Jumaat, 10 Disember 2010

GURINDAM KEDAH SEJAHTERA ...

USTAZ AZIZAN ULAMA PENSYARAH
MAKIN CELARU SEJAK DIA PERINTAH
KIRA KEPALA DIA SAJA TAK MAU MUSYAWARAH
HABIS SEMUA TAK TENTU ARAH

APALAH MALANG RAKYATNYA KEDAH
GURUH BERBUNYI, AYAQ DICURAH
DAPAT MB TERMENGAH-MENGAH
BARU PAKAT SESAI TAK SUDAH

AMIRUDIN EXCO PELABURAN
KE LUAR NEGERI BUAT LAWATAN
ASYIK MAIN GOLF BERSAMA KAWAN
SAMPAI TAK DENGAR BUNYI AZAN

TAULAN RASUL CAKAPNYA PANDAI
KUNUN LAWYER, JANGAN DOK CUBA TRY
HABUK PUN TARAK ASYIK POKAI
ITULAH ALASAN BILA RAKYAT MAI

PAHROLROZI EXCO BANDARAN
SAMPAH SELERAK DITENGAH JALAN
BUSUKNYA BAU MENJALAR BADAN
RAKYAT SENGSARA SEPANJANG ZAMAN

DR MD ISA SPEKAER DUN
DULU PENSYARAH JANGAN DOK KACAU DAUN
CENGENYA DIA IBARAT RACUN
SAPA TAK HADIR TERLUCUT JAWATAN ADUN

DR ISMAIL ORANG TRENGGANU
ADA KLINIK CUCI BUAH PINGGANG
PUTAR BELIT BERTALU-TALU
KURANG BEKERJA BANYAK BERLENGGANG

DR HAMDAN ASALNYA PERAK
KFA DIA CONTROL DAH NAIK MERAK
GEJALA SOSIAL NAIK MENCANAK
LAHIRKAN ANAK TAK BERIBU BAPA

USTAZ GHANI LAWYER SHARIE
EXCO PENERANGAN DOK SYARAH SANA SINI
KALAU TERJUMPA DI KEDAI KOPI
MINUM PANDAI BAYAR SENDIRI

NASIR MUSTAFA, NAK TUNJUK PANDAI
MALANG NASIBNYA NAK KENA BEDAI
PUAK KUBANG ROTAN TUNGGU DIA TAK SAMPAI-SAMPAI
RUPANYA NAIK HARRIER DOK PI BERSANTAI..

SANUSI SETPOL KAKI SPIN
SEMUA ISU DIA CUBA NAK PUSING
APAKAN DAYA DAH NAIK PENING
BADAN GEMPAL DAH JADI KERING

DUIT GLC HABIS DISAPU
TAK TINGGAL HABUK YANG ADA DEBU
INILAH ISLAM AJARAN MAT SABU
APA YANG LALU SEMUA DIBAMBU

PAS KATA PEJUANG ISLAM
JUDI, ARAK HIBURAN TAK KUNJUNG PADAM
KEDAH DAH JADI SEPERTI BATAM
BALA MAI, BAH HABIS SEMUA TENGGELAM

PAS DAN UMNO SAMA SAJA
DUA-DUA PAKAT DOK TIDOQ LENA
PKR, DAP APA KURANGNYA
TAK DAK KERJA ASYIK MENGANGA
INI PETANDA KEDAH SEJAHTERA
INDAH DI MULUT AUTA SAJA
REALITINYA PALSU SEMATA-MATA

Nukilan: Sobri Sudin

3 comments:

Anak Bukit Hijau berkata...

Apa yang dibentang amat tak salah,
Depa jadi YB cuma nak bermewah,
Rakyat di kampung disuruh mengalah,
Islam mengajar usah disanggah.

Banjir mengganas dipetuanya songsang,
Jalan keretapi jadi penghalang,
Depa lupa Allah punya kuasa bukan kepalang,
Lupa terus depa nak menerang.

Ternganga rakyat diperbodohbodoh,
Kelaku depa cukupah hudoh,
Rakyat disuruh diam jangan heboh-heboh,
Wang saguhati dah nak mai jenuh.

Melayu Lunas berkata...

Tentera Msia dah ada kapal selam,
Selalu singgah kat Pulau Jerjak,
PAS dulu parti Islam,
Tapi kini sudah jadi rojak.

hangkedee berkata...

kelantan serambi mekah kalau tak caya bawa melawat kelate.tak ada kaabah tapi ada patong buddha.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates