Isnin, 1 November 2010

Pendedahan Setpol MB Kedah - GLC Kedah Jadi Milik Peribadi, Tidak Boleh Di Sentuh

Sebelum ini, apabila banyak artikel yang Kedahtimes papar menceritakan perihal bagaimana kepala-kepala GLC yang dilantik dari kalangan PAS dan anak beranak mereka didalam GLC, Kedahtimes dianggap berbuat demikian kerana dengki, sakit hati dan cemburu dengan kejayaan pentadbiran GLC oleh PAS.

Untuk Rekod, di Kedah, kini tiada lagi GLC yang tidak diterajui oleh orang PAS, samada mereka layak atau tidak layak, semuanya disumbat ke dalam GLC.

Segala isi pendedahan kami tidak dibaca, dan jika dibaca sekalipun dengan minda yang sudah ditetapkan bahawa ianya satu fitnah. Maka segala perincian, termasuklah angka-angkanya dianggap rekaan, walhal kami mengambil risiko besar untuk membuka mata rakyat, dan mata pemimpin-pemimpin PAS sendiri (jika masih ada) yang masih kami anggap sebagai jujur dan masih berpegang kepada perjuangan Lillah hi taa'la.

Dibawah ini adalah pendedahan yang dibuat oleh Mohd Sanusi, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah sendiri. Bagaimana GLC ditadbiran ala syarikat warisan makbapak sendiri, dan jangankan hendak memperbetulkan kesilapan, hendak ditegur pun melenting.

Itu hanya beberapa perkara yang sampai ke telinga Sanusi, bagaimana yang tidak sampai dan tak berani disampaikan demi menjaga "jemaah".

Kebobrokan mereka sudah sampai ketahap Sanusi sendiri memecah tradisi menjaga jemaah, dan diakui beliau tidak lagi mampu menyimpannya sebagai rahsia.

Walaupun pendedahan beliau berkisar tentang ancaman terhadap kepentingan PAS sebagai kerajaan, tetapi ianya menceritakan terus sikap tidak amanah mereka terhadap rakyat, dan dengan itu stigma bahawa PAS semestinya suci sudah berkubur. Mereka suci hanya kerana tiada peluang..

Artikel Sanusi sendiri menggambarkan bahawa beliau meletakkan kepentingan PAS melebihi kepentingan rakyat. Pada pemahamannya, jika perbuatan curang pemimpin GLC tidak mengancam PAS, maka ianya tidak apa.

Bacalah seterusnya...


Kenapa saya memilih membuat komen secara terbuka di blog? Apa sudah tak ada cara lain???? Ada, tapi lama-lama ada yang tak makan teguran lagi... lupa diri. Ada pimpinan GLC yang dilantik selepas Mac 2008 semacam terlupa dia berada di sana kerana penat lelah Pak Leman, Sudin, Leha, Mat Piah, Usop, Useng, Awang dan ramai lagi yang telah pergi, sejak puluhan tahun dalam PAS. Parti diperkasakan hingga menang, walaupun diri daif-sedaifnya. Bila menang, dia hanya senyum puas mengharapkan balasan baik dari Allah di akhirat. Dia serahkan amanah memakmurkan negeri dan rakyat kepada pemimpin. Pemimpin yang menggalas amanah ahli parti dan rakyatpun kena mencari tenaga yang ada kemahiran untuk mentadbir negeri, termasuk pakar-pakar untuk memajukan GLC, selain pegawai-pegawai yang sedia ada.
.
Harapan orang ramai ialah kita melaksanakan keadilan, menentang kezaliman, membenteras penyelewengan, menolak kerakusan, menggantikan budaya mandom dengan sikap cergas, mendorong pembangunan rakyat, membantu - bukan menindas, menolong - bukan mencantas, jujur dan ikhlas. Baik sewaktu berurusan dengan pejabat dan agensi kerajaan, maupun berurusan dengan GLC - semuanya memberi kesan kepada prestasi kerajaan. Orang politiklah yang menerima kesan daripada sikap pegawai di jabatan atau GLC- kalau tak baik, buruklah ia.
.
Jika ada yang rakyat tak puas, mereka akan mengadu kepada pemimpin politik yang mereka lantik, yang mereka angkat ke posisi itu dan mereka kenal. Macam-macam cara rakyat menyampaikan hasrat. Orang seperti saya dan kawan-kawan di pejabat MB, ADUN-ADUN dan exco-excolah yang jadi perantara...lubuk mencurah masalah, aduan dan komplen. Mendengar dan menasihat adalah tugas saya... sudahnya saya harus sampaikan kepada pihak yang ditegur dengan pelbagai cara..ada yang direct, ada indirect, ada lembut ada keras. Ini semua untuk memastikan kepercayaan rakyat kepada parti yang membentuk kerajaan tidak hilang dan lupus. Kepercayaan inilah resepi menang dan mengekalkan kemenangan. Bukan wang atau projek, tapi kepercayaan. Bila orang mula tidak percaya, bahasa kecewa mereka tidak mudah terhenti.
.
Tapi ada orang tak suka dengan teguran. Ada pemimpin GLC yang ditegur, membalas melalui perantara - sampai ke telinga saya - "Habaq kat dia jangan dok kacau GLC, dia jaga politik sudahlah... dia tu Setiausaha Politik, bukan jaga GLC pun, kerja dia tak ada kena mengena dengan kita!" Lebih kurang begitu mafhumnya pimpinan GLC itu. Tidak cukup dengan itu, gara-gara tidak dapat menerima teguran, dia mengadu kepada kawan lamanya yang mengenali saya supaya kawannya itu berjumpa bos saya dan meminta saya diberhentikan - alasannya - saya tidak membela pegawai sepertinya bila menerima aduan orang ramai.
.
Apa yang menyebabkan dia ditegur, dan bagaimana saya menegur? Berat tangan menulis, berat lagi amanah digalas. Siapa saja yang berurusan dengan pimpinan GLC itu akan berakhir dengan masalah. Sejak dua tahun lebih, belum ada satupun projek 'dibawah tangannya' yang beroperasi dengan sempurna. Ada satu projek berakhir dengan aduan salah laku...orang datang mengadu siap dengan dokumen dan gambar. Kalau saya tak selesaikan, mereka akan mengadu kepada pihak berkuasa. Mereka tidak menuduh dia menyeleweng, tapi rakan kongsi yang dipilihnya mungkin salah urus, tidak jujur kepadanya yang tiada pengalaman dalam urusan itu. Ada juga yang datang mengadu dia suka mencantas hasil usaha orang untuk jadikan hasil usahanya, gara-gara dia tak pandai memulakan usaha. Apa saja yang lintas didepannya, dia akan 'sebat'. Bila orang asal itu terpinggir, projek itu juga terhenti. Sebab itulah, syarikat yang dipimpinnya tidak produktif sejak dua tahun lalu. Pembantu-pembantunya juga tiada pengalaman, dan ada orang dakwa belagak dan sombong, tapi kerja tak jalan.
.
Sayapun memanggilnya meminta penjelasan. Mohon diselesaikan dengan baik, adakan perbincangan, jangan ada yang teraniaya, biar orang selesa berurusan dengan kita, saya minta dia jawab fakta kes yang dibentangkan. Katanya kepada saya... 'depa tu yang tak betoi, bapak **** pun saya tak heran, biarlah depa pi mengadu, saya akan lawan.
.
Tup-tup lepas itu, dia pula mendakwa kakitangannya membocorkan rahsia syarikat kepada saya. Buat pertuduhan dan domestic enquiry kepada kakitangannya sendiri. Saya termenung sendiri. Inikah gaya pengurusan sebuah syarikat yang diamanahkan oleh rakyat? Patutlah projek tak jalan, asyik cari gadoh dan menyalahkan orang.
.
Lepas kes itu, siapa saja yang datang berurusan dengannya, dia akan bercerita pasal saya. 'Mengganggu kerjanya' katanya. Kenapa ada anggapan itu dalam kepalanya? Apakah saya tidak boleh bersuara untuk memastikan tiada kesan negatif kepada politik yang terhasil dari kelembapan GLC? Kenapa mereka tak fokuskan supaya tirai 2010 ini ditutup dengan satu projek berjalan dengan baik. Tak perlulah menyalahkan orang itu dan orang ini. Amanah sudah ditangan, jangan cari gaduh dengan sesiapapun. Moga gaji yang diterima adalah hasil usaha waktu kita mengepalai syarikat, bukan mengharapkan projek lama dari zaman lampau! Buktikan sesuatu! Rakyat menunggu!
.
Ada pimpinan GLC yang sejak awal lagi memulakan kerjayanya di syarikat itu, masih mengamalkan sikap seperti yang diasuh oleh pimpinan politik zaman lampau (sebelum Mac 2008). Dia buat macam orang tak tahu apa dia buat! Polisi sifar rasuah, belanja berhemah dan 'bawa pulang duit halal' macam tak masuk ke kepala. Polisi itu macam untuk orang politik saja, pegawai tak ada kena mengena! Jangan ada sikap ini pada pegawai yang dilantik selepas Mac 2008 sudahlah!


Muhammad Sanusi Md NorSETPOL MB Kedah

Kedahtimes:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Al-Ankabut: 2-3)

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates