Selasa, 14 Disember 2010

HEBATNYA POWER GAMES ORANG KEDAH

Oleh: SOBRI SUDIN

1. Memang benar power games orang Kedah cukup hebat. Lihat sajalah betapa nama Bashah diuar-uarkkan dan dicanang seluruh negeri selaku pengerusi UMNO.SMS, hebahan mulut rancak semenjak PM di Langkawi. Aku saja test turut tulis tentang kemungkinan Bashah jadi Pengerusi. Bukan main seronok lagi orang-orang kanan dia.

2. Det Khalid apa kurangnya, dalam diam strategi terus dicanang.

3. Mukriz sedang menghadapi satu perangkap yang cukup besar.Jerat yang sedang dipasang tidak lain dari seterunya di Kubang Pasu. Godfahernya aku agak hangpa tau siapa.

4. Jika Zul Beras boleh kalahkan Mukriz dalam pertandingan jawatan Ketua PEMUDA KUBANG pasu dulu akibat campurtangan dalang-dalang ghaib, maka jika tidak diperhati Mukhriz juga mereka akan kuburkan di pusara sebelum sempat jawatan Pengerusi UMNO dapat disandang.

5. Sebab tu pendekatan aku mudah, meskipun akar umbi mahukan Mukhriz, transformasi mudah berjalan jika MUKRIZ dilantik nakhoda UMNO Kedah namun, apabila nama Mukriz diangkat dan beliau sendiri akur untuk mengetuai UMNO Kedah jika diberi peluang oleh PM, Mukriz sebenarnya sudah membuka peluang bagi musuhnya melancarkan perang.

6. Apa tidaknya, sedang aku makan nasik tengahari dipekan TANAH MERAH JITRA, diberinya aku gambar saiz A4, Mukriz dan isterinya sedang menari dalam majlis harijadi peribadi dirumahnya. di Gambar tersebut terpampang 'INIKAH PEMIMPIN'?.

7. Aku dah agak, barangkali kerana keyakinan dan pengakuan yang Mukriz berikan dalam Sinar Harian dan Utusan Malaysia hari ini, 12.12.2010, maka serangan peribadi ke atas Mukriz akan terus ditingkatkan.

8. Inilah kelebihan power games dan mainan politik orang Kedah. Hanya suara rakyat dan kehendak rakyat boleh hapuskan niat jahat mereka itu terhadap anak negarawan kita, tokoh transformasi yang boleh membuat perubahan total ke atas UMNO Kedah.

Fikir-fikirkanlah.

14 comments:

Tanpa Nama berkata...

xsalah menari..bukannya dia menari ngan pompuan lain di majlis tu..dgn bini sendiri pun salah ka..

Byk lg pemimpin lain yg dok gila kat pompuan lain, bini org...hampa la siasat hal ni...takat menari pun jd isu ka..bodoh punya manusia

AloQStaQ berkata...

Artikel Sobri Sudin kali ini menggambarkan betapa dahsyatnya politik gila di Kedah.

Aku yakin Dato' Mukhriz akan berkesempatan membaca blog KedahTimes (yang hebat & popular di Utara & Malaysia amnya sekarang) ...

Aku harap apa yang ditulis oleh Sobri Sudin ini akan terus membakar semangat waja seorang pewaris kehebatan ayahandanya sebagai PM ke 4 dahulu ... Bukannya menjadi bahan momokan untuk beliau membantu rakyat Kedah, rakyat tempat tumpah darah beliau (DMM) ...

Tohmahan dan ugutan adalah asam garam politik ... bukan sahaja di Kedah, mahupun di Malaysia, malah di seluruh dunia, tohmah , fitnah , ugut , main kotor , peDAJEY , peburuk , konspirasi dan segalanya pasti wujud.

MUKHRIZ jangan takut semua itu. Kalau ada 100 orang yang menabur fitnah dan main kotor, pastinya akan ada 1000 orang pula yang akan membantu menyokong perjuangan beliau !

BANTU MUKHRIZ UNTUK MEMBANTU ANDA ! ...


AloQStaQ

Tanpa Nama berkata...

ada keluarga aku jadi ketua cawangan wanita dikawasan padang terap.
salah ketua bahagian yang disebut2 akan diberi jawatan itu.
ramai ketua2 cawangan disogok dengan lawatan keluar negara(berapa bulan lepas ke negara cina)
aku tau juga sikit sebanyak cerita2 ni..
kalau macam nih..biar pas saja perintah..terpaksa kita korbankan rakyat..
sebab pemimpin2 umno kedah sendiri pentingkan diri masing2 dan tak memahami kehendak ahli yang terdiri dari rakyat biasa.

Tanpa Nama berkata...

Nak tumpang sekaki.
Di Parlimen Pokok Sena tersibar surat layang kabinet bayangan Perhubungan Negeri Kedah. Surat ini diedar di Airport Kepala Batas semasa Datuk Najib tiba dari Langkawi. Datuk Ahmad L Sudin Sebagai Pengerusi dan Datuk Mukhriz sebagai timabalan.Surat ini mungkin susulan lawatan pemimpin2 UMNO Pokok Sena ke Bandung sebelumnya.

Mesyuarat UMNO Bahagian juga telah mencadangkan Ketuanya sebagai Pengerusi UMNO Negeri.

Bagi saya Pemimpin yang memang bermasalah dan biasa diambil tindakan disiplin tidak perlu rasa geli nak jadi Pengerusi Perhubungan Negeri. Bahagian sendiri pun ada 1001 masalah. Kerja dia selama 12 tahun hanya mencantas sahaja JKKKP yang tak sealiraaaan dengannya.

Baru2 ni dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Bagian Umno Pokok Sena berlaku pertengkaran diantara Setiausaha Bahagian dengan pengerusi Biro Penerangan dan akhirnya pengerusi Biro meletak jawatan.

Ketua Bahagian dok diam tak dapat selesai masalah. Tu cara dia berpolitik.

Ada hati nak jadi Pengerusi Perhubungan Negeri pula.

Tanpa Nama berkata...

Aku nak sokong 4:14:00PM.
Pemimpin yang selalu bercakap,bersyarah dan melaung2kan 'minta' jawatan adalah pemimpin haipokrate yang tak tau buat kerja. Tengok sajalah Bahagian P.Sena...apa ada..eeelek!

Tanpa Nama berkata...

Ketua Bahagian Pokok Sena ni dia tak tau malu ka atau dia ni jenis tak tau malu sedaq la cikit dah la jadi Ketua Bahagian Pokok Sena sampai tak buat apa pun cuma dok cari pasai dgn orang yang tak sehaluan dgn dia saja...Lawa dgn Kopiah Tinggi dia saja apa pun tak dak...Jawatan Ketua Bahagian Pokok Sena ni kena tukar orang lain pulak kot baru rasa Pokok Sena ni nak elok...

Tanpa Nama berkata...

Bukan POkok Sena yg kelam kabut.Di UMNO Padang Serai pun jadi ribut gooncang sana sini.Inilah perubahan Rahman buat.DUN Lunas siang-siang lagi dah bungkus.

burong kakak tua berkata...

Kalau Naib Presiden Dato Pei Afdal pun angkat bendera puteh di Kedah.Aku ingat yang lain pun lagi terok dari dia.Makna kata Naib Presiden UMNO itu sendiri pun lemah dan tak berwibawa.Sepatutnya kalau Naib Presiden fail dan gagal kerana tak pandai tadbir UMNO Kedah.Maka tokoh yang atas lagi lah pula ambil alih iaitu Timbalan Presiden Tsri Mahyudin Yasin.Mana ada logik bila kopral gagal diturun pada lans kopral.Sepatutnya kena sarjan lah pula.UMNO Kedah dan Malaysia nampaknya undor belakang.Akhirnya kalau semua gagal maka ketua cawangan lah pula jadi Pengeursi Perhubungan UMNO Kedah.Kesalahan ini patut dipikul oleh Dato Shafie Afdal.Kenapa dia tinggal sekerat jalan.Naib Presiden kenalah hebat dan gagah.Cari jalan atasinya.Bukan Ketua Bahagian yg punya UMNO ini.Kenapa Dato Shafie lupa pada lain-lain kelompok yang ada dalam UMNO Kedah.Dunia politik UMNO dia adakah nampak pada Ketua Bahgian sahaja.Mungkin dia guna kaedah cara nak menang jawatan dalam UMNO dengan membelai Ketua Bahgaian dan perwakilan sahaja.Aku pun hairan dengan suasana begini.Dulu ada juga tapi tak seterok macam hari.ini Nampak sangat berapa bulok dan kemarok jawatan.Agaknya bila dapat jawatan ini bukan untok rakyat tetapi boleh merobah diri sendiri. dengan pelbagai kelebihan.Tak payah cerita semua orang tahu. 10 tahun tak habis kalau cerita hal ini.Aku rasa UMNO termasuk pemimpin yang banyak kerenah burok ini hentilah amalan ini.Kenapa umno jadi begini.Salah siapa....

Sri bongsu berkata...

Burung kakak tua.: apa kata kalau ketua cawangan pula buat cadangan supaya DSN lantik siapa sahaja dari kalangan ketua cawangan untok jadi Pengerusi badan Perhubunagn UMNO Negeri Kedah.Sebab ada ketua cawangan yg hebat dari Ketua Bahagian sama ada dari segi Kelulusan,kejujoran,amanah,akhlak,iman dan taqwa,rupa paras dan lain nya.

Tanpa Nama berkata...

Ketua cawangan pun bukan boleh harap sangat, depa ni ada yg spesis talam dua muka aku takut kalau bagi kat ketua cawangan yg pilih sapa yg layak jadi pengerusi badan perhubungan UMNO negeri kedah aku rasa sah depa ni mesti pilih ketua bahagian yg selalu dok huloq kat depa ni nyanya ooo....

tapi tak semua ketua cawangan macam tu.., tapi kebanyakanya semua macam tu "PLAY SAVE" yang betoi-betoi sayang kat UMNO ni cuma boleh bilang yang ada berapa kerat saja.

Pakteh berkata...

Ramai yang ambik kesempatan untuk sebarkan bahawa Mereka dilantik jadi ketua dan Mukhriz sebagai timbalan. Apa maksudnya?.
Maksudnya mereka terpaksa guna AURA Mukhriz untuk dipilih. Fikirkan mengapa nama Bashah dan Tok Det disebut sebagai Ketua dan kedua2nya menamakan Mukhriz sebagai timbalan?.

Aik...mad lebai sudin pun lekat nama jadi Ketua...juga disebut Mukhriz sbg timbalan...
Makna kata..memang la ketua2 bhg. nakkan jawatan ketua dan untuk pembantu, depa sanggup serah kat Mukhriz...

Tanpa Nama berkata...

Bila aku buka blog ni pg ni, aku rasa terpanggil utk mencoret sikit luahan perasaan hati aku.
Utk semua yg ada angan2 nak jadi Pengerusi Perhubungan, suluh diri sendiri dulu. Dari 15 Ketua Bahagian, bagi aku sorang pun x layak. antara sebab2nya.
i. Rasuah.
ii. Politik mencantas.
iii. Berkepentingan (diri sendiri & pengikut).
iv. x tau buat kerja.
v. ampu sana ampu sini.
vi. hanya nak projek dari kerajaan.
Bila aku baca pula artikel di atas mengenai AhLeSu mengenai keinginannya nak jadi Pengerusi Perhubungan, Aku tegelak sendiri. Dia ni, memang jenih muka x malu. Aku besa dengar dr kawan2 di Pokok Sena, depa kata dlm setiap perjumpaan dgn Ketua2 Caw @ apa2 majlis pun, dia akan kata, dia akan jadi MB kalau menang DUN Bukit Lada. Kalau x lekat calon Bukit Lada, dia nak parlimen, katanya dia akan jadi Menteri kalau menang di Parlimen Pokok Sena. Melayu Mudah Lupa, dia x ingat masa kena gantung dulu, kalau x sebab ada orang tlg jgn harap dia boleh lepas. nak buat mcm mana kabel dia kuat. Tapi dia perlu ingat, Allah SWT amat mengetahui apa yg dibuat hambaNya. Wahai AhLeSu, jgn dok berangan la, takat hebat dgn kopiah tinggi, mu dok mampu bawa Kedah gi mano pong. Wahai AhLeSu, MUHASABAHlah diri sendiri dulu. Allah SWT sentiasa menghendaki umatNya bermuhasabah diri.

Tanpa Nama berkata...

tu dia hangpa semua baqu tersedaq yang pemimpin umno kedah dari dulu sampai laa ni macam monyet...apa taknya...kalau beqebut makan...sanggup kelai'e sesama depa...waktu tu la...depa nak tunjuk taring ka...tersengih macam mat ye...

Tanpa Nama berkata...

Banyak betoi BATUAPI dalam blog nii.. salah-salah, tah kaa puak-puak BATUAPI ni lah juga yang dok jadi orang utama yang pengampu. Biasanya depa ni memang boleh hidup di mana-mana dan sesiapa saja yang jadi pemimpin. Dalam dok mengata tuuu.. pun depa pi makan kenduri, sedaaaaapp je depa makan. Depan bagi bunga, belakang sapu taik...

""heh heh heh....." aku perli sikit jaaaa...

"kah kah kah....." yang tuu.. GMC puyna stail.

"""horrreeeee..." haaa, yang tuuu.. puak PAIH dok sorak.

"Hmmmmmmm...." mulut sebek, itu Anwar stail...

"Hampa meh sinihhhh... teghajang bagi, nak ambik kuasa daghi aku?..." haaaa yang tu USATAT AZIZAN.

"Koi-koi laaaaa..." yang tu Din anak bukit

"kita serang.... kita boikot.... kita ni Melayu makngot.... UMNO Kedah lembek..." haaa.. yang tuuuuuuu... SOBRI SUDIN LAH

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates