Isnin, 20 Disember 2010

Gerakkan segera!

Kedah Times ingin mengajak rakan-rakan blogger, akar umbi dan semua yang menyokong UMNO dan BN; tidak kira dimana agar kita hidupkan semula gerakan BERANI BERUBAH demi untuk merampas kembali Kedah dari Kerajaan PR yang hanya bersahaja memerintah negeri.

Gerakkan semangat berani berubah dimana-mana sahaja. Jika tidak berapa setuju dengan logo Berani Berubah, boleh saja gunakan "Gelombang Merah" Kedah. 

Ayuh akar umbi penyokong UMNO, kita gerakkan semangat ini di serata ceruk kampung, bandar dan perumahan. Kita jadikan gelombang berani berubah atau gelombang merah sebagai permulaan KEBANGKITAN UMNO di KEDAH.

Seterusnya mulakan dengan program-program menyedarkan pengundi-pengundi yang betapa penipu dan menyelewengnya parti 3 serangkai terhadap Islam, Melayu, Raja-raja dan Negara.

Kita sudah kesuntukan masa. Sampaikan kepada semua lapisan rakyat akan kebangkitan ini. Ahli-ahli UMNO, pengundi atas pagar, penyokong PAS/PKR yang sudah bosan dengan parti mereka, ketua-ketua/stimbakan/setiuausan/bendahari/AJK cawangan dan tidak lupa kepada Ketua/Timb/Naib/Setiausaha/Bendahari/JK Bahagian, tidak lupa Wanita, Puteri dan Pemuda. Mulakan dari sekarang

Jika semua melakukannya secara bersepadu, InsyaAllah UMNO akan kembali memerintah negeri bertuah ini.

Mari kita berboa memohon RESTU dari ALLAH SWT agar Gelombang Berani Berubah/Merah ini berjaya membawa UMNO merampas kembali Kedah.

Ayuh Akar Umbi Penyokong UMNO.

Berubah kepada yang lebih baik. Berubah kepada kejayaan yang lebih cemerlang.

BERANI BERUBAH .... GELOMBANG BERANI BERUBAH sudah bermula.

Kedah Times : Mohon blog pro UMNO Kedah dapat menyalurkan semangat ini bersama.

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

saya menyokong penuh seruan ini. tapi takut hanya tinggal seruan pasai kepala bhg masih dok chelaghu lagi.

AloQStaQ berkata...

Terima Kasih KedahTimes,

Saya pasti akan menyokong segala yang dibuat demi untuk kebaikan UMNO Kedah. Bersama kita sokong kempen BERANI BERUBAH untuk UMNO Kedah!

AloQStaQ

1 Melayu berkata...

Gelombang Merah 'Berani Berubah' telah bermula di Kampung Keda Lahar Tunjung,Pendang semalam,ribuan penduduk kampung telah keluar beramai ramai untuk menyahut seruan Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mahu UMNO menawan semula Negeri Kedah.

Alhamdullilah seruan ini telah mendapat sokongan yang amat baik dari Penduduk kampung Lahar Tunjung yang sekali gus telah menobatkan Dato Mukhriz sebagai Pemimpin No Satu mereka.

Rata rata mereka semua mahu Anak Mantan Perdana Menteri Malaysia ke Empat memimpin mereka didalam misi menawan semula Kedah Negeri kelahiran Tun Dr Mahathir Mohammad.

Bahagian Pendang,dan Sik telah mengumumkan persetujuan mereka untuk menerima Dato Mukhriz sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah,Bahagian bahagian yang lain yang menghantar wakil turut bersetuju yang Dato Mukhriz dilantik sebagai Pengerusi UMNO Kedah kechuali Ketua dan Setiausaha Bahagian Kubang Pasu.

Pakteh berkata...

Pakteh menyokong usaha sebegini.

Tanpa Nama berkata...

NANTI KITA CARI KAWAN NAK BUAT STIKER ..."GELOMBANG MERAH". KITA BAGI FREE KAT KAWAN-KAWAN YANG AKAN TEMPEK DEKAT CERMIN KEREKA DEPA. JANGAN TAKUT PUAK PR KATOK CERMIN KERETA.

SESIAPA YANG BETOI-BETOI NAK PERJUANG, MAI SINI, KITA ANGKAT MUKA, JANGAN DOK SOROK2 MUKA LAGI. DAH TIBA MASANYA KITA NYATAKAN KAPADA DEPA BAHAWA KITA AKAN MENENTANG HABIS-HABISAN PUAK-PUAK YANG NAK JATUHKAN UGAMA, BANGSA DAN NEGARA KITA.

""" BN MENANG KEDAH SENANG """"

KAPADA KAWAN-KAWAN KITA DARI KALANGAN ORANG TIUNGHUA DAN INDIA....!!! SATELAH KITA DIPERINTAH OLEH PR/PAS, APA YANG SAUDARA-SAUDARA DAPAT?. ADAKAH MEREKA MEMBANTU DIKEDAH INI MEMBOLEHKAN KALANGAN ORANG -ORANG TIUNGHUA MUDA BERNIAGA, MUDAH CARI MAKAN DAN MUDAH DAPAT KAYA LEBIH DARIPADA MASA BN PERINTAH KEDAH?. ADAKAH KELUARGA KAWAN-KAWAN DARI TIUNGHUA MENDAPAT KELEBIHAN SEJAHTERA LEBIH DARIPADA MASA BN PERINTAH NEGERI KEDAH DAHULU. ADAKAH ANAK2 KAWAN2 TIUNGHUA DISEKOLAH MENDAPAT KELEBIHAN LAYANAN LEBIH DARIPADA MASA BN PERINTAH KEDAH DAHULU. DEMIKIA JUGA KAUM INDIA. APA KELEBIHAN YANG SAUDARA2 DAPAT?. BANYAK KAH KUIL2 KAUM INDIA DIBERI BANTUAN OLEH KERAJAAN NEGERI?. APA YANG KITA TAHU KAUM INDIA LANGSUNG DIPINGGIR OLEH KERAJAAN PR/PAS NEGERI KEDAH.

APA YANG PERLU KAPADA KITA IALAH KEHARMONIAN, BANTUAN PEMBANGUNAN,BANTUAN INDIVIDU DAN JUGA ANAK-ANAK SEKOLAH KITA. APA YANG KERAJAAN PR/PAS BAGI KAPADA KAUM INDIA?. MALAHAN, KAWAN DARI KAUM INDIA MEMAKLUMKAN BAHAWA MEREKA TIDAK ADA PELUANG LANGSUNG NAK JUMPA MB AZIZAN RAZAK, UNTUK NAK MERAYU DAN MEMINTA PERTOLONGAN.

KITA NAMPAK SEKARANG KERAJAAN PR/PAS NEGERI BETUL-BETUL TIDAK MAMPU MENSEJAHTERAKAN RAKYAT, SAMADA RAKYAT GULUNGAN UGAMA, GULUNGAN PENDIDIK, GULUNGAN PELAJAR, GULUNGAN PETANI, NELAYAN, PENTERNAK APATAH LAGI GULUNGAN PENIAGA. dARI SEGI PENIAGAAN PERUMAHAN BANYAK PERMOHONAN-PERMOHONAN DITAHAN TIDAK DIBERI KELULUSAN. INI ADALA SESUATU YANG AMAT MENYIKSAKAN.

SEMUA RAKYAT HARUS BANGUN UNTUK DIPULANGKAN KEMBALI PEMERINTAHAN NEGERI INI KAPADA BN. HANYA BN SAHAJA YANG DAPAT MEMELIHARA NEGERI INI DAN RAKYATNYA.

Si berangan

detguaq berkata...

Umpama slogan BANK RAKYAT:

MESTI PILIH!!!

Syburi Times berkata...

Si Berangan, bagus cadangan utk sticker tu. Design adalah lebih kurang spt di atas. Jika sapa-sapa yang boleh design lebih cantik sila email. Cuma Kedah Times tiada sumber untuk belanja buat sticker tu. Heheh kami ada yang bela lembu, bela kambing, kerani, dan sebagainya.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates