Sabtu, 11 Disember 2010

Edisi Kedah: Mengapa takut kepada PKR?


Mengapa takut kepada PKR? Berapa kerat ahli PKR di Kedah?. Jika melihat kepada tred pemilihan PKR pusat baru-baru ini ternyata keahlian 400 ribu itu hanya penipuan sema-mata. Tujuannya sudah dijelaskan iaitu sekadar untuk meramaikan calon PKR dalam PRU dan itu yang mereka dapat dalam PRU12 yang lalu. Natijahnya, ahli PAS yang terpaksa bertungkus-lumus untuk memenangkan calon PKR yang entah-entah memang tidak ada ahli dikawasan yang ditandingi.

Mengapa takut dengan PKR di Kedah?. Pakteh persoalkan ini kerana ramai yang beria-ria dan gembira apabila melihat statistik atau hasil survey dari sebuah universiti tentang sokongan kepada PKR. Bagi pakteh UMNO tidak perlu melihat pengaruh PKR di Kedah tetapi harus menumpukan sepenuh tenaga kepada PAS dan kemelut dalaman UMNO. Jika ini tidak diatasi, PKR lumpuh atau hancur sekalipun di Kedah, pasti PAS akan tetap terus memimpin Kedah.

Aura PKR memang ada di Kedah tetapi itu tidak membatasi kekuatan PAS dan caca-merba UMNO. Pakteh menyeru semua pihak yang cintakan UMNO/BN, jangan tersilap fokus melihat kepada kehancuran PKR kerana musuh sebenar berada di tempat lain. PKR sekadar bayang-bayang yang kelihatan besar namun sebenarnya disebalik bayang-bayang itu terdapat iceberg  besar yang perlu dihadapi.

p/s: Betoika PKR ada ahli di Kedah?...berapa ramai...kaaa cuma da ketua n ajk ja..lain2 tu ahli pas n DAP?..

2 comments:

ankudaraya berkata...

UMNO pun serupa juga pakteh.Ahli 300 oarang.Yang mai mesyuarat 60 orang.Yang lebih pi mana.Tampat aku ahli 557 orang.Yang mai mesyuarat 73 orang.Itu pun tunggu 1 jam lebih.Oleh itu carilah kelemahan dan kekuatan kita dulu.jangan cari kemereh orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Setakat yang aku tau hari ini PKR dah boleh lena tidot di DUN Lunas.....tak percaya siasat sendiri.UMNO padng serai buat apa..betoi ke orang ram,ai cakap.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates