Sabtu, 27 November 2010

CUKUPLAH...JANGAN TERTIPU LAGI!!!

Oleh: SOBRI SUDIN

Hari ni jumaat, ramai sanak saudara datang berkumpul di rumah, biasa la dah cuti umum bagi Kedah, maka hari ni la persaudaraan dan silaturahim sesama anak-beradik boleh dirapatkan.Yang jauh kita dekatkan yang dekat sama kita muhibbahkan

Sambil melayan telatah anak buah yang ramai, aku membelek biografi Mahatma Ghandi. Pendekatan politik satyagraha untuk mencapai satyagrahi cukup dikenali seluruh dunia. Pasif resistance and non violence Ghandi jadikan prinsip perjuangan dan amalan sehingga British berjaya dihalau keluar dari India.

Kekuatan Ghandi dlm perjuangan adalah ilmu, keberanian, ketulusan DAN keikhlasan

Agak-agak hangpa kalau tanya Ketua Pemuda UMNO Kedah atau puak pimpinan UMNO Bahagian depa reti dan amal dak pendekatan macam mana di atas?

Tak pa lah bak kata pepatah sudah gharu cendana pulak, dah tahu dok tanya pulak, kita tahu dah jawapannya.

Mahatma Ghandi atau digelar 'Bapu oleh rakyat India tersohor sebagai pejuang kemerdekaan, tapi bila India Merdeka tidak pula dia jadi Perdana Menteri.

Di Kedah pun ada juga tapi bukan BAPU, tapi BAPUK singkatan dari 'Badan Perhubungan Umno Kedah..Jangan marah!!!!!. Ini satu cabaran bukanya satu hinaan. Bangkit la agar jangan lagi jadi BAPUK tapi jadi hero RAKYAT!!!..Ada berani?

Jose Rizal pejuang kemerdekaan Filipina, apa yang tidak dilalui deritanya demi melihat kemerdekaan negara bangsanya.

Dato Onn pengasas UMNO, apa yang dia tak pejuangkan tapi akhirnya mati dlm kemiskinan.

Leftenan Adnan Saidi dari Rejiman askar Melayu luarbiasa keberaniannya, dibenci tentera Jepun sehingga akhirnya dibunuh dengan cara paling barbarian.

P.Ramlee, sentuhan bakat seninya luarbiasa, tapi penghujung riwayatnya dihina masyarakat, namun setelah mati, baru diangkat sebagai seniman Agung dan hingga kini karyanya jadi santapan hiburan seisi keluarga.

Contoh di atas kita baca banyak dalam karya sejarah. Malangnya pembacaan kita sekadar untuk lulus periksa atau syok-syok saja, tapi nilai perjuangan mereka tidak kita pelajari dan cuba terapkan khususnya di kalangan mereka yang bergelar pemimpin.

Mari pula kita amati contoh-contoh pemimpin ini, yang ada di Kedah.

1) Ada seorang pemimpin besar dalam UMNO bahagian, rumah bagaikan mahligai, kereta bersusun panjang, walhal rakyat kawasanya ramai yang papa kedana. Anak pemimpin ini pula pengedar dadah dan yang seorang lagi langgar orang sampai mati. Tapi kerana dia ada kuasa, jawatan tinggi di pejabat PM, anak-anaknya tidak pula didakwa dan ditutup fail kes mereka.

2) Ada seorang lagi pemimpin dari puak sebelah sana (parti roti canai), dulu zaman BN perintah bukan main lagi, isu rasuah la, penyelewengan la, ketelusan la, habis semua dia bantai dan selongkar. Kini tiba giliran dia pegang jawatan besaq dalam kerajaan negeri sebab parti roti canai puak dia menang, habis semua projek printing, cetak, gantung banner, buat CD penerengan, buat bilboard untuk tayang gambar Azizan dia sapu bagi kat company dia yang mana dia ada syernya.

Aku rasa banyak lagi contoh hangpa semua dah lihat dan boleh bagi. Ni bukan soal pemimpin itu dari parti mana tapi soalnya amanah mereka kian dilupa.

Bila jadi ketua mereka nak cepat kaya. Yang diutama projek, bukan rakyat.

Yang didahulukan puak, kroni bukan marhein yang kais pagi makan pagi. Yang mereka perjuangkan tembolok, perut sendiri dan nak tambah bini, bina mahligai serba tinggi, beli LAMBORGINI, bukanya ikhlas memperkasa bangsa sendiri.

Lantas timbullah soal retorik. Mereka cakap berdegar-degar, bom bam bom bam, nasihat dan seru rakyat itu ini, tapi POODAH mereka sendiri bergelumang dengan tahi.

Dua-dua sama saja, baik PAS ataupun UMNO. Sama ada PKR atau DAP.. Kuasa hanya alat untuk mereka jadi kaya. Slogan bela rakyat hanya indah khabar dari rupa.

Bezanya mereka akan guna ideologi dan slogan tertentu untuk kaburi mata rakyat. Modal mereka, duit RM50, beras sekampit, rajin pi makan kenduri, doa tahlil, lebai besaq, jubah labuh, kain pelikat, kain batik, lawatan melancong ke Medan, atau duit shopping masa PERHIMPUNAN AGONG UMNO..

Rakyat berterusan mereka bohongi, puak dibawah bergaduh bagai nak rak tapi elit di atas ketawa terbahak-bahak. Depa sama depa runding-runding untuk agih habuan sampai semua jadi tak ketahuan.

Tapi yang peliknya pengikut boleh taksub, iakan saja apa saja kata pemimpin, tak boleh nilai baik buruk, rakyat tertipu serupa beruk.

Persoalannya sampai bila RAKYAT MARHEIN berterusan nak kena TIPU lagi? Sampai bila? Sampai bila?.

10 comments:

ubu kayu berkata...

Jangan marah sekarang ini buang masa dan tak berguna.Apa kita tegur pun depa tatap rakus dan ganas macam itulah juga.Tunggu je PRU 13 ini.Bukan lama sangat lagi.Pejam celik pejam celik tiba lah harinya.Kita pun kena kerja kuat nak hidup.Di kedah ini itu lah halnya.

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

kalau dengar terbaca oleh ulama pancen askar misti dia kata "WHO ARE YOU"..kah.kah..kah...

Inilah dia pemimpin UMNO Kedah!!!

KAH>>KAHHHHHH

masalodeh berkata...

depa ni dah mati...mungkin...ataupun tengah dok syok mimpi di siang hari,,,,mungkin tengah tidoq kot...ataupun depa ni pekak belaka...ataupun depa ni bisu....mungkin juga "BAPOK"...pasaitulah yang orang nasihat dok cam tu gak....biaq pilah kat depa.....mai hari mengundi kita pakat pangkah...pangkah jelah ikut suka tangan bukan ikut keperluan...sebab..dah banyak kali dah lama dah...orang dok bagi nasihat...tapi dok takok tu jugak.......macam tak ada semangat je.....depa pakat pi belajaq pasai bab berjuang berkorban untuk kronisme, tombolok, perut, nafsu kot....sapa tok guru depa....

dolah doleng berkata...

Masalode...mereka bukan keputusan demi kekuatan UMNO Kedah.Mereka merangka demi kebahgian jawatan yang mereka sandang.Wayang tongkoi mereka rakyat tahu.

Sifu Kulim berkata...

Nak buat macam mana...memang kehidupan ini memerlukan pengorbanan...pengorbanan orang atasan lain...pengorbanan orang bawahan lain...dalam dunia ini siapa pandai dia akan jadi kaya...siapa pandai dia dapat habuan...perjuangan hari ini bukan lagi untuk memertabatkan agama, bangsa dan negara, tapi untuk menebalkan kontong yg ada..

Lebai pondok berkata...

Masalode.dolah doleng,sifu kulim...PESAN KAWAN KU DIA KATA ORANG LURUS SELALU KURUS.KALAU ADA PELUANG GABUS.

masalodeh berkata...

betoiiiiiiiiiiiiii.....lebai pondok oooooooiiiiiiiii....kalau luriuh macam Mrs Bean tak pa jugak...lurus kena kat dia....tapi dalam umno/melayu ni..luriuh dapat kat orang lain....

Tanpa Nama berkata...

bila pemimpin lawat kg.Orang bawah berkorban masa dsb.Tapi bila orang kg lawat pemimpin orang bawah juga kena korban segalanya.sapa yg banyak bekorban dan terkorban.

Tanpa Nama berkata...

nak cerita bab orang sampai bila pun tak habis. manusia ni ada kekuatan ada kelemahan. Tun M begitu punya hebat dan banyak berjasa pun siang malam di kutuk musuh-musuhnya. aku tak heran kalau puak pas kutuk umno. sebab tu adalah lumrah dan didikan sejak kecik. yang aku heran kalau umno kutuk pas. sebab orang umno umumnya tak dididik untuk kutuk dan maki orang. aku pun tak heran kalau orang umno kutuk orang umno sebab orang umno ni banyak yang berani dengan umno saja tapi takut dengan pas dan pembangkang.ada jugak manusia ni dok sibuk kutuk orang tu kutuk orang ni kata tak buat kerja dan macam-macam. tapi depa sendiri pun bukan buat apa pun nak tolong orang masa susah sedang dia sendiri pun umno jugak. ada program pun batang hidung tak nampak. paling tidak pemimpin umno yang depa dok kutuk turun dan bantu orang siang malam ketika sipengutuknya sedang lena dibuai mimpi.rupanya depa marah tak dapat kontrak buat jalan. dulu masa dia sapu kontrak macam-macam dari pemimpin umno tu jugak dia sengap. sekali tak dapat projek dikutuk habis pemimpin tu jugak. yang puak pembangkang tak pernah bagi apa pun kontrak kat dia tak pulak dikutuknya. satu hari ditakdir Allah dia kempen dan Allah bagi tempat kat dia sebagai pemimpin. rupanya dia lagi teruk. dia sebat habis apa yang ada depan mata. tang orang dia marah. tang dia buat boleh pulak. inilah susahnya manusia ni. semua tak betui. sekali fikiq, aku puji jugak puak pas ni. depa tak gamak nak sabotaj parti sendiri walau marah macam mana pun. tapi orang umno lebih dari gamak nak sabotaj parti sendiri walaupun depa tau umno tu banyak dah bagi depa senang. sebab tu nak kata kat orang jaga-jaga sikit. takut esok-esok ni benda yang kita dok kata tu mai kat kita. tak larat lari malam kot. yang penting kalau kita rasa boleh berkhidmat, berkhidmat sajalah tanpa ada kepentingan dan mengharapkan sesuatu. nak menaik dan menjatuhkan bukan kerja manusia. kerja manusia hanya buat dan berusaha. ingatlah pesan Allah. kalau jutaan manusiapun nak naikkan seseorang tapi Allah tak izin tak naik orang itu. tapi kalau Allah nak naikkan seseorang tu dibuka jalannya tanpa siapa menduga walaupun jutaan manusia mahu menahannya. sejarah telah membuktikan hal ini dalam banyak peristiwa. mari kita belajar daripadanya. whatever. masih tetap bersama UMNO / BN. insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Sdr betoi dan aku setuju sangat.Yang hang tak sebut perangai dalam umno suka sabotaj bila tak dapat.Contohnya pada pru 12 yang lalu ramai pemimpin yg sedang bermegah pelbagai jawatan kini mereka itu adalah pengkianat tempohari.Bukan pasai kontrak.Depa sabatoj kerana tak jadi calon.Depa dan geng mereka pelingkup parti dan kerajaan BN di kedah.Contoh dia dipadang serai lah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates