Selasa, 30 November 2010

Ketuanan Melayu


Orang jawa, orang Bugis, Orang Pattani dan macam-macam lagi keturunan yang terdapat di Malaysia. Pelbagai dialek digunakan dalam komunikasi setiap hari.

Tetapi yang pentingnya mereka ini adalah rumpun Melayu. ORANG MELAYU katakan.

Orang-orang Melayu ini disatukan oleh TUAN. TUAN asal mereka ialah Raja Melayu. Dengan sebab itulah wujudnya Kesultanan Melaka, Kedah, Kelantan dan pelbagai lagi.

Dan semua ini diletakkan Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua Raja.

Maka adalah sangat bodoh dan mencabar hak orang Melayu jika Tuan mereka hendak dihapuskan.

Mengapa PKR dan PR teringin sangat untuk menghapuskan Ketuanan Melayu Atau sebutnya TUAN Melayu?

Kerana di bawah Tuan Melayu ada Polis Diraja, Askar Melayu Diraja, Agama Islam dan pelbagai lagi organisasi/agensi yang dikawal dan dijaga oleh Tuan Melayu iaiitu Sultan, Raja atau Yang Di Pertuan Agung.
Dengan terhapusnya Tuan Melayu ini, maka senanglah mereka menghapuskan semua organisasi di bawah Tuan Melayu. Tentera, Polis, Islam dan pelbagai lagi.

Maka wahai orang-orang Melayu, sedarlah. Inilah agenda komunis, sosialis dan segala is-is yang dibawa oleh PAS-DAP-PKR.

Sasaran utama mereka ialah penghapusan hak-hak orang Melayu dan yang utamanya ialah hak orang Melayu berpayungkan TUAN Melayu iaitu di bawah Sultan/Raja.

Mari kita tentang mereka agar isu ini jangan sesekali disentuh!

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

Dimana taraf ke'tuan'an melayu anda. Pertahankan melayu sebagaimana yg termaktub, tetapi jgn gadai harta melayu. 53 tahun harta melayu tergadai bukan kerana parti komunis atau mana-mana parti kecil. Tapi parti dari BN. Koemintang (MCA) menjadi tokey, UMNO jadi orang tengah (alibaba)MIC jadi kuli, gerakan jadi pemborong. Yang tinggal KTMB. Kalau tiada parti besar alternatif yang akan jadi pesaing, apa agaknya berlaku 30 tahun lagi. Bayangkan ADUN jadi kayaraya boleh sumbang 30 ekor lembu setahun (banyaknya gaji, sedangkan gaji pengarah TNB rm25k sebulan pun kurang mampu sumbang walaupun sekadar 5 ekor lembu untuk 2tahun sekali). Fikir2 kan lah betulkan 'melayu' yg diperjuangkan seikhlasnya. Atau kebas kouta melayu. Itu yg hendak diperbetulkan oleh parti alternatif, bukan mencampakkan melayu sepertimana ulasan yg dapat kita tatap di media perdana. Ulas lah dengan ikhlas dan betul. Kesian pembaca. Mad Baling

KK SPRING berkata...

pUAK pemimpin lah pun yang dok jual ketuanan melayu.Pasai tu depa cepat kaya bila dapat jawatan.Pasir dapat tolak kat toke.Projerk dapat tolak kat toke.Balak dapat tolak kat toke.Pegawai kerajaan pun serupa juga ada yg buat macam itu.Cakap tak serupa bikin.Orang melayu kuli kang mana buat kerja tu.Yang dok buat kerja tu sampai hari ini.Bukan salah orang bawahan.Depa tukang lobi sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Elok la lg daripada mangkuk hangpa dok pikiaq kalau bg kat PR... apalah... Otak Udang betoi la...

Tanpa Nama berkata...

PArti alternatif dah terang2 nak tarik balik status bumiputera... hangpa nih sekolah sampai darjah 3 ka? Yang bodo sangat nih... Sebab ada semua nih la bangasa kita dah maju skt ke depan... kalau dak dok depan pintu pakai kain pelikat lagi la pg petang... Cina tuh semua mmg oghang putih dulu tinggal sini tak nak bagi orang melayu berjaya... itu pon tak boleh pikiaq ka? Mada kita dok baru nak eja sekolah, depa oghang putih dah hantar pi london dah mengaji... berapa tahun kita tertinggal sebenrnya? Pikiaq la bangsa ku... jangan jadi bodo piang...

Sifu Kulim berkata...

Dulu betoi...Tuan orang Melayu ialah kesultanan Melayu...tapi la ni 'Tuan orang Melayu' adalah UMNO, sebab apa...sebabnya UMNO telah menghapuskan/menarik balik berapa banyak hak-hak keistimewaan raja-raja Melayu...kat terengganu orang melayu UMNO kata apa pa sultan terengganu...salah siapa....dah terantuk dah...

Tanpa Nama berkata...

Menerik balik beberapa hak tak bermaksud menghapuskan...

Tanpa Nama berkata...

Bro, BM hang dapat berapa? Kalau oghang tarik kerakyatan hang, tak sama dengan suruh hang berambos ka? Kalau org tarik balik geran tanah hang, tak ka maknanya suruh hang belah... Adoiii... tolong laaa... Hang ingat org tarik tuh suka2 ka...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates