Rabu, 1 Disember 2010

Benarkah?

SLC Kedah, Kedah Communication Event (KCE) dan Kedah Agro (Projek ternakan ikan Keli) pada asalnya ditubuhkan untuk menjana pendapatan tambahan kerajaan negeri tetapi kini telah bertukar secara tidak langsung menjadi kepada penjanaan kewangan kepada Parti PAS.

Tetapi sebaliknya telah berlaku. Daripada menjana kewangan tambahan, ianya menjadi liabiliti. Dan keadaan ini semakin tenat.

Sumber mengatakan yang setakat September 2010, KCE menanggung kerugian RM4 Juta dan diberitatahu oleh sumber yang KCE sudah digantung operasi. Mohon pihak berkaitan beri penjelasan jika ini benar berlaku.

Dan Kedah Agro yang bermodalkan RM3.6 juta telah melaksanakan projek pelihara ikan keli tetapi hasil jualannya hanyalah sekitar RM400 Ribu sahaja walaupun ikan 3/4 diambil/jual. Ini apa yang dikhabarkan oleh sumber dalaman. Jika benar pihak Kedah Agro patut beri penjelasan. Jika tidak perbetulkan.

MOU dengan negara Mesir untuk membekalkan ikan keli sebanyak 1 tan pada januari 2011 nampaknya akan gagal disebabkan ikan peliharaan sudah nak habis. Maka Kedah. Agro perlu cari jalan untuk menambahkan bekalan samada dari pasaran runcit atau borong dari penternak-penternak sekitar.

Sumber juga memberitahu yang ini adalah bala pada orang yang memakan harta anak yatim Memali. Mungkin pemberi maklumat lebih mengetahui atas apa yang dimaksudkan dengan memakan harta anak yatim memali.

2 comments:

1 Melayu berkata...

Bukan itu saja,pelaburan di Papua yang kononnya diberi konsesi balak oleh kerajaan Papua kepada Kedah Corp telah kerugian melebihi RM 4 JUTA,hingga kini balak belum dapat dikeluarkan dan wang pelaburan telah lesap.Jika ingin tahu butir butir terperinci sila hubungi Hj.Akashah mantan CEO Kedah corp dan diberitakan ada kes saman terhadap Kerajaan Negeri Kedah berkenaan kes ini.

Pakteh berkata...

Jualan ikan keli memang rugi tapi jualan kayu balak yang ditebang semasa nak buat ladang ternakan keli di Sungai Pau Sik entah berapa jumlahnya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates