Rabu, 29 Disember 2010

GELOMBANG MERAH BERANI BERMULA

Pada tanggal 29 DISEMBER 2010 jam 10.00 pagi di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang, majlis yang dinamakan GELOMBANG MERAH BERANI BERUBAH telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri oleh pelbagai peringkat rakyat di DUN Kuala Nerang.

 Program ini telah diuruskan oleh Pejabat ADUN Kuala Nerang telah melibatkan pelbagai agensi sekitar Kuala Nerang termasuk MCA, Gerakan, JKM, Pendidikan, RELA, Polis, JKKKP, pegawai Masjid dan pelbagai NGO seperti PERKASA, PERSATUAN TEKSI, BEKAS POLIS dan lain-lain.

Kejayaan program ini yang dihadiri begitu ramai rakyat sekitar patut dicontohi oleh DUN-DUN atau bahagian-bahagian UMNO yang lain.

Kedah Times mengucapkan Tahniah kepada ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri kerana berjaya mewujudkan squad Gelombang Merah Berani Berubah DUN Kuala Nerang.

Kehadiran Datuk Mukhriz sebagai tetamu istimewa menyemarakkan lagi program ini

TAHNIAH SKUAD GELOMBANG MERAH BERANI BERUBAH PERTAMA DI KEDAH.

2 comments:

1 Melayu berkata...

Program ini mendapat sambutan yang cukup baik dari semua bangsa didalam DUN Kuala Nerang dan Parlimen Padang Terap tetapi perangai buruk Ketua Bahagian Padang Terap D S Mahadir Khalid masih lagi tidak berubah terhadap Tun Dr Mahathir,bayang dan batang hidung dia pun tak nampak.Bukan itu saja Timbalan Ketua Bahagian @pegawai khas Najib,Ketua Pemuda dan ramai AJK Bahagian pun turut boikot majlis ini.

Pemimpin macam ni boleh pi kutip 2 guni depan Pekan Rabu,memang HAPRAK !

zuberkongkang berkata...

Ini masalah besar dalam UMNO kedah, bukan di Bhg Padang terap saja, malah dalam semua Bahagian. Kerana sebahagian besar ketua Bahagian yang ada sekarang ni adalah dari golongan ataupun konco-konco yang dibenihkan oleh KJ menantu Pak Lah. Jadi bila DSN melantik Pengerusi BPUNK baru, apa lagi, depa memberontaklah kerana program ataupun projek KJ akan terbantut. Depa ni yang sedang menjadi Ketua Bhg di biayai sepenuhnya sumber kewangan oleh KJ semasa kempen pemilihan Bhg lalu, takdirnya semua menang. Depa sedang mencorakkan untuk memertabatkan KJ, tapi DSN cepat sedar. Boikot ataupun sabotaj sama saja, bunyanya saja lain oleh Ketua Bhg Padang Terap serta konco-konconya tidak habis di situ, kerana kumpulan itu adalah musuh ketat mantan PM Tun M di mana Mukhriz dilantik sebagai Naib Pengerusi BPUK merupakan satu tamparan hebat yang megecewakan. Boikot ini akan berjangkit kesemua Bhg dalam kedah selagi pengaruh KJ masih kuat...awas UMNO kedah, musuh anda adalah ahli UMNO sendiri, bukan puak pembangkang......

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates