main politik lg dia tadak sombong dan kedekut.akar umbi mahu dkat dy dgan ikhlas.ajk bhagin banyak mahu dkat dy..dan tiada isu.kaum cina dan india trutama di labu besar amat menyukai beliau.pcayahlah kata sy.beliau akn jd panglima perang untuk mngambil blik dun merbau pulas.aminn.kalu kita boh calon yg isu bercangah.main bini org.main judi.finah org.mmg lah x layak jd pmimpin.kami sebagai rakyat org bawahan amat berharap DRS ZUBIB SAAD jd pemimpin kami.pecayalah beliau amatlah ikhlas utk perjuangan suci ini.kami amat berharap ramai org sdah berbaik dgan beliau.wasalam

Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2010/11/calon-calonnya.html#ixzz2LVyXv87G

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates