Ahad, 5 Disember 2010

BN Janji Berubah Penuhi Kehendak Rakyat


KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mengakui kelemahan dan berjanji akan memperbaiki diri serta bergerak mengikut peredaran zaman seperti yang dikehendaki rakyat secara keseluruhan demi kemakmuran dan kemajuan negara.
Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Muhkriz Tun Mahathir berkata, BN perlu berubah kerana rakyat sekarang amat peka dengan suasana politik lebih-lebih lagi selepas pilihanraya umum 2008 lalu.
“Jika BN terus menutup mata dan terus tidak berubah, maka rakyat akan mengambil tindakan mengubah kerajaan pada pilihanraya umum yang akan datang.
Kita sudah mulakan proses perubahan ini, dan rakyat sudah mula kembali memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kita (BN). Jadi kita tidak akan sia-siakan sokongan ini,” katanya kepada media selepas ucapan Pengerusi pada Konvensyen BN di Wisma MCA sebentar tadi.
Tambahnya, ucapan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan ucapan menyeluruh dan meliputi segala aspek yang perlu dititik beratkan oleh setiap parti komponen BN.
Katanya, Pengerusi telah mengingatkan semua ahli BN agar mengingati tujuan asal penubuhan Perikatan dan kemudiannya BN yang berteraskan perpaduan.
“Kalau tidak kerana perpaduan yang sedia wujud dalam Perikatan dan BN, tidak mungkin kita dapat majukan negara ini dan melonjakkan ekonomi sehingga tahap yang kita nikmati pada hari ini,” katanya.
Mukhriz turut membidas Pakatan Rakyat (PR) yang wujud berteraskan retorik semata-mata dan bukannya perpaduan.
“Sebenarnya PR tidak mengamalkan perpaduan yang kononnya mereka perjuangkan dan pakatan ini adalah rapuh. Sebenarnya BN sudah lakukan sejak dahulu lagi dan hari ini kita buktikan perpaduan kita.
“Tengok sahaja ketika pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, mereka langsung tidak hormat asas-asas demokrasi sekaligus menghina ahli-ahli mereka dan menipu rakyat,” katanya.
Ditanya mengenai pembersihan parti, Mukhriz menegaskan terdapat pelbagai cara untuk melakukannya dan yang paling penting, setiap komponen BN perlu tahu kelemahan diri sendiri -MediaUMNO

12 comments:

sri bongsu berkata...

Tuan empunya Kedah Times..aku tak faham apa itu pembersihan parti.Maknanya masih ada kotor dan daki dibadan BN atau UMNO.

Syburi Times berkata...

Sri Bongsu , betul , UMNO dan BN masih ada kotor dan daki di badan, antara penyakit seperti yang dinyatakan oleh Presiden iaitu penyakit khayal, lupa diri, jumud dan angkuh . Marilah bersama-sama kita membantu UMNO dan BN dalam membersihkan/merawat parti dari penyakit-penyakit tersebut.

Sifu Kulim berkata...

Usah sebut hal orang lain tapi cermin diri sendiri, tanya adakah aku benar memperjuangkan kepentingan parti atau kepentingan peribadi. Tanya berapa banyak projek yg aku kebas dan aku bagi pada kroni aku, rakyat masih melihat kekotoran dan daki-daki di badan UMNO/BN atau kita hanya petah berpidato untuk menunjukkan kepada bos kita benar-benar komited pada perjuangan parti agar kita terpilih menjadi ketua perhubungan supaya banyak lagi yg boleh aku kikis.

Tanpa Nama berkata...

Kali ini aku setuju sangat dgn sifu Kulim... Buat kali pertamanya...

Sri bongsu berkata...

Tuan empunya kedah times.Terima kasih diatas jawapan yg tepat ,ikhlas dan jujor sekali.Kalau beginilah punya cerita sebab itulah pada pemerhatian aku yang kerdil ini walaupun gendang yg dipukul oleh pemimpin dengan pelbagai rentak dan irama rakyat selaku pengundi masih memerhati akan rentak politik negara.Mereka belum lagi menari atau bergedik kerana penyakit inilah.Sebab itulah segala dendang yg dipalu rakyat masih kaku bimbang untok menari ikut rentak gendang tersebut.Apakah retorik lagi dengan ucapan pembersihan segala daki ,kekotoran ini.Amanah sudah terkulai dimana-mana.Rakyat sedang menghitong kehancuran amanah yg menjadi paksi umat yg beragama.Doa rakyat adalah doa keramat.Doa dari suatu kezaliman sesama kita.Masih ada ubat lagi kah.

MELAYU LUNAS berkata...

Aku setuju kalau kata BN/UMNO perlu berubah.Aku nak tanya bila nak berubah.Nampak macam tak mahu berubah.Terutama diperingkat bahagian dan cawangan.Cuba tengok Di DUN Lunas.Apa BN/UMNO buat.Tiada harapan untok BN pada pRU13 nanti.Krisis PKR pun tak menguntongkan BN/UMNO di DUN Lunas.Lebih baik tutop sahaja lah BN/UMNO di DUN Lunas kalau tak ada usaha langsung.Membazir masa tenaga dan wang ringgit sahaja.BN/UMNO nampak amat kerdil sekali di DUN Lunas.Agaknya ada pemimpin tak ada strategi politik.Yang ada pun ialah kepentingan peribadi dan perut sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kalu betoi BN nak berubah dan mengikut kehendak raykat, Pengerusi Perhbugan UMNO Kedah pun kenalah ikut kehendak rakyat juga. KAMI RAKYAT KEDAH HENDAKAN DATO MUKHRIZ JADI PENGERUSI UMNO KEDAH YG BARU. Kita tengok adakah kehendak rakyat tercapai. Kalu yang ini pun tak ikut kehendak rakyat, tambahlah yg lain.

Tanpa Nama berkata...

Ok lah di perakui, tapiiii...

Diperakui... dalam BN ada pemimpin/ahli KHAYAL. Tapi, dalam PR tiada sifat ini?. Ustaz Azizan? dok khayaaaal jerr.. apa dia buat untuk pembangunan negeri?.

Diperakui...dalam BN ada pemimpin/ahli LUPA DIRI. Tapi, dalam PR tiada sifat ini?. Nik Aziz? lupa diri yang dia tu hanya Mursyidul Am, kuasa Hj Hadi pun dia sapu semua.

Diperakui...dalam BN ada pemimpin/ahli JUMUD. Tapi, dalam PR tiada sifat ini?. Patuh kapada Anwar Ibrahim hingga lupa dan tak mau fikir dah yang Anwar tuuu.. peliwat.

Diakui...dalam BN ada pemimpin/ahli ANGKUH. Tapi, dalam PR tiada sifat ini?. Lim Guan Eng yang tidak mahu langsung berunding dengan rakyat yang menghadapi masaalah tanah yang akan diambil pihak swasta di Balik Pulau.

APA PUN 4 SIFAT INI AMAT TIDAK SESUAI DENGAN KEPIMPINAN. KOMPONEN BN PERLU BANGKIT SERTA MENDEKATI RAKYAT. RAKYAT BENCI DENGAN SIFAT INI. UNTUK MELAKUKAN APA SAJA KERJA DAN TANGGUNG JAWAB, JIKA ADA SIFAT-SIFAT INI, SAMPAI MATI PUN TIDAK AKAN BERJAYA.

JIKA PEMIMPIN-PEMIMPIN DALAM KOMPONEN BN MASIH MAHU LAGI MENGAMALKAN SIFAT INI, SILA LETAK JAWATAN DAN TINGGALKAN PARTI. PARTI, TERUTAMA UMNO TIDAK PERLU MANUSIA YANG SEBEGINI RUPA.

wanbaki berkata...

dah lama dah nak berubah tapi tak berubah-rubah... pemimpin tu cakap pandai tp dok balun situ la. macam mana nak bagi elok, yang jadi ketua bahagian ketua pemuda, wanita, puteri, tanya balik diri depa tu menang 2008 tu dengan cara/jalan elok ka..
Nak besihkan bangkai macam mana kalau diri tu bangkai...

Tanpa Nama berkata...

Dok kata kat UMNO/BN, awat PAS, PKR, DAP tu elok sangat ka. Apa PAS buat kat kedah? Apa jasa PKR kat selangor tu? Apa jasa DAP di PP? Nasib baik segalanya dah UMNO/BN buat. menang hanya atas kepintaran mengexploitasi isu dan sentimen sahaja bukannya atas jasa dan bakti. tuduh UMNO/BN zalim tapi nikmat sekeliling yang depa nikmati siapa yang buat dulu? Kalau tidak agaknya macamana rupa Kedah agaknya. Dok kata kat UMNO/BN, suluh dulu apa Anwar Ibrahim tu buat masa jadi TPM dan TP UMNO dulu. Cek la dia balun banyak mana semasa berkuasa dulu. semak siapa sebenarnya pengamal nepotisme. baca sejarah siapa pelopor politik wang dalam UMNO. kaji siapa bapa amalan kronisme dalam UMNO dulu. lepas dah kaya dan sebat segalanya dulu, la ni kata kat orang macam-macam. siapa yang bangkai sebenarnya. bacalah sejarah sikit sebelum dok kata kat orang.

Tanpa Nama berkata...

Laaaa ada lagi manusia kelabu asap.Yang kawan kita dok tegur ni pasai perangai anwar berahim ada dalam umno juga.sapa kata anwar berahim baguih.

wanbaki berkata...

hahahahaha....sedeeeeeeeeehhhh( gaya kak engku di sinar pagi). Nak p berperang dengan kapal kat laut nu jangan la guna kapal yang bocoq sana sini... hahahah....UMNO kalau tak mengaku tang mana silap dok rasa baguih pakai bungkuih..cikgu sobri oiiii hang kena bagi tau kat puak2 UMNO ni dok lena besangka depa ni kapai tak bocoq....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates