Khamis, 9 Disember 2010

Akuilah, Anwar Memang Bijak..

1. Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) didapati berlaku sangat tidak adil semasa pemilihan parti baru-baru ini. Ramai ahlinya memprotes pemilihan yang tidak adil itu, malahan ramai yang keluar Keadilan kerana mereka mendapati tiada keadilan dalam Keadilan.

2. Malah calon timbalan presidennya, Zaid Ibrahim pun keluar Keadilan kerana dakwanya tiada keadilan dalam Keadilan.. Manakala timbalan setiausaha agungnya pula dipecat secara tidak adil dari parti keadilan. Mana adilnya Keadilan jika pemecatan itu dibuat dengan tandatangan palsu.

3.Apabila keadilan tiada dalam Keadilan, huru hara berlaku. Kerusi melayang, tong undi dibaling, pegawai petugas meraung-raung menangis ditendang wakil calon, ranting dibubar, dan berbagai-bagai lagi cacamarba yang tidak mungkin dapat dibendung lagi.

4. Api dalam keadilan menyala begitu marak dan berterusan umpama api telaga minyak yang bocor. Hendak didekati pun tidak boleh, bagaimana hendak memadamnya? Jika tidak dipadamkan api ini, Keadilan akan hancur dan sejarah pasti tertulis, "Keadilan hancur kerana tiada keadilan". Tentulah Anwar tidak mahu sejarahnya dicatatkan seironi itu.

5. Anwar seorang yang bijak, api yang marak tidak mungkin dipadamkan dengan menyejukkannya. Satu-satunya cara ialah dengan melemaskan api tersebut. Gunakan bom untuk lenyapkan oksigen, api akan padam. Bom Anwar dilepaskan melalui Azizah adalah Bom Ketuanan Melayu dan Bom Anugerah Tuhan.

6. Sekarang semua orang sudah lupa bahawa parti keadilan sudah hancur tinggal rangka, semua orang sibuk pasal isu Melayu dan Ketuanan Melayu yang sebahagiannya tidak faham pun apa maknanya. Dapatlah Anwar masa untuk memulihkan partinya.

6. Kita perlu akui bahawa Anwar memang bijak, Namun kita mencari yang jujur... 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates