Khamis, 23 Disember 2010

Gelombang Merah di Kedah

 Dari TehTarikBersamaYB

Gelombanggg.. Merahh..!!!!!
Gelombanggg.. Merahh..!!!!!

Laungan keramat itu kedengaran nun di Kampung KEDA Lahar Tunjung, Kubur Panjang, Pendang, petang Ahad lalu.

Meskipun laungan itu mungkin tidaklah sehebat laungan di Dewan Merdeka, PWTC, ia sudah cukup menandakan permulaan kepada satu gerak gempur UMNO Kedah bagi menawan semula negeri itu daripada pakatan pembangkang.

Begitu suasana yang dapat dirasai pada majlis pemimpin turun padang di kampung berkenaan pada hari tersebut.

Laungan diterajui Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang disahut penuh semangat ratusan penduduk yang datang ke majlis itu.

Ketika cakap-cakap mengenai pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang baru semakin kencang, Mukhriz yang baru kembali daripada menunaikan ibadat haji ternyata memberikan ucapan yang cukup memberikan kesan yang mendalam.

Beliau menarik perhatian dengan memberikan contoh Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dan peranan yang telah dimainkan kerajaan selama ini bagi memenuhi kedua-dua kewajipan itu.

Tidak terganggu dengan `ancaman’ pihak-pihak tertentu sekiranya beliau benar-benar dilantik mengetuai UMNO Kedah, Mukhriz menggariskan strategi baru yang perlu dilaksanakan oleh UMNO jika benar-benar mahu merampas kembali negeri ini daripada Pas.

Paling menarik perhatian, beliau memberikan contoh mudah bahawa UMNO perlu memahami masalah rakyat jika mahu menang pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, UMNO perlu faham mengenai pusingan kehidupan seseorang rakyat bermula daripada kelahiran, bersekolah, bekerja dan membina rumah tangga.

Pada setiap pusingan itu, keadaan rakyat mesti menjadi lebih baik sebagai tanda sesebuah kerajaan itu benar-benar ditadbir dengan cekap dan berkesan.

Pemimpin UMNO juga mestilah tidak angkuh dan bebas daripada tingkah laku buruk jika tidak mahu tsunami politik melanda lagi pada pilihan raya umum akan datang.

Kemuncak ucapannya petang itu ialah laungan Gelombang Merah yang diambil teladan daripada Gelombang Biru BN Terengganu yang nyata membuahkan hasil.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates