Selasa, 21 Disember 2010

DATO SERI NAJIB BILA LAGI NAK UMUM ? KEDAH DILANDA GELOMBANG MERAH, BERANI BERUBAH

Rakyat Kedah terutama sekali penyokong UMNO dan BN telah tidak sabar-sabar lagi menunggu pengumuman siapa yang akan dilantik oleh Dato Seri Najib sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah. Akibat terlalu lama menunggu mereka telah mula membuat berbagai-bagai cerita yang tak elok di dengar, ada beberapa orang telah mula mengkritik kepimpinan Dato Seri Najib yang dianggap mereka sebagai terlalu 'play safe', takut kepada 'Warlord Kedah', tidak tegas dan hanya penting pada keselamatan dirinya sahaja.

Rakyat Kedah mahu Dato Seri Najib bertegas didalam hal ini, letak sebelah sentimen kawan lama, pemegang jawatan Ahli MKT dan 'go to hell with all the lobbyist', lantik sahaja Pemimpin pilihan Rakyat dan bukan Pemimpin kehendak Ketua-Ketua Bahagian.

Siapa Pemimpin pilihan Rakyat? Pergi tanya anak-anak Kedah samada, Melayu Cina, India atau Siam mereka semua mahukan anak mantan Perdana Menteri Malaysia DATO' MUKHRIZ TUN DR MAHATHIR.

Dato Seri Najib jangan terkejut jika ada Bahagian-Bahagian dalam negeri Kedah akan membelakangi Dato Seri didalam membuat pengumuman, mereka dan Rakyat Kedah akan UMUM sendiri. Sebenarnya Bahagian Pendang dan SIK telah pun membuat pendirian mereka semalam dan mereka mahukan Dato Mukhriz yang akan membawa GELOMBANG MERAH, BERANI BERUBAH.

5 comments:

AloQStaQ berkata...

Tu diaaa ! Seketoi sebijik sedebuak! BOH NAMA SIAP ... DAH JELAS DAN DIRECT TO THE POINT!

AKU SOKONG !

dzimba MMIM berkata...

Sabar bro.. kita pakat berdoa semuga berlian tetap muncul, jangan tersalah ambil kaca berkilau tetapi kurang berharaga.. faham ye bro.

pander kedah berkata...

Sabar! sabar! siapalah anda semua.Anda bukan ketua bahagian yang jumlahnya seramai 15 orang.Mereka lebih berhak menentukan siapa dikalangan mereka.Suloh muka anda itu.Siapa mahu dengar pandangan anda.

Bahtera Merdeka berkata...

Tolonglah letakkan perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan tanah ayaq melalui UMNO, mengatasi keinginan peribadi.

Jangan bunuh perjuangan semata-mata hasrat peribadi tak tercapai.

Bersatu teguh bercerai roboh.

Berpecah-belah bukan amalan orang beriman.

Tanpa Nama berkata...

Kepada YAB Dato' Najib, kami harap Dato' pilih orang yang tak ada rekod2 buruk, bagi kami Ketua Bahgian Kuala Kedah cukup layak memimpin Kedah. yang lain2 tu ada kepentingan belaka
Dato' jangan lantik orang yang rakyat dah tolak.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates