Isnin, 20 Disember 2010

AZIZAN SERTAI UMNO????

TOK CHA MENULIS:

1. Ada makna bila Azizan anugerahkan tokoh pada Tun Mahathir dalam satu persidangan kewangan Islam antarabangsa anjuran KUIN di Langkawi baru-baru ini.

2. Azizan baik dari segi peribadi mahupun hubungan memang dibacking kuat oleh Mahathir dan Tun Daim. Jangan lupa dengan Najib Tun Razak pun dia lagi baik. Tika Tun Razak meninggal di London, Azizan yang sedang melanjutkan pengajian di sana adalah antara ustaz yang terlibat menguruskan jenazah Tun Razak, dan ini tidak akan dilupakan oleh Najib.

3. Azizan juga semasa hari keputeraan KBDYMM Tuanku Sultan Kedah sepanjang dua tahun lalu, tak henti-henti anugerahkan dan rekomen gelaran Dato pada pemimpin UMNO. Suatu usaha yang gagal dilaksanakan oleh pimpinan UMNO. Barishah Saad, dan ramai lagi adalah antara pemimpin UMNO yang diingati Azizan.

4. DAN POLITIK GELUT KUASA yang menyaksikan EXCO PAS Lepas tangan membiarkan Azizan terkontang kanting menjawab semua isu. Selain mainan puak Mahfuz, Pahrolrozi, Din Anak Bukit yang mendesak kepimpinan PAS PUSAT agar tidak lagi mencalonkan Azizan dalam PRU ke-13.

5. Maka Mahfuz yang mengintai bertanding di DUN Bukit Pinang bakal menjadi MB Kedah yang akan mengajar anak-anak Kedah menjadi binatang zoo atau di safari melalui gelagatnya yang sering kita lihat di Parlimen. Law maker yang gagal bertindak dan berkelakuan dengan penuh wajaran.

6. Namun AZIZAN bukanlah politikus sekupang dua, mudah dijual atau ditolak ketepi. Kad mainan politiknya terus bergerak, dan kad terakhir jangan terkejut kalau AZIZAN sertai UMNO, dan dilantik jadi PENGERUSI UMNO KEDAH YANG BARU.

7. Baru semua KETUA BAHAGIAN nak kena 'chai'. Pakat dok berebut sangat, bahagian tak terjaga, bergaduh sini sana, kelaku serupa musang, sabotaj parti, ada hati nak jadi PENGERUSI..

8. APA punya tuuur ketua bahagian yang ada. Kuasa ditangan gagal dilaksana, masalah bahagian berlopak sini sana. Hajat bukan main besaq nak duduk di atas SINGAHSANA.. CIT.. PTUIH.. PO.. CHIT... POOODAH!!!.

8. Rakyat menyampah, suara hati ahli dibakul sampah, selagi UMNO gagal dibersihkan dan diubah serta berubah selagi itulah PAS akan terus perintah Kedah.

SELAMAT TAHUN BARU 2011
Ikhlas dari TOK CHA
Pondok Pisang

12 comments:

dzimba MMIM berkata...

cantik ulasan tok cha..mohon pautan http://pantausblog.blogspot.com

terima kasih

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

Syabas !! tok cha !! satu penjelasan yang teppat dan padat !!

Tanpa Nama berkata...

Betoi ke ni .Kalau betoi memang benarlah perjuangan UMNO . Subhanallah . Kebenaran hanya ada dalam UMNO sebab parti ni ditubuhkan atas dasar perjuangan ,pengorbanan dan sumpah setia orang Melayu .

AloQStaQ berkata...

Hahaha ... Azizan Razak jadi Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah !??? Kah Kah Kah ! Menarik niii ... dia ni memang kulit aja pas, perbuatan ala-ala umno jugak (setakat dok nampak la ni) ...

ada ka patut dia kata dia tadbir kedah tak mau tiru kelantan ! hahaha ! kelantan sikit punya pulun nak jalan hudud , tapi kat kedah , silap-silap sebut hudud, azizan mai tangkap pi boh dalam I.S.A KERAJAAN KEDAH ! hahaha ... Azizan tak mau ikut acuan nik aziz ... apahalll ???

Mungkin kalau dibuka pintu hati Azizan Razak seminggu dua lagi, atau sebulan dua lagi, ataupun setahun dua lagi, InsyaAllah hasrat penulis artikel (tok cha) nak tengok Azizan isi borang UMNO akan terlaksana ... hahaha!

Masa tu, Pengerusi Perhubungan bagi kat Azizan, dia tau la lagu mana nak terujai muka puak-puak warlord-warlord yang teqingin nak jawatan tu ... masa tu, Azizan terujai muka depa sambey kata “Hangpa pembohong! Kata saya tidak turun padang, buat berita kata ayam busuk sebab tak ada bekalan air. Pertikai peruntukan dan bantuan Kerajaan Negeri, sedangkan kita salurkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah."

"Lain kali buat kerja ikutlah cara Islam,” katanya sambil berlalu pergi.....

HA HA HA ! ...

AloQStaQ

Tanpa Nama berkata...

terbaiklaaa ALOQSTAQ

Tanpa Nama berkata...

Awat yang hampa ni cakap meghapu niiii..... Azizan Razak akan jadi Pengerusi UMNO Kedah?. Hampa cakap elopk-elok sikit.

Sekarang dengan tekanan geng Mahfuz, Din Anaka Bukit, Taulan dan banyak lagi, memang Azizan gelabah. Politiking dalam PAS ni mengalahkan UMNO lagi. UMNO, politikingnya dalam Bahgian jeeee... Kes Pengerusi Perhubungan yang bakal nak ganti Dato Sri Shafie Afdzal tak dak sapa yang boleh cakap apa daaahhh... sebab yang tu adalah progretif Presiden UMNO. Pengerusi dia nak bagi kat sapa dan Timbalan Pengerusi dia nak bagi kat sapa yang hak Presiddeen.

Tapiiii... politiking PAS negeri niii...lagi sakaaan!!! Azizan Razak pernah cakap kapada seorang tokoh (tak leh cakap) Kedah, "depa nak ambik jadi MB depa ambik lah aku pun tak larat dah ..... oooii!!!". Itu keluhan Azizan Razak. Yaaaa laaa..., dia pun dah tua, ada tekanan kuat macam tuuu dia pun tak laghat dah laaa...

PAS atau pembangkang niii... memang sabuah parti yang amat-amat sulitkan jika ada pertikaian sesama pemimpin. Mereka tak akan buktikan kapada umum jika ada pertikaian. Denganr-dengan telah ada pemipimpin depa cabut kelaur parti atau mati beragan macam tuuu.. jeeee. Contoh Dato Nakha'i. Sabelum dia dijatuhkan dia cabut lebih dulu.

Beggitu juga apa kan berlaku kapada Azizan Razak. Dengan tekanan-tekanan geng-geng muda ni, beberapa hari lagi dia akan meloghoih macam tu jeee... Lagi pun, Azizan Razak ni, pi kekampong-kampong pun dah tak dak sambutan daaaahhh.. Macam baru-baru ni dia pi Kubur Panjang, taka ada sambutan. Ada laaa 1,000 orang. MB pi melawat, mana bileh banyak tu saja sambutan?.

Kelmarin, Dato' Mukhriz Tun Mahathir pi KEDA Lahar Tunjung, Pendang, pun orang sambut dia dekat 2,000 orang. Tu baru Dato' Mokhriz!!!.

AloQStaQ berkata...

Tenkiu so much Tanpa Nama 3:34:00PM ...

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul menangislah Nik Aziz .Memang Kedah cara Kedah la

anaklangkawi berkata...

Cek sokong kalau azizan masuk UMNO.. mmg skrg ni pun dia berckp ada ala2 org Melayu & Islam..

Tanpa Nama berkata...

Aku takut terbalik pula.yang umno masuk pas.jangan seronok sangat.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Takkan terjadi punya Azizan masuk UMNO sebab dah kena baiah talak tiga..... hahhaaaaa.

Unit Multimedia berkata...

moga kedah aman di bawah pentadbiran azizan atau umno...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates