Isnin, 20 Disember 2010

BDB vs Kedah Sato – Semakin Merentung.

Dipetik dari Blog Helang Kedah

Terbaru, diberitakan suhu kepanasan di Menara BDB semakin meningkat berikutan gerak taichi dan kuntau dipentas pertembungan  semakin tangkas dan ganas.

Sebagaimana yang telah dijangkakan, YB Dato’ Mahfuz Omar akan berhadapan dengan kelicikan dan kerakusan Dato’ Jahubar and The Gang. Beberapa orang Exco Kerajaan Negeri telah mereka kunjungi untuk melobi sokongan terhadap mereka dan dalam masa yang sama bertujuan untuk menyerang hendap dan melumpuhkan musuh.

Khabarnya hasil kurang memuaskan, buat masa ini. Kalau memgambilkira beberapa kes yang terdahulu, Dato’ Jahubar and The Gang terbukti mampu mempengaruhi serta memenangi sokongan daripada ’God Father’.



Dato’ Jahubar juga dikatakan sedang melobi Lembaga Pengarah BDB dan Wisma Negeri untuk mengugurkan Yb Dato’ Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd.

Amat diharapkan YB Dato’ Mahfuz Omar tidak mudah untuk mengalah, malah turut berusaha mematahkan serangan dan asakan dari Dato’ Jahubar and The Gang.

Projek Kampus Induk KUIN amat penting sebagai penanda aras serta ukuran keberkesanan dan ketelusan pentadbiran Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS.

YB Dato’ Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena bukanlah nama kecil diarena politik negeri dan nasional. Di Kedah beliau adalah Timbalan Pesuruhjaya 2, sementara diperingkat nasional merupakan Naib Presiden (2) PAS.


Komen KedahTimes : Kami mengalu-alukan berita mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan Kedah & Anak-anak syarikatnya (yang di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri) khususnya dari staf-staf agensi terlibat yang tertindas . Kalau anda bukti lagi bagus . Kami tak akan dedahkah identiti anda.


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates