Khamis, 16 Disember 2010

HEBAT SANGAT KAH KETUA KETUA BAHAGIAN UMNO KEDAH?

1. Mengikut maklumat yang diterima, Ketua Ketua Bahagian UMNO Kedah telah membuat keputusan bahwa Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri mestilah dipilih dari kumpulan Ketua Ketua Bahagian, ini bermakna Presiden UMNO tidak boleh memilih orang lain selain dari lima belas Ketua Bahagian yang memegang jawatan sekarang.Mari kita lihat prestasi tiap tiap Ketua Bahagian semasa bertanding di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU 12 tahun 2008 yang lepas.

KERUSI PARLIMEN
Parti politik     Kerusi yang dipertanding         Kerusi menang     Kerusi kalah
UMNO                                13                                             3                            10
MCA                                     2                                             1                             1
PAS                                       8                                             6                             2
PKR                                       7                                            5                             2

2.Ketua Bahagian/Timbalan yang bertanding dan KALAH:


a.P7 PADANG TERAP Dato Ghazali Ibrahim(UMNO) 14,643 Lawan  Nasir Zakaria(PAS) 15,003, Majoriti 369

b.P8 Pokok Sena Dato Abdul Rahman Ibrahim(UMNO) 23,956 Lawan Mahfuz Omar(PAS) 29,687 Majoriti 5,731

c.P10 Kuala Kedah Dato Hashim Jahaya(UMNO) 28,671 Lawan Ahmad Kasim(PKR) 35,689 Majoriti 7,018

d.P11 Pendang Dato Md Rozai Shafian(UMNO)  23,238 Lawan Dr MohdHayati Othman(PAS) 27,311 Majoriti 4,073

e.P12 Jerai Dato Badruddin Amiruldin(UMNO) 24,211 Lawan Mohd Firdaus Jaafar(PAS) 26,510 Majoriti 2,299

f.P13 Sik Bukan Ketua Bahagian Dato Osman Desa(UMNO)

g.P14 Merbok Dato TAJUL URUS MAT ZAIN(UMNO) 22,443 Lawan Dato Rashid Din(PKR)25,541 Majoriti 3,098

h.P15 Sungai Petani Bukan Ketua Bahagian Dato Zainuddin Maidin(UMNO)

i.P16 Baling Dato Abdul Azeez Rahim(UMNO) 28,641Lawan Taib Azamudin Md Taib(PAS)36,074 Majoriti7,613

j.P18 Kulim Bandar Baru Dato Aziz Sheikh Fadzir(UMNO)16,672 Lawan Zulkifli Nordin(PKR)22,255 Majoriti 5,583

3.MENANG

a.P4 Langkawi Dato Abu Bakar Taib(UMNO) 13,762 Lawan Wan Salleh Wan Isa(PKR)8,792 Majoriti 4,970

b.P5 Jerlun Bukan Ketua Bahagian Dato Mukhriz Tun Mahathir(UMNO)19,424 Lawan Idris Ahmad(PAS)17,219 Majoriti 2,205

c.P6 Kubang Pasu Dato Johari Baharom(UMNO) 24,179 Lawan Isa Ismail(PAS)17,119 Majoriti 7,060

KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI
Parti Politik Kerusi Yang Bertanding        Menang         Kalah
UMNO                     28                                           12                 16
MCA                          4                                              1                   3
MIC                            2                                              -                   2
GERAKAN               2                                             1                  1
PAS                         24                                           16                  8
PKR                         10                                            4                   6
BEBAS                     4                                             1                   3
DAP                          2                                              1                   1


4.Ketua Bahagian Yang KALAH:

a.N33 Merbau Pulas Dato Mohd Hadzir Ismail(UMNO) 8,648 Lawan Siti Aishah Ghazali(PAS) 12,224 Majoriti 3,576

b.N26 Tanjung Dawai Dato Arzmi Hamid(UMNO) 11,418 Lawan Dr Hamdan Mohd Khalib(PAS) 11,497 Majoriti 79

5.Ketua Bahagian Yang MENANG:

a.N3 Kota Siputeh Abu Hassan Sarif(UMNO) 8,160 Lawan Ismail Wan Teh(PAS) 7,655 Majoriti 495

b.N8 Pedu Dato Seri Mahadzir Khalid (UMNO ) 8,780  Lawan Zamri Yusuf(PKR) 6,047 Majoriti 2,733

c.N12 Bakar Bata Dato Ahmad Bashah Md Hanipah(UMNO) 8,232 Lawan Rohani Bakar(PKR) 7,874 Majoriti 358

d.N23 Belantek Mohd Tajuddin Abdullah(UMNO) 8,226 Lawan Mohd Sanusi Md Noor(PAS) 7974 Majoriti 252

6. Rumusan:Untuk Kerusi Parlimen seramai 7 orang Ketua Bahagian telah dipilih untuk bertanding dan keputusannya ialah 5 orang kalah dan hanya 2 orang menang. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri, 6 orang Ketua Bahagian bertanding, 4 menang dan 2 kalah. Bahagian Sungai Petani dan Pokok Sena Ketua Bahagian tidak dipilih bertanding sebarang kerusi. Seramai 13 orang Ketua Bahagian telah bertanding dan keputusannya hanya 8 orang sahaja yang menang, jumlah majoriti yang diperolehi oleh mereka yang menang adalah amat kecil dan tiada apa yang boleh dibanggakan.

7. Ketua ketua Bahagian mengatakan mereka amat hebat dan wajib dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah tetapi statistik diatas menunjukan mereka semua cuma hebat pada gelaran, jawatan dan nama sahaja, sebagai contoh Bahagian Merbok tidak pernah kalah dan majoriti yang diperolehi semasa dibawah kepimpinan Tun Daim Zainuddin ialah antara 18,000 hingga 35,000. PRU 11 majoriti yang diperolehi oleh Tan Sri Zainuddin Maidin  ialah sebanyak 15,000 tetapi telah lebur dan kalah 3,000 undi pada PRU 12 dan yang bertanding diParlimen Merbok ialah Ketua Bahagian sekarang iaitu Dato Tajul Urus Mat Zain.

8. Ketua Ketua Bahagian harus sedar dan insaf, raktyat Kedah telah menolak mereka dan mereka harus terima hakikat ini.  Tak perlu melobi untuk menghambat jawatan atau menonjol diri untuk  menjadi calon.

9. Masanya telah sampai untuk mereka berundur secara terhormat dan berilah ruang kepada kumpulan muda untuk menerajui negeri Kedah. Anda semua akan lebih dihormati dan diingati jika anda berundur secara sukarela dan terhormat.


1 Melayu

29 comments:

Muhammad Azli Shukri berkata...

inilah yang rakyat perlu faham!

CCZ berkata...

Tak cukup cermin kot? Kalau tak cukup ada sesiapa mahu hadiahkan cermin banyak-banyak?

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya kalau orang perasan.. macamana nak maju, kalau masing masing yang bangang menegakkan benang basah yang mereka tu handal, tetapi sebaliknya...

Kita mesti bersatu, tak kiralah siaap DSNajib nak pilih. Jangan pentingkan diri sendiri dan poket sendiri, sebab pertaruhannya ialah bangsa Melayu, agama Islam dan maruah orang melayu.

Wahai pemimpin UMNO Keah dan lain lain negeri, ingatlah, ini adalah suara rakyat, jangan memperjudikan bangsa dan tanahair tercinta ini!

AloQStaQ berkata...

FUYIOOOOOOOOOOOOOO ! Mantapppppp kajian ini. Menunjukkan statistik bahawa Ketua Bahagian yang dipilih rakyat agak kecil nisbahnya berbanding yang ditolak rakyat !!!

Bak kata Karam Singh Walia, "TERBAKAR KAMPUNG NAMPAK ASAP, TERBAKAR HATI SIAPA YANG TAHU!" memberi gambaran bahawa bila rakyat dah terbakar hati, HANG LETAK KETUA BAHAGIAN PUN AKU TAK HERAN ! ... AKU TAK SOKONG ! Asalkan hang letak orang yang aku buleh harap, baghu aku nak sokong (ini kata RAKYAT! bukan kata PM atau TPM atau MT UMNO!)

jadi Pikiaq elok2 ... faham elok2 ...

AloQStaQ

Pakteh berkata...

Fakta yang tidak boleh dibelit-belit. TQ 1Melayu kerana mengingatkan kembali.

Mustaqim berkata...

Sy sarankan PM Najib beri hadiah saguhati kpd Ketua2 Bahagian Kedah sebagai mengingati jasa dan pengorbanan mereka yg telah membuat kekalahan teruk UMNO Kedah selama 64 tahun org Melayu berjuang atas platfom UMNO.

Sy syorkan hadiahnya ialah setelah Pulau Pinang dikembalikan ke Kedah itupun kalau Kapral Singh berundur dari mewakili Kerajaan P Pinang! Jika Kej Kedah sanggup mencabar di mahkahmah.

Kalau susah juga masih degil, sy sarankan gerombolan Ketua2 Bah. ini kita kumpulkan dan rehatkan mereka di Pulau Songsong supaya Juruterbang TUDM kita (sekarang dipanggil AirForce oleh Zahid Hamidi 1Malaysia) dapat melatih tembakan mesin-gun atau roket pesawat pejuang mereka. Ini lebih mantap dan kena sasarannya juga tidak membazir harta kerajaan nantinya!

Setuju tak rakyat Kedah dgn saranan sy yg kecil ini?

hisham berkata...

muhammad azli shukri...
rakyat dah lama faham dan tetap akan memahaminya sampai ke PRU13 nanti...
jangan dok kata rakyat harus faham...
yang tak faham2 ialah WARLORD2 hampas disetiap bahagian dikedah.
mereka ini tak reti2 nak lihat cermin...cermin yang patut mereka lihat ialah rakyat dan ahli umno di akar umbi.
selama ini mereka hanya mengadap cermin yang terdiri dari pecacai2 yang dok mengelilingi mereka macam langau hurung bangkai mengharapkan habuan.
ahli2 di peringkat akar umbi ini yang benar2 setia pada perjuangan umno...
kepala2 penyamun yang terdiri dari ketua bahagian dan setiausaha bahagian ibarat ikan belukang arus yang menunggu kuala sungai menyapu apa saja yang hanyut.
bila gagal mendapat sesuatu,mereka2 inilah yang jadi perosak parti..

detguaq berkata...

Posting berfakta begini adalah mantap dan mesej yang di bawa adalah jelas!

Walaupun bukan semua, tetapi majoriti Ketua-ketua Bahagian perlu mencari ramua nmustajab untuk menyedarkan mereka dari terus lena bermimpi yang lama.

BAKIT OOOO BAKIEEEEET!

1 Melayu berkata...

Mulai esok Kedah Times akan membuat analisa prestasi,sikap serta KPI tiap tiap Ketua Bhagian UMNO dalam negeri Kedah, SETUJU KA ?

melayu lunas berkata...

Setuju>dedah jgn tak dedah.Kalau boleh cepat sikit.Londeh bagi nampak pusat cukoplah.Jangan banyak sangat.

Captain MOHD SATTAR H.M.S berkata...

Salaaaam,Artikel ini padat dan jujur. Kepada saudara saya ucapkan tahniah kerana artikel saudara bukan artikel melalut dan memang artikel paling panas dibincangkan sekarang ini. Terperinci,tepat, padat dan memang homework saudara up to date. Fakta benar, tidak ada yang tidak benar melainkan semuanya benar belaka.

DAN dari kebenaran itulah saudara BOLDkan P5-DMTM.

As I see it, no Ketua Bahagian is entitled to lead UMNO KEDAH, they had led to a lost a WAR in Kedah, some might have won their own battle in their battle zone, but lost a WAR.Dont assign them to lead another WAR. We have no other alternative but to assign a NEW blood to lead the same WAR, and I personally suggest the SP and AS Commanders should not be considered at all, their own grounds and roads were undulating and winding.

To end this short comments, I strongly agreed and support the MOTION to assign DMTM to lead the WAR in Kedah. There is more to write but this will do till tomorrow when we see the summary or citation or condemnation of each Ketua Bahagian.Salam.

MERBOK TIMES berkata...

Tahniah Kepada team Kedah Times yang telah membuat analisa terperinci mengapa Ketua-Ketua Bahagian tidak layak untuk dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Untuk kajian yang lebih tepat MR mohon Kedah Times membuat kajian terperinci bagaimana Ketua-Ketua Bahagian ini menang sebagai Ketua UMNO Bahagian.

Tanya seperti Raja menyoal Pak Belalang :
"Menang dengan rasuah kah? dengan cantas kawan kah?Dengan menipu undikah?"

Berapa banyak majoriti mereka menang? Apajadi dengan mereka yang kalah? Adakah usaha-usaha mencantum kembali yang kalah?

Tanpa Nama berkata...

setuju
tengokj cek mana yang tak rasuah

den kalut berkata...

Itulah sdr ku dato-dato /tuan-tuan ketua bahagian kalau gelojoh buat tindakan dan keputusan beginilah jadinya.Bila kita buat kehendak hati kita.Maka orang pun pula akan buat dia punya citarasa pula.Akhir 2x5=5x2.Yang menang jadi abu.Yang kalah jadi arang.Pakat naik angin nampaknya.

Tanpa Nama berkata...

Merbok Times.Aku setuju.Korek sampai habis.Kalau ubat segala penyakit.

Sifu Kulim berkata...

Tahniah kajian yg saudara buat dan saya setuju satu kajian lain dilakukan terhadap semua Ketua UMNO Bahagian bagaimana mereka boleh menang jawatan Ketua Bahagian kerana ada Bahagian mewarisi Jawatan Ketua Bahagian dan kini mengwujudkan kelompok/kumpulan dalam UMNO Bahagian agar dapat membolot projek2 kerajaan persekutuan.

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan disediakan senarai bagi tiap2 bahagian apa yang ketua bahagian buat dan apa yang mereka tak buat.Apa yang mereka lakukan pada pilihanraya 2008.Ini termasuk juara rakyat, program jumapa rakyat akar umbi dll.

Yang benar tetap benar yang salah tetap salah. Kita tengok kopiah sapa nak senget atau terjatuh

Tanpa Nama berkata...

Dengar kata SU pokok Sena nak letak jawatan dan akan diambil alih oleh Kob Hasan.Kalau kob naik ada ajk lain pula nak letak jawatan. Betul ke!

pu3 sulong berkata...

setuju dgn merbok Times. Rasuah sudh semestinya. mau dok p tnya duit 500 dlu buleh terbuih balek maruah dpa ka...?

pu3 sulong berkata...

semua yg ada x yah lah dh sambung mimpi2 tu, jagalah kwasan sendiri..cari jalan untuk tawan hati pengundi bt program hnya untuk syok sendri, x tau yg d bwh dok meluat tgk..cakap x serupa bikin. apa pembahruan yg d buat?

yat berkata...

yg depa dok kata, mukhriz x pengalaman la, xdak kemahiran lagi la, aku nak tanya xdak pngalaman apa? kalo pengaman cam songlap duit, tikam belakang, cantas-mengcantas, kaut projek dan kaki lobi, tu aku setuju mukhriz xdak pengalaman, haha....

sri bongsu berkata...

Antara punca yang kalah pru 12 yg lalu ialah kerana ada sumbangan sabotaj dari kalangan pemimpin umno waktu itu yg marah amat sangat kerana tak jadi calon termasuklah ketua bahagian yg sedang menikmati elaun karana kedah kalah.Kalau menang elaun itu pun tak ada.he he he he saja nak ceritalah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau MT rasa Ketua Bahagian skg masih releven, calun lagi la puak tu pada PRU 13 ni, nescaya UMNO kedah akan berkubur.

Pakteh berkata...

Pakteh menyokong cadangan menilai prestasi Ketua Bhg. UMNO seluruh Kedah.

Tanpa Nama berkata...

Menang sorak kampong tergadai, tulah UMNO sekarang, dek angkara Rasuah.

Mustaqim berkata...

Saudara semua,

Tak payah KPI lagi, semua rakyat Kedah baik dlm UMNO, PAS dan PKR dah tau dan muak dgn perangai Ketua2 Bah. UMNO Kedah niiih.

Dah lemas dgn adengan sandiwara Ketua2 Bah. yg tak berapa betul otak niiih.

Kita minta sgt2 PM Najib dan semua pimpinan yg ada dlm UMNO menggugurkan serentak semua Ketua Bah. UMNO Kedah dan digantikan dgn team yg baru, 'fresh' tapi dgn pelbagai pengalaman pribadi mereka.

Barulah Kedah Gemilang Kembali............

putera gunung jerai berkata...

Sama-samalh kita terus memberi sokongan bila Dato Bashah dilantik sebagai Pengerusi Pehubungan UMNO Kedah pada minggu depan dengan diganding dengan Dato Mukhriz.Gandingan yg cukop mantap.Inilah masanya DatoMukhriz mempelajari dan mencari pengalaman untok menguatkan UMNO Kedah.Mereka berdua mampu membawa Kedah ke era yang lebih kuat dan politik yang kukoh.Kepada ketua bahagian yang masih lena serta bergantung hidup pada elaun penyelaras biarkanlah mereka begitu.Memang mereka tak layak untok berada dalam barisan calon PRU 13 nanti.Kuda-kuda upahan mereka sedang bergerak mempromosi melalui sembang-sembang kedai kopi mengenai tuan kuda itu.Pada halnya pengundi suadh buat perhitungan pada PRU 13 nanti.Marilah kita nobatkan kembali UMNO Kedah dipersada politik Kedah.

Tanpa Nama berkata...

Cakap apa semua niiihhh...????

Kerana berblog, berfeacbook, bertwitter adalah sangat bebas kapada semua manusia di dunia, cakap yang tak betul pun, kerana isu yang diutarakan disukai, betalu-talulah komen sokongan datang membuat komen.

Tapi banyak sangat yang celaghuuuu....

"Lu pikir lah sendiriiii.... naaaa?"

Tanpa Nama berkata...

ALLAH SWT MELIHAT APA YG ANDA BUAT & MENDENGAR APA YG ANDA CAKAP SERTA MENGETAUI APA YG TERSURAT DI DALAM HATI ANDA.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates