Sabtu, 4 Disember 2010

Ada Berani ka?

Di bawah adalah petikan dari MummyRokiah. Pihak Kedah Times ingin mencabar Kerajaan Negeri Kedah agar melakukan sesuatu untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya Seberang Perai. Dulu ada angin mengatakan yang perjanjian adalah bersandarkan selagi ada bulan dan matahari yang kalau mengikut 'Hukum Undang-undang Malaysia' dan British adalah tidak sah. 


Jadi takkan sesama pakatan pun tak boleh berbincang. Jika dah tak dapat balik pun, dapatlah sekiranya tambah nilai pampasan tu. RM10Juta ka atau Rm100Juta setahun


Dulu masa BN memerintah, orang Melayu tak diganggu gugatpun. Sekarang mereka sudah menjadi macam pelarian Indon. Bila-bila masa saja mereka akan diganggu.


 Jadi, nak tunggu apa lagi. Banyak tu kalau berjaya!


Kedah tuntut kembali Pulau Pinang, patut dibawa ke tribunal antarabangsa

Pic - NST
Tokoh Sejarahwan Kedah merangkap Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof mahu P. Pinang dikembalikan kepada Kedah yang merupakan pemilik asal sebelum perjanjian dengan British pada tahun 1786.

Menurut Datuk Wan Shamsudin, usaha itu lebih penting berbanding dengan menuntut bayaran royalti RM10,000 setahun dinaikkan.

"Setelah merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada Perak.

"Sultan Kedah ada hak terhadap Pulau Pinang dan bayaran royalti yang dibuat setiap tahun hingga kini menunjukkan bahawa Pulau Pinang masih kepunyaan negeri ini," katanya.

Beliau berkata, perjanjian pada 1786 yang dibuat dengan pihak Inggeris itu adalah disebabkan keperluan ekonomi dan pertahanan, kerana pada ketika itu Kedah diancam oleh pihak Siam.

Menyingkap Sejarah -  Syarikat Hindia Timur sedang mencari sebuah tempat yang sesuai di Selat Melaka untuk dijadikan pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapalnya yang belayar jauh di antara India dan China. Mereka juga mencari sebuah pelabuhan yang dapat menggantikan Melaka, yang pada ketika itu merupakan sebuah jajahan Belanda, sebagai pusat perdagangan bagi Tanah Melayu. Justeru, Syarikat tersebut telah memilih Kedah sebagai pengkalan di perairan Tanah Melayu.


Pada tahun 1785, Syarikat ini telah mendapatkan persetujuan daripada Sultan Kedah di mana pihak Syarikat dibenarkan untuk menduduki Pulau Pinang dengan syarat mereka membayar sewa tahunan dan membantu menentang musuh-musuh Sultan terutamanya pihak Siam di utara dan pihak Bugis di Selangor. 

Kapten Francis Light telah dilantik Pesuruhjaya di Pulau Pinang apabila Syarikat Hindia Timur mengambil alih pulau itu secara rasmi pada 11 Ogos 1786. Pulau Pinang telah dijadikan sebagai jajahan takluk Benggala dan berada di bawah penguasaan Gabenor di Kalkatta. Tidak lama kemudian, Pulau Pinang telah menjadi sebuah pertempatan yang sibuk apabila pedagang-pedagang China dan India melihat kelebihannya untuk berhijrah ke sini kerana ia merupakan sebuah pelabuhan bebas dan tidak mengenakan cukai yang tinggi.

Jumlah penduduknya meningkat dari 1,000 orang pada tahun 1788 kepada 12,000 orang pada tahun 1804 waktu mana orang Melayu merupakan jumlah penduduk yang paling ramai diikuti dengan orang India dan orang China.

Cadangan yang dibuat oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah seharusnya dipandang sirius oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Kerajaan Kedah seharus mengambil initiatif ini untuk membawa tuntutan ini kepada tribunal antarabangsa agar Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah secara berdaulat.

SYABAS YBHG DATUK DR WAN SHAMSUDIN WAN MOHD YUSUF!

3 comments:

Pak Lah Bom berkata...

Apa pendapat Tuan Besar PERKASA pula.Sokong ke tak sokong akan hal ini.

Tanpa Nama berkata...

Yang penting sekarang, kita telah kenal pasti bahawa PAS telah menggunakan Persatuan Sejarah Negeri Kedah yang dipengersikan oleh Dato Wan Shamsudin supaya persatuan ini yang mengeluarkan kenyataan akhbar MENUNTUT PULAU PINANG DAN JUGA SEBERANG dikembalikan kapada Negeri Kedah.

Sedangkan MENUNTUT SUPAYA PAJAKAN PULAU PINANG/SEBERANG PERAI YANG NILAINYA RM10,000.00 SEJAK DULU HINGGA SEKARANG DINAIKKAN NILAINYA KAPADA RM10,000,000.00, dituntut oeh Kerajaan Negeri. Ini kerana tuntutan ini kapada Kerajaan Persekutuan. Apa yang dinyatakan oleh Lim Guan Eng "saya tiada komen tentang tuntutan itu kerana itu adalah antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan". Bermaana, jika tiada layanan Kerajaan Persekutuan kapada tuntutan Kerajaan PAS/PR itu, Kerajaan akan jadikan ini sebagai isu politik dalam menghadapi PRU13 yang akan datang.

Mengapa Kerajaan PAS/PR tiada sebarang komen apa yang dituntut oleh Persatuan Sejarah Negeri Kedah untuk kembalikan Pulau Pinang/Seberang Perai?. Inilah mainan politik PAS/PR. Jika Kerajaan memberi komen dan menyokong tuntutan itu pemimpin PAS/PR Kedah tahu, Lim Guan Eng tidak menyukainya, kesepakatan Pakatan Pembangkang akan tergugat.

Tektik ini, Persatuan Sejarah yang inginkan nama mereka dijulang, mereka tidak menyedarinya bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin PAS/PR dalam isu ini. Demikian juga dengan Persatuan Kerabat Diraja Kedah yang hari ini dalam Akhbar Sinar Harian memberi sokongan tuntutan ini, malah persatuan ini akan menggunakan KDYMM Sultan untuk sama-sama bersetuju dengan tuntutan ini.

Kita bersetuju dengan tuntutan ini. Tapi mengapa Persatuan Sejarah Negeri Kedah?. Mengapa tidak Kerajaan Negeri sendiri mengambil peranan ini?. Mengapa dalam sidang Dewan Undangan Negeri YB Amiruddin tidak membawa usul ini?. Kenapa hanya membawa usul menuntut ditambaha bayaran pajakan dari RM10,000.00 satahu kapada RM10,000,000.00 sapertimana yang saya nyatakan diatas tadi?.

Kita mahu pendirian Kerajaan PAS/PR Kedah supaya menyokong tuntutan Persatuan Sejarah Kedah itu. Kerajaan PAS/PR Kedah ambil peranan, persmbahkan KDYMM Tuanku Sultan bahawa Kerajaan Negeri akan berhadapan dengan sebarang kemungkinan tindakbalas Kerajaan DAP/PR Pulau Pinang yang dikuasaai oleh Lim Guan Eng.

Saya mencabar Kerajaan PAS/PR supaya bertindak segera.

Tanpa Nama berkata...

POOODDAH... KERAJAAN NEGERI PR/PAS KEDAH PENGECUT, TAK ADA TELOQ, NAK JAGA PUNGKOQ LIM GUAN ENG.

BERSUARA LAH MENYOKONG TUNTUTAN PERSATUAN SEJARAH YANG DIKETUAI OLEH DATO' WAN SHAMSUDDIN TUUUHH... UNTUK NAK KEMBALIKAN PULAU PINANG/SEBERANG KAPADA KERAJAAN KEDAH.

JANGAN KERAJAAN PR/PAS CAKAP PASAI NAK TUNTUT DUIT PAJAKAN DARI RM10,000.00 KAPADA RM10,000,000.00 SATAHUN JEEERRRR... AWAT KERAJAAN PR/PAS KEDAH TAK DAK DUIT SANGAT DAH KAAAA...

JIKA DAH TERUK SANGAT, CAKAP JEEERRR... KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHU APA NAK BUAT. INGAT NAAA... KERAJAAN PR/PAS KEDAH..., JIKA TUNTUTAN ITU TIDAK BERJAYA JANGAN JADIKAN INI ISU POLITIK DALAM PRU13.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates