Khamis, 9 Disember 2010

APA YANG PENTING...BUAT KERJA!!!!!!!!


 SOBRI SUDIN

Cuti Maal Hijrah ingat nak bawa family berjalan-jalan, apa kan daya anak pula demam, musim angin timur la katakan, habis semua pakat demam.

2. Dan di Kedah demam politik kian berpanjangan, jadi dah tak jadi bawak family jalan-jalan hari ni seharian aku habiskan jadual mengutip data melalui kaedah temubual untuk habiskan satu lagi kajian aku untuk disubmit pada pihak atasan(jangan tanya siapa pihak atasan tu).

3. Political researh punyai tiga metodologi utama untuk tujuan kutipan data, pertama pemerhatian, kedua survey, ketiga penglibatan turut serta.(survey tadi ada dua kategori satu temubual bersemuka dan keduanya tinjauan melalui questioanaire melalui responden yang kita pilih). Atas tu kita balun la perspektif teori dan kerangka konsepsual setelah dibina model yang sesuai. Ini dilengkapi pula dengan dibina hipotesis awalan.. setelah disetkan objektif kajian(harap hangpa faham la no).

4. Dalam pada aku kalut nak jumpa responden tau tau dua sahabat lama pula nak jumpa, apa lagi tempat biasa la Hotel Samila. Bubur nasik dia sangat sedap, untuk pelancong yang datang ke Kedah silalah rasa. Samila seingat aku adalah hotel pertama di ALOR SETAR, rekabentuk dalamannya masih dikekalkan sentuhan lama, namun disitu pasti tenang lagi menyantaikan.
5. Apa lagi sampai di Samila, Dato Ariffin Man, Setiausaha Kerja BN yang dipanah Mat Sudin sehingga terpelanting ke jawatan sekarang beserta Dato Hj Abdul Wahab Din, Ketua Penerangan UMNO Baling, mantan SETPOL MB Kedah (zaman Syed Razak), mantan SUSK kepada Timbalan Menteri di JPM dan mantan Kadi di WP, KL.

6.Mereka ini adalah sahabat sepasukan semasa kami kerja bersama membersihkan daki dan kepayahan yang ditinggalkan Sanusi Jonid dulu. Alhamdulilah jika Sanusi menyebabkan BN kalah 12 DUN dan 8 Parlimen di Kedah, namun berkat kerja sepasukan di zaman Syed Razak, PAS hanya menang 1 parlimen dan 5 DUN.

7. Dato Pin Man lantas keluarkan sekeping kertas tunjuk kat aku, rupanya dia print coretan aku 'SELOKA UMNO KEDAH' yang tersiar dalam KEdAH TIMES sambil dia tunjuk bait-bait pantun yang aku karang. Dia kata, apa yang aku tulis memang betoi dan tepat sekali, tapi aku rasa bersalah juga bila dia bagitau Dato IR NAWAWI SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH la ni dok di IJN pasai sakit jantung tambahan lagi dia ada kencing manis (kita doakan YB cepat sembuh kerana banyak kerja dan aktiviti UMNO yang perlu digerakkan). Tapi masalahnya ada ka program anjuran UMNO Kedah yang libatkan program induk lagi menyeluruh yang menjengah semua bahagian? Ada ka? Lu orang jawablah sendiri.

8. Perbualan kami bertiga berkisar tentang masa depan UMNO Kedah dan kemampuan BN ambik balik Kedah.

9. Aku meyakinkan kedua sahabat aku tadi KEDAH boleh ditawan kembali, bukan banyak sekarang dah menang 14 DUN cuma pertahan bagi elok dan tambah lagi paling kurang 7 kerusi DUN insya-allah tertegaklah kembali kerajaan BN.

10. Aku katakan lagi Kedah juga tak perlukan seorang MB yang berpendidikan tinggi sebab sejarah politik Kedah TELAH membuktikan semua MB yang ada ijazah akhirnya negeri jadi tak tentu arah. Syed Omar, Syed Ahmad, Syed Nahar, Osman Aroff tak dak ijazah pun, tapi ijazah depa adalah sentuhan peribadi dan selami denyut hati rakyat. Bandingkan pula dengan si Sanusi, ijazah macam-macam dia ada, bahasa Jerman, Belanda, Vietnam semua dia boleh cakap, tapi apa jadi negeri? Mahdzir Khalid siap ada MA lagi bidang pendidikan, dari USM, tapi mungkin formula dia tak menjadi hingga BN jatuh ke tangan PAS. Azizan ada MA, Islamic Studies lagi tapi semua pakat lena pasai khusuyuk dok berzikir kuat sangat dan berjaga malam berqiamulail kot, pembangunan negeri entah kemana, duit GLC lesap dibaham ana ente.

11. Terkejut beruk dua sahabat aku bila aku singkap sejarah begitu, tapi syarat dia aku kata, walaupun MB tak dak ijazah tapi pegawai yang dia lantik kenalah cerdik pandai, kuat kerja dan tak dak apa-apa self interest baru MB boleh naik imej dan negeri boleh maju, rakyat akan sejahtera. OOOH MACAM tu rupanya.

12. Dalam dok sembang rancak, Pin Man bagitau aku dia dengan rela DAN ikhlas hati sanggup berdamai dengan Mat Sudin jika MAT SUDIN ikhlas mahu sama berganding bahu menangkan UMNO di Pokok Sena. Aku kata, 'eloklah macam tu, kalau dia ketegaq jugak kita hantar dia pi jadi duta Khas di Zimbabwe senang tak boleh la dia sabotaj lagi sapa saja yang jadi calon di DUN BUKIT LADA, BUKIT PINANG DAN PARLIMEN POKOK SENA, "lantas Pin Man pun tersenyum pendek'.

13. Dato Wahab pula aku kata, baliklah baling pakat elok-elok dengan Aziz Rahim, Cikgu Mail, Azmi Che Hussain, maka kerusi DUN Kuala Ketil, Bayu, Kupang, dan Parlimen BALING insya-Allah kita sapu semuanya.

14(a). Moral of the story, UMNO sentiasa mengalahkan diri sendiri, bukan disebabkan hebatnya dan kuatnya PAS, PKR ATAU DAP.

b. Petualang parti, pensabotaj parti dan calon yang ditolak rakyat jangan lagi dibagi muka sebagai calon biar kuat macam mana pun mereka melobi, menangis, cium lutut PM atau tidur depan rumah PM. PM kena bezakan antara kawan dengan calon yang rakyat mahukan. Bak kata PM, RAKYAT DIDAHULUKAN

c. Gerakerja UMNO Kedah boleh dilaksanakan secara menyeluruh sehingga terasa impaknya disetiap bahagian, duit bukanlah masalah, tapi sikap lengai, tak dak idea, tak mau tanya orang, bodoh sombong dan selesa dalam domain sendiri menjadi penyebab kenapa UMNO Kedah terus tidur lena.

d. Formula nak menang dah ada, resepi ramuan gerakerja sudah tersedia masalahnya 'political will' nak laksanakan saja... la NI.. pakat dok tunggu sapa nak mula.. orang putih kata apa.. break the ice.. sebab itu UMNO Kedah masih wait and see.. u wait last-last u mati..

15. Tiba-tiba soalan cepu masa terpacul dari mulut aku, "DATO, SAPA nak JADI PENGERUSI UMNO KEDAH' dan bila nak umum? Awat yang PM dok tunggu lagi, umum sajala? Tapi Tok Pin Man dan Tok Wahab pula tanya aku sapa? Aku jawab sapa pun tak pa yang penting buat kerja.

16. Yang sebenarnya kami bertiga sama-sama dah tau jawapannya sapa.. aku ingat hangpa pun tau sapa.. bila PM umum hangpa semua kena redha.. ada yang suka ada yang tak suka biasa la manusia.. rambut sama hitam citarasa tetap berbeza.. NAMUN AWAS JANGAN JADI ANWAR DEPA BELAKANG HENTAM JUGAK.

17. Rupanya malam ni 7/12 dengan esok 8/12 sehingga 9/12 PM ada di Langkawi, mesyuarat ahli lembaga Pengarah Khazanah Nasional BERHAD. 9/12, PM akan mai Staidum Suka MENANTI jam 10.00 pagi bagi sumbangan mangsa banjir sebelum bertolak ke Ipoh. Patut Tok Pin bagitau aku petang tadi ramai yang pakat dok berebut feri walaupun angin kencang dan laut bergelora sekarang sebab semua nak sambut PM DI AIRPORT LANGKAWI

18. Dan bakal PENGERUSI UMNO KEDAH dikhabarkan sudah pun ada di Langkawi bersama PM, menerima amanat-amanat penting untuk dilaksanakan selain surat watikah lantikan sudah pun dalam simpanan orang itu. Aku tak mau bagitau sapa.. kalau ada rezeki mungkin PM akan umum di Stadium Suka Menanti, 9/12 ni, tidakpun mungkin esok di Langkawi, apa pun kita tunggu saja pengumumannya nanti.. dan kita pakat terima dengan lapang dada sebab yang penting kita sama-sama harus pakat bekerja demi menawan semula KEDAH dari PAS durjana.

Agak-agak hangpa la.. SIAPA ORANGNYA???? siapapun orangnya.. APA YANG PENTING.... BUAT KERJAAA!!!.. JANGAN LENA!!!!!

2 comments:

ABU MUSA berkata...

BASHAH jadi pengerusi umno kedah..

MAHADZIR KHALID jadi menteri..

Ada betoi ka tara betoi! Hehehehe!

Tanpa Nama berkata...

Dan hari ni dah 11hb. Tiada pengumuman! Dan UMNO Kedah terus lemas dalam spekulasi!!! SPEKULASI BASI!

'Penyokong Kuat Azeez Rahim'

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates