Sabtu, 18 Disember 2010

Email dari Singapura dan Harapan Kerajaan Singapura

Kedah Times mencadangkan agar semua pembaca membaca dua posting yang disiarkan oleh dua blog ternama. Kedah Times ada cut & paste tetapi pembaca boleh pergi direct ke blog-blog tersebut untuk membaca artikel asal.

Maaf kerana kombinasi artikel ini agak panjang tetapi patut dibaca semua.

Agar menggerunkan juga apabila membaca email yang disiarkan oleh House of PK.

Assalamualikum Tuan Parpu,

Saya ada lah warga Singapura pengikut setia blog anda dan meminati perkembangan politik Negara Malaysia, minat saya terdorong olih sikap liberal pemerintah Malaysia. Namun semenjak perletakan jawatan Tun Dr Mahathir pemimpin idola saya, 'bapa permodenan Malaysia' polisi yang lebih terbuka yang di perkenalkan se olah-olah senjata memakan diri, sikap liberal yang di tunjukkan pemerintah terutama BN bahkan UMNO lebih tepat sering kali meletakkan UMNO dan orang Melayu dalam kedaan defensif. Lebih menyedihkan berlaku perpechaan yang begitu ketara dari kalangan umat Melayu sendiri, kami di Singapura meletakkan harapan yang tinggi terhadap NGO Perkasa dan semoga Perkasa dapat menjadi suatu kuasa yang mempengarohi hak mutlak orang Melayu dan mendokong UMNO.

Kami tidak seberuntung rakyat Malaysia, namun kekurangan kami tidak melumpuh kan kami. Singapura mengamalkan gaya politik yang kurang bebas dan rakyat dapat memberi tumpuan penuh pada peningkatan ekonomi. Singapura mengamalkan sekolah kebangsaan di mana intigrasi kaum di pupuk se awal yang mungkin, ini memberi kesan positif pada pembangunan masyarakat untok jangka panjang.Ini dapat mengurangkan perpechaan kaum dan sekali gus menangkis sikap curiga antara kaum.

Negara kami juga memperlihat polisi UNDI ITU WAJIB, saya secara peribadi berpendapat jika polisi UNDI ITU WAJIB di perkenalkan pasti 'pengundi atas pagar' serta pengundi yang bersikap sambil lewa, majotiti merupakan mereka-mereka yang terlalu yakin bahawa kerajaan BN pasti menang akan turut serta menyumbang dan memberi gambaran sebenar sokongan rakyat terutama masyarakat melayu yang sejak berkurun lama bergantung pada parti UMNO. Mungkin terserah pada UMNO dan BN untuk memastikan mereka yang lebih layak mendapat kuasa 2/3 di Parlimen.



Singapura juga mengamalkan polisi 'racial quota' bagi menyusun had satu-satu bangsa bagi pemilikan rumah HDB antaranya agar saiz kaum bagi setiap kawasan terkawal dengan pelbagai lain pun alasan namun penghujung polisi bagi memastikan kaum minoriti kurang pengaruh pada peti undi, sekali gus memastikan keselesaan pemerintah mencapai undi maksimum dan ini dapat mengurangkan politiking. Suka atau tidak polisi ini menyumbang pada stabiliti negara dan memberi kesan kuat pada pertumbuhan ekonomi.

Kementerian dalam Negeri mengambil posisi yang tegas dalam menangani perkara bangsa dan agama, pemerintah tidak ragu-ragu mengunakan kuasa ISA bagi memastikan perkara tersebut tidak menimbulkan tengkarah di kalangan masyarakat berbilang kaum. Ketegasan Kementerian dalam Negari menjadi faktor utama bagi menjamin kemakmoran Negara.

Singapura setakat ini dapat di jadikan sebuah model Negara yang rakyat nya hidup penuh harmoni dan Tun Dr Mahathir telah membuktikan hal yang sama di era pemerintahan beliau, saya amat mengesyorkan KDN mengkaji semula sikap lebih keterbukaan dan toleransi untuk kesan jangka panjang keharmonian berbilang kaum di Malaysia. Sukar saya menerima bukan sahaja kaum lain mula mempersoalkan 'ketuanan Melayu' dan konon di ganti 'ketuanan rakyat' hari ini orang Melayu sendiri dan demi cita-cita politik mereka sanggup menjadi benteng dan di barisan hadapan untuk meranapkan maruah bangsa kita. Secara tidak langsung mereka mempertikai dan menghina Raja-Raja Melayu.

Hari ini Anwar dan lebih memilukan Nik Aziz sanggup mencalunkan LKS kaum minoriti menjadi TPM, di Singapura kalau pun ada sekadar menteri kebersihan. Tiba-tiba PR mencanangkan sesuatu yang di luar dugaan, kurang kah bukti Negara Perak semasa di bawah kekuasaan orang cina? Mereka berlumba-lumba mengaut kekayaan Negeri untuk kaum mereka, dan mereka mengunakan istilah 'RAKYAT'! untuk menjustifikasikan perjuangan mereka.

Saya memohon KDN bertindak segera menbetulkan keadaan, kalau Singapura yang kaum minoriti nya di tindas olih polisi-polisi di atas dan tidak mencacatkan Negara kenapa KDN terlalu berlembut pada desakkan kaum minoriti dan sebahagian kaum bumi yang akhirnya menimbulkan suasana tegang dan amat membimbangkan keamanan Negara.

Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan, kejutan keputusan pilihanraya 2008 tidak seharus nya melemahkan Malaysia bahkan amat terbukti di sebahagian pilihanraya kecil kaum cina tetap memberi undi pada pembangkang walau DS Najib banyak beralah mungkin sikap tegas dapat mengurangkan politiking pecah dan perintah, sudah sampai masanya KDN mengkaji semula dasar-dasar pemerintahan Tun Dr Mahathir bagi memastikan Negara aman, perlembagaan di sanjung dan semua umat berbilang kaum dapat menjiwai dasar 1MALAYSIA.

Saya pasti ada tangan-tangan ghaib yang cuba mengocakkan keharmonian kaum di Malaysia supaya Negara jiran tidak perlu bersaing, mereka mendapat laluan mudah. Lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang iya telah mewarisi polisi pengambilan tanah orang Melayu, memastikan hartanah di sana di luar kemampuan kita dan secara licik orang Melayu terpaksa berhijrah ke tempat lain.

Saya Melayu pertama, Singapura kedua (LKY pun tak percaya kami) merayu agar kepimpinan DS Najib bertindak tegas pada anasir-anasir yg berhasrat mengucar-kacir kan Negara Malaysia yang kami rakyat Melayu Singapura dapat menumpang bangga.

Untuk pengetahuan rakyat Melayu Malaysia, banyak 'peruntukkan Melayu' di dalam perlembagaan sewaktu perpisahan dengan Malaysia telah di hapus hampirnya kesemuanya. Peruntukkan pelajaran,perumahan perubatan dan seumpama nya telah di basmi sedikit demi sedikit, hari ini Melayu menjadi bangsa yang mundur serta da'if. Kalau di sini Melayu terpaksa redha kenapa cina Malaysia mendesak-dasak layanan kesamarataan, walhal mereka kalangan bangsa yang mengagungkan pemerintah Singapura.

Maaf Tuan, saya tidak ingini nama saya disiarkan. Saya anak melayu Singapura. Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'alaa.

Untuk artikel asal boleh lawat  House PK disini

Dan terkini kita dapat menilai sendiri rancangan teratur dan rangkaiannya dengan DAP, PKR, PAS dan Anwar.
Salam 2 all.

Pendedahan WikiLeaks baru-baru ini mengenai Bahagian Risikan Australia dan Singapura bahawa mereka mempunyai "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat Anwar yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan ini sangatlah serius. Apakah bukti teknikal yang mereka ada? Teman berbincang dengan beberapa rakan diplomat dan anggota risikan baru-baru ini, mereka menyatakan bila perkataan "bukti teknikal" diguna didunia diplomasi, itu bermakna mereka ada bukti saperti video, gambar, dan lain-lain! Na'uzubillah!

Persoalan besar yang timbul ialah, jika benar berita itu (ingat Al Hujurat: 6), dan jika benar mereka ada "bukti teknikal" tersebut, ia meletakkan keselamatan negara dalam keadaan terdedah kepada ancaman negara luar jika pemimpin anugerah tuhan ini menjadi pemimpin negara, na'uzubillah min zalik!! Kerana mereka boleh mengugut dan menekan pemimpin anugerah tuhan ini bila-bila masa dengan "bukti teknikal" tersebut.

Kedua, kenyataan dalam pendedahan WikiLeaks bahawa mantan Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew mengetahui tentang kegiatan homoseksual dan liwat pemimpin anugerah tuhan ini juga menarik perhatian teman. Ini adalah kerana sebaik tamat pilihanraya ke 12 pada 08 Mac 2008 lepas, Lee Kuan Yew telah mengadakan lawatan ke Malaysia dan antara lain mengadakan perjumpaan dengan Kit Siang, anak lakinya dan beberapa pemimpin DAP.

Kita semua tahu hubungan rapat Kitsiang, anak lakinya, Karpal Singh, dan lain-lain pemimpin DAP dengan Lee Kuan Yew. Sehinggakan Kitsiang sanggup memecat seorang tokong pejuang dan aktivitis DAP yang terkenal Fan Yew Teng hanya kerana Fan Yew Teng menentang parti Kuan Yew PAP dalam satu sidang sosialis dunia satu masa dahulu (Fan Yew Teng telah pun mati baru-baru ini di Bangkok).

Persoalan besar yang timbul sekarang ialah takkan macam tu punya kamcin dema, Kuan Yew tidak memaklumkan kepada Kitsiang, Karpal Singh dan lain-lain tentang maklumat dan "bukti teknikal" kegiatan homoseksual dan liwat yang Bahagian Risikan Singapura ada. Teman cukup pasti dengan politiking licik bak belut Kuan Yew, sudah pasti dia akan maklumkan dan berkongsi maklumat dengan kawan-kawannya. Mungkin juga mengatur strategi terbaik untuk mempergunakan maklumat dan bukti tersebut untuk kepentingan sempit mereka!

Teman cukup yakin kepimpinan DAP tahu mengenainya. Sebagai contoh, Karpal Singh, Pengerusi DAP sejak 1997 telah membangkitkan isu berkenaan kegiatan homoseks & liwat Anwar. Mengikut lapuran Hansard Parlimen bertarikh 22 Okt 1997, Karpal Singh telah mengemukakan bukti kononnya beliau mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar. Karpal Singh mendesak supaya Kerajaan menyiasat sepenuhnya kes liwat tersebut.

Begitu juga di tahun yang sama, Karpal Singh membuat ucapan terbuka di satu majlis anjuran DAP di Hotel Federal bila beliau menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar terlibat dalam kes meliwat. YB Wee Choo Keong semasa berbahas didalam Parlimen sebentar tadi (ketika membahas usul menggantung Anwar) menyatakan bahawa beliau mendengar sendiri ucapan Karpal Singh tersebut. Dan YB Wee Choo Keong menyatakan bahawa sememangnya kepimpinan DAP tahu tentang kegiatan homoseks & liwat Anwar (YB Wee pada masa itu adalah Ketua Penerangan DAP Pusat).

Semasa teman menjadi peguam membela Anwar dalam kes menyalahgunakan kedudukan sebagai TPM menggunakan Unit Cawangan Khas Polis untuk mendapatkan Surat Akuan palsu daripada Azizan & Umi Hafilda, Peguam Negara mendedahkan penglibatan Karpal Singh sebagai peguam mewakili Azizan dan Umi Hafilda, dan bercadang memanggil Karpal sebagai saksi.

Malahan setelah tragedi pembohongan 16 Sept 2008 terbongkar, Karpal adalah antara kepimpinan DAP yang sangat kecewa dan marah dengan Anwar. Lalu Karpal membuat kenyataan meminta Anwar bertaubat dan mendesak Anwar supaya berundur dengan kenyataan "Anwar tidak layak lagi menjadi pemimpin".

Jadi daripada rentetan peristiwa ini, adalah sangat jelas sebenarnya kepimpinan DAP saperti Kitsiang dan anak lakinya, Karpal dan lain-lain sangat mengetahui kegiatan homoseks & liwat Anwar, apatah lagi mentor mereka Kuan Yew jelas didedahkan didalam WikiLeaks mengetahui mengenainya dan ada "bukti teknikal" yang menyebabkan Kuan Yew percaya Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat.

Persoalan pokok yang teman tertanya-tanya ialah, mengapa dengan pengetahuan saperti itu, kepimpinan DAP masih bersama dan kelihatan menyokong Anwar? Jawapannya jelas. Pada teman Anwar adalah kuda tunggangan terbaik bagi kepimpinan DAP untuk mendapat kuasa dalam negara ini. Melalui Anwar, kepimpinan DAP melihat cita-cita dan nafsu mereka untuk memerintah negara umat Islam ini ada peluangnya. Apa yang teman khuatir ialah mereka menggunakan pengetahuan, maklumat dan mungkin "bukti teknikal" mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar itu sebagai bahan political leverage!!

Ini kerana Anwar, dengan masalah peribadi yang dia hadapi, bersedia berbuat apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkinkah untuk menutup masalah peribadinya itu? Apakah kerana itu maka Karpal sebagai peguam Anwar sengaja membiarkan kes Anwar tertangguh, kerana lagi lama ianya ditangguh, lagi banyak ianya memberi kebaikan kepada kepimpinan DAP untuk memenuhi agenda mereka. Kata orang Perak, "selagi dema dapat pegang teloq Anwar, selagi tu lah Anwar akan berjoget ikut rentak mereka!!" Apakah kerana itu kita melihat Anwar saperti Melayu yang sudah hilang akal dan kewarasan, menjual segalanya termasuk menjual nama ALLAH untuk disyirikkan oleh kafir, mempertikai Ketuanan Melayu yang dia sendiri menjadi juaranya semasa menjadi pemimpin UMNO, dan sanggup menjual jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada manusia cauvinis dan rasis Kitsiang, serta menjual Pulau Pinang kepada anak laki Kitsiang?

Dan bagi tujuan itu, kepimpinan DAP akan terus menyokong dan mendokong Anwar, walaupun mereka tahu mereka sedang menyokong dan mendokong biawak hiudp?! Bukankah ini sesuatu yang sangat merbahaya bagi umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia, mempunyai pemimpin yang boleh diperas ugut dan diperkudakan oleh golongan cauvinis, rasis dan ekstrim!, walaupun pemimpin itu disiytihar dan ditabal oleh bininya sendiri sebagai anugerah tuhan Keselamatan negara akan terdedah kepada unsur ugutan dan ransom! Apakah itu jenis kerajaan dan kepimpinan yang dikehendaki oleh negara Malaysia ini?

Pada teman, sebenarnya kedua-dua kepimpinan DAP & Anwar saling guna-mengguna, kuda-menguda, demi untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka. Tetapi yang paling menyedihkan dalam isu ini ialah kedudukan PAS. Apa peranan mereka? Apa yang teman nampak, akibat daripada kerakusan segelintir pak jangoat dan golongan penyembah Anwar didalam PAS, mereka telah mengheret PAS ke dalam satu percaturan politik yang sangat kotor dan jijik. Kaum Anwarinas ni berkiblatkan pemimpin anugerah tuhan ini. Bagi kaum Anwarinas ini, kepimpinan PAS dibawah YB Tuan Guru Haji Hadi adalah kolot dan kekampungan. Tak moden, lekeh dan selekeh. Mereka sanggup mengkhianati dan mengenepikan kepimpinan PAS. Hanya semata-mata kerana kaum Anwarinas ini sudah menjadi kelkatu yang terpukau dengan kilauan cahaya Putrajaya.

Pada teman, pak-pak jangoat ini bukan sahaja sudah sesat, tetapi menyesatkan. Mereka rela, malahan secara aktif membiarkan PAS diperkudakan oleh kepimpinan DAP & Anwar. Sehingga mereka memperdaya kepimpinan dan ahli PAS untuk bersetuju menandatangani Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang pada 18 Disember 2009 bahawa jika Pakatan Pembangkang memerintah, penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam adalah tidak termasuk didalam agenda Pakatan Pembangkang. Dan sehingga kini tiada sebarang Muktamar Khas dibuat untuk membolehkan para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS berbahas dan berbincang untuk samada bersetuju menerima gagasan Pakatan Syaitan yang menolak Islam dengan jelas dan nyata itu. Kemungkinan besar para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS tidak tahu pun keujudan Perjanjian Syaitan itu!

Teman berdoa dan berharap agar para ulama', kepimpinan dan ahli akar umbi PAS menyedari bahawa sebenarnya mereka sedang diheret selangkah demi selangkah, sejengkal demi sejengkal oleh para pak jangoat yang sesat lagi menyesatkan ini, untuk terjerumus kedalam lubang dubur biawak. Nasihat ikhlas teman, janganlah kita menjadi buta sebagaimana pengikut Fira'un, janganlah kita menjadi pekak saperti pengikut Namrud, janganlah kita menjadi bisu saperti pengikut Attarturk, dan janganlah kita menjadi terlalu taksub saperti pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab. Kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah kepada perjuangan Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah. Intan surullah hayan surkum, wayusabbit aqdaamakuum - bantulah agama ALLAH, nescaya ALLAH akan membantu kamu.

Yang baik itu datangnya dari ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri. Semoga ALLAH terus memberikan petunjuk dan hidayah serta keampunan kepada teman dan kesemua umat Islam insyallah.

Wassalam & Wallahua'lam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
10 Muharram 1432
16 Disember 2010

*Nota: artikel ini tidak bermaksud dan tidak bertujuan sama sekali untuk menggambarkan teman mempunyai bukti Anwar adalah golongan homoseks atau peliwat, atau mempercayai maklumat daripada WikiLeaks mahupun Bhg. Risikan Singapura, Lee Kuan Yew, atau Karpal Singh. Sebaliknya teman berpendirian bahawa maklumat WikiLeaks, Bhg. Risikan Singapura , Lee Kuan Yew dan Karpal Singh itu perlulah ditapis dan dipastikan kesahihannya, walahhua'lam. Malahan lebih afdhal bagi Anwar untuk bersumpah muhabbalah sebagaimana yang disarankan oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin. Wassalam.


Ini semua dapat kita baca di sini ... Zul Nordin

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Memang benar seperti yang disuarakan dalam tulisan ini. Puak DAP telah mempergunakan Anwar untuk mendapatkan kuasa. Apabila kuasa dah dapat mereka akan menekan Anwar dengan bukti yang ada pada mereka. Rakyat Malaysia mesti sedar mulai sekarang, Anwar adalah masalah pada orang melayu sekalian. Berhati-hatilah apabila memberi sokongan. Jangan sampai sokong membawa rebah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates