Selasa, 28 Disember 2010

2011: TAHUN SERANG PAKATAN!!!!! AYUH BANGKIT SEGERA..

Oleh : Sobri Sudin

2010 bakal melabuhkan tirai. Fajar 2011 bakal menyinsing beberapa hari lagi. Kepimpinan UMNO Kedah sudah berubah.

Apa pun keputusan sudah dibuat, hormati Presiden parti, taati dan muafakat serta bersatu hatilah bersama Bashah dan Mukhriz.

Tanggungjawab menawan kembali KEDAH, menyemarakkan alunan gelombang merah, mengajak rakyat BERANI BERUBAH dan meniup semangat BANGKIT KEDAH adalah amanah yang terpikul dibahu lebih 3,000 cawangan UMNO, ratusan ribu ahli UMNO dan komponen BN.

Kita bukan sekadar perlu berharap, bernostalgia tetapi sama-sama susun gerakerja. Gabungkan semua kekuatan yang ada, tambahkan ramai kawan, elakkan cantas mencantas sesama sendiri. Sayangi ahli UMNO, jangan melihat yang cerdik sebagai penentang dan yang pakar angguk sebagai tanda taat.Tidak ada makna jika semuanya OK.OK.OK padahal bakal membawa K.O..K.O..K.O

Berbeda pandangan harus diterima sebagai satu rahmat. Setiap masalah yang ada kita tukarkan menjadi peluang yang terhidang.Kecerdikan dan kelebihan yang ada pada setiap insan kita manfaatkan bukan melihatnya sebagai satu ancaman.

Yang penting pimpinan atasan, pertengahan dan bawahan UMNO/BN perlu berlapang dada. Tambahkan pengalaman,tingkatkan ilmu pengetahuan dan semarakkan budaya mencipta kejayaan.

Sikap musang berbulu ayam kita jauhkan.Sikap pentingkan diri, jawatan,projek kita buangkan. Mulai detik 1.1.2011, KEPIMPINAN BARU pastinya ada agenda tersusun. Gerakerja pastinya lebih rancak dan hebat.

Kelemahan PAS, PKR dan DAP tentu dapat dibongkar. Strategi baru menawan pengundi muda, golongan profesional, alim ulama, pengundi atas pagar sudah semestinya mampu disusun.

Kelajuan gerakerja mesti berada pada paras tiga kali ganda. UMNO dan BN Kedah berada dalam masa kecederaan. Jangan lagi memberi alasan, jangan lagi berlagak sombong, angkuh, jangan lagi perlekehkan DAN remehkan kuasa dan suara rakyat.

Fahami denyut nadi mereka, jengah segenap pelusuk rantau,kampung dan desa. PEMUDA, PUTERI, WANITA ayuh bersinting lengan, kita gegarkan PAS Kedah dengan kehebatan gerakan kita. Kita lobi pengundi setiap hari, kita dekati, sapa, senyum dan salam dengan mereka.

Tingkatkan kreativiti dalam menyusun strategi dan propaganda untuk membenam dakyah PAS.Marilah kita kuburkan PAS, DAP dan PKR di pusara JELAPANG PADI.

PAS, PKR DAN DAP bukannya kuat tetapi UMNO dan BN yang lemah selama ini. Kita bangkit dari tidur, siapkan persiapan perang, kita serang bertubi tubi jangan beri mereka ruang.

Sudah cukuplah, KEDAH TIDAK LAGI SEJAHTERA. Dalam pada kita berusaha jangan lupa bermunajat kepada ALLAH S.W.T

Ketua Bahagian yang ada berilah kerjasama pada dua nakhoda yang menerajui UMNO Kedah. Parti komponen MCA, MIC, GERAKAN dan PPP lebihkan daya cabaran anda agar sama-sama mengukuhkan UMNO AGAR menjadi lebih PERKASA

Dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan.

DATO BASHAH padukanlah semua kekuatan yang dipunyai anak Kedah demi menjayakan misi UMNO.

DATO MUKHRIZ, jangan lagi berlengah, aura dan sambutan yang DATO terima teruskanLAH secara konsisten untuk dampingi rakyat  di segenap pelusuk daerah. Gemburkan, julangkan semangat GELOMBANG MERAH, BERANI BERUBAH, biar PAS, PKR dan DAP menjadi parah lalu terus REBAH..

Untuk semua pencinta UMNO dan BN meskipun bukan ahli UMNO dan BN kita jadikan tahun 2011 tahun menyerang PAKATAN..Jadilah ahli dan penyokong yang lebih berani, korban diri, harta, masa dan wang ringgit untuk menangkan PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI. Demi merungkai DILEMA MELAYU DAN RAKYAT KEDAH.

Ayuh bangkitlah dari lena yang panjang..bangkitlah...Prinsip pentingnya..'BIAR ORANG MENGATA KITA KERANA RAJIN BEKERJA DARI ORANG MENGATA KITA KERANA KITA TERUS LENA".

Semoga segala impian, perancangan bakal jadi kenyataan.

TAHUN BARU, AZAM BARU, SEMANGAT BARU..BANGKITLAH KEDAH...KU


Salam 2011

2 comments:

wanbaki berkata...

sapa bangkit kena kerat laaa....hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Salam semua"UMNO memang kuat semangat juangnya..tapi sayang kelemahan UMNO telah dibongkarkan dek kerana kerakusan kuasa & wang ringgit serta terlalu sayangkan dunia...rakyat sudah celik pejuagan UMNO tidak lagi seperti zaman dahulu....pemimpin sekarang dipenuhi oleh kekotoran dosa..satu dunia tahu peristiwa2 hitam bekas tangan pemimpin UMNO..mana ada pemimpin UMNO yang hidup susah...semuanya senang lenang melebihi kesusahan rakyat marhain...ayuh semua sahabat,kita kembali kepada islam yang menjanjikan dunia & akhirat...buat kerja ikut islam...jgn ikut nafsu...malulah rakyat sudah tahu perangai UMNO yang tak elok ni...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates