Ahad, 5 Disember 2010

Ada Berani ka - II

 Berikut adalah komen dari pelayar Kedah TImes tentang isu tuntutan Pulau Pinang.

Yang penting sekarang, kita telah kenal pasti bahawa PAS telah menggunakan Persatuan Sejarah Negeri Kedah yang dipengersikan oleh Dato Wan Shamsudin supaya persatuan ini yang mengeluarkan kenyataan akhbar MENUNTUT PULAU PINANG DAN JUGA SEBERANG dikembalikan kapada Negeri Kedah.

Sedangkan MENUNTUT SUPAYA PAJAKAN PULAU PINANG/SEBERANG PERAI YANG NILAINYA RM10,000.00 SEJAK DULU HINGGA SEKARANG DINAIKKAN NILAINYA KAPADA RM10,000,000.00, dituntut oeh Kerajaan Negeri. Ini kerana tuntutan ini kapada Kerajaan Persekutuan. Apa yang dinyatakan oleh Lim Guan Eng "saya tiada komen tentang tuntutan itu kerana itu adalah antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan". Bermaana, jika tiada layanan Kerajaan Persekutuan kapada tuntutan Kerajaan PAS/PR itu, Kerajaan akan jadikan ini sebagai isu politik dalam menghadapi PRU13 yang akan datang.

Mengapa Kerajaan PAS/PR tiada sebarang komen apa yang dituntut oleh Persatuan Sejarah Negeri Kedah untuk kembalikan Pulau Pinang/Seberang Perai?. Inilah mainan politik PAS/PR. Jika Kerajaan memberi komen dan menyokong tuntutan itu pemimpin PAS/PR Kedah tahu, Lim Guan Eng tidak menyukainya, kesepakatan Pakatan Pembangkang akan tergugat.

Tektik ini, Persatuan Sejarah yang inginkan nama mereka dijulang, mereka tidak menyedarinya bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin PAS/PR dalam isu ini. Demikian juga dengan Persatuan Kerabat Diraja Kedah yang hari ini dalam Akhbar Sinar Harian memberi sokongan tuntutan ini, malah persatuan ini akan menggunakan KDYMM Sultan untuk sama-sama bersetuju dengan tuntutan ini.

Kita bersetuju dengan tuntutan ini. Tapi mengapa Persatuan Sejarah Negeri Kedah?. Mengapa tidak Kerajaan Negeri sendiri mengambil peranan ini?. Mengapa dalam sidang Dewan Undangan Negeri YB Amiruddin tidak membawa usul ini?. Kenapa hanya membawa usul menuntut ditambaha bayaran pajakan dari RM10,000.00 satahu kapada RM10,000,000.00 sapertimana yang saya nyatakan diatas tadi?.

Kita mahu pendirian Kerajaan PAS/PR Kedah supaya menyokong tuntutan Persatuan Sejarah Kedah itu. Kerajaan PAS/PR Kedah ambil peranan, persmbahkan KDYMM Tuanku Sultan bahawa Kerajaan Negeri akan berhadapan dengan sebarang kemungkinan tindakbalas Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang yang dikuasaai oleh Lim Guan Eng.

Saya mencabar Kerajaan PAS/PR supaya bertindak segera.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

ada berani?...khenduri pulut kuning la klu Azizan berani same2 ahli sejarah kedah menuntut ppinang...Guan Eng jegil mata je Azizan dah kecut teloq....

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

kena pi jumpa bomoh simpang kola bagi LGE sejuk hati.

Tanpa Nama berkata...

dai olang x la berani maaa..nanti olang cakap itu azizian anti Pakatan maaa... hayyaaaa

Sifu Kulim berkata...

Aku kadang-kadang naik heran....selama 50 tahun kita berkuasa tak pernah pun perkara ni kita bangkitkan, walhal semasa itu-lah memudah kerja buat kita kerana berada dalam satu kapal. Kalau benar kita berhajat kembalikan Pulau Pinang / seberang Prai kepada kerajaan Kedah kita tunggu apabila UMNO/BN kembali berkuasa di kedua-dua negeri ini. Masa itu tiada siapa boleh menghalang tapi ingat dan jangan lupa pada tuntutan kita.....

Tanpa Nama berkata...

SIFU KULIM, BOLEH. SYARAT SERAH KUASA KERAJAAN NEGERI KEDAH KAPADA BN. KITA ORANG BERGADUH ANAK BERANAK SESAMA DALAM BN TAK DAK MASAALAH.

JIKA TAK BOLEH JADIKAN HAK KEDAH, KITA JADIKAN PULAU PINANG/SEBERANG PERAI SEBAGAI WILAYAH PERSEKUTUAN KEEMPAT. MANSUH DEWAN NEGERI DAN ADAKAN KAWASAN PARLIMEN DAHAJA, MACAMANA CADANGAN DATO' LATT SHAHRIMAN, KETUA UMNO BAHGIAN KUALA KEDAH YANG JUGA PEGAWAI TUGAS-TUGAS KHAS PERDANA MENTERI.

APA YANG KITA DAPAT TAHU DARI SUMBER TERDEKAT DENGAN KERAJAAN PULAU PINANG, SESUATI YANG LEBIH SIRIOS BAHAWA KERAJAAN PULAU PINANG AKAN MEMBAWA USUL DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI, NAK DESAK KERAJAAN PERSEKUTUAN MEMBERI 'KUASA OTONOMI' KEATAS PULAU PUNANG/SEBERANG PERAI KAPADA KERAJAAN PR/DAP PULAU PINANG. JIKA INI BENAR-BENAR BERLAKU, PULAU PINANG AKAN MENGUASAI SEGALA HARTA KERAJAAN PUSAT DI PULAU PINANG. TIADA LAGI PEGAWAI PERSEKUTUAN YANG BERKHIDMAT DI PULAU PINANG.

1) Menyerah kembali Pulau Pinang/Seberang Perai kapada Kedah.

2) Jadikan Pulau Pinang/Seberang Perai sebagai Wilayah Persekutuan ke IV.

3) Bagi 'kuasa otonomi' Kerajaan Pulau Pinang/Seberang kapada Kerajaan PR/DAP

Isu terbaru, Lim Guan Eng telah mula menyuarakan untuk nak mengambil alih atau membeli Pelabuhan Pulau Pinang di jadikan hak Kerajaan Pulau Pinang. Ini wajib dihalang oleh Kerajaan Persekutuan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates