Selasa, 7 Disember 2010

HIJRAH BERJIWA MERDEKA.....

Sobri Sudin

1. Seorang pemimpin kanan UMNO KEDAH menegur aku, "saudara, buat apa u susah-susah dok hentam PAS, kerja tu biaq la UMNO yang buat, u dok hentam PAS,nama u yang buruk, puak UMNO cuci tangan'. Pemimpin itu terus menambah, "dan u dok tegur UMNO, u ingat depa nak dengar ka?, tak luak pun, malah saya rasa depa tak baca pun blog, nak buka internet pun puak ni bukan tau" tegas pemimpin itu lagi.

2. Aku menjawab,"saya menegur, komen, kritik atas tanggungajawab saya sebagai pengundi dan rakyat Kedah", 'teguran dibuat tak dak kena mengena dengan apa jua imbuhan, ganjaran, dalangan mana-mana pihak", 'yang salah ditegur, yang betul disokong". Aku menambah, "saya susah mahu dipengaruhi tetapi saya mempengaruhi orang lain memang banyak", lantas terkedu, terdiam lalu berlalu pergi pemimpin hebat itu.

3. Beberapa hari yang lalu, bukan sedikit cacian, makian malah juga kata-kata sokongan yang diterima dari para netters ataupun pengikut blog Kedah Times..Banyak yang mencaci menyatakan Kedah Times aku yang punya dan digunakan untuk jayakan agenda peribadi pemimpin tertentu. Padahal admin dia sapa pun aku tak tau..

4. Ada pemimpin pemuda UMNO dari satu bahagian nun jauh dihujung sana pulak mencarut kata, 'orang Kedah tarak nak baca blog aih, nak beli beras pun tak dak duit, ni kan pula nak beli komputer nak melayan hangpa yang syok sendiri'..takpalah aku membalas dengan kata, "alhamdulilah saja dan sambung aku lagi "mungkin golongan mak bapak depa tak baca tapi anak-anak depa yang diuniversiti dah selongkar dan baca semua".

5. Dan ada juga suara sumbang dari kakitangan pejabat UMNO Negeri, berkata pada aku, " hangpa semua bloggers yang dok tulis pasai UMNO ni hangpa tau ka apa kami di UMNO Kedah dok atur macam-macam strategi". Hangpa bukan register pun jadi pengundi, kami tak ambik peduli sangat dengan puak macam hangpa ni,"Orang Kedah tak minat aih blog-blog ni, dekat election nanti kita pi ceramah, bagi beras, bagi bantuan depa undi la kita".

6. Bermimpikah aku?? Aku ingat aku hidup diera ICT, era modernisasi dan kepantasan proses globalisasi, rupanya di Kedah masih dilanda zaman batu Flinstone yang dihimpit igauan ngeri.

7. Tak pa lah wahai sang penguasa UMNO, aku tak mau nak kata apa, ikut suka hangpa lah, kami menulis pun bukan mintak duit kat hangpa, kami punya tulisan kami punya suka. Hangpa hiduplah dalam dunia impian fatamorgana hangpa yang ibarat 'katak dibawah tempurung"

8. Apapun sebagai penulis jalanan, bloggers sukarelawan , ingin diingatkan, KAMI TETAP BERJIWA MERDEKA.

SALAM MAAL HIJRAH 1432H

13 comments:

Tanpa Nama berkata...

tuan, selamat menyambut maal hijriah. Bukan katak bawah tempurung, la ni katak bawah gelas.Dia nampak apa orang dok buat, tapi dia tak peduli, dia kira dia dan dunia dia saja.

Aku pun cukup4(empat kali kena baca cukup) kecewa denga sikap pemimpin UMNO Kedah. Tak mahu berubah. Samy Vello pun dah berubah.. depa tak berunah lagi. Hai nasib...nasib

sri bongsu berkata...

Ibarat nalayan .UMNO ingat lautan masih cetek maca, dulu.Mereka tak tahu lautan sudah makin dalam.Kalau UMNO masih belayar dengan perahu atau tongkang.Jawablah karamlah PRU 13 nanti.Bukan Sdr sobri sahaja yg dapat jawapan begitu.Aku pun selalu dapat jawapan begitu.Modal beras,gula,kopi,kain pelikat,beg sekolah,Baju sekolah,kasut sekolah sudah jadi modal politik peringkat kedai runcit rempah cabai sahaja.Sdr sobri apa nak buat mereka sendiri yang memenjarakan diri mereka sendiri.Terus terang akau andaikan mereka ini buta ilmu untok bersaing dilautan dalam.Kesimpulannya mereka umno ini terlalu syok sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Tuan. Apapun tahniah kepada tuan Sobri. Perjuangan selagi dibuat dengan penuh ketertiban insyaAllah akan berjaya. Cuma lambat cepat saja. Pada saya dalam mana-mana parti pun ada kepelbagaian. Cuma kita jangan mudah membuat kesimpulan. Saya pun sebenarnya seorang profesional dan ahli UMNO. Setiap hari saya baca blog. Saya juga kenal ramai rakan-rakan lain dari UMNO yang sebenarnya setiap hari juga membaca blog. Bukan semua pemimpin UMNO buta IT. Kita pun tahu ramai pemimpin UMNO yang berhubung dengan masyarakat melalui IT. Namun demikian perlu diakui masih ada juga pemimpin UMNO dan pemimpin pembangkang pun yang kurang mahir dalam IT. Namun begitu, pada saya semua orang ada kekuatan dan ada kelemahan masing-masing. Tiada manusia yang sempurna melainkan nabi dan rasul. Seharusnya kekuatan itulah digembleng sepenuhnya. Kelemahan kena pakat-pakat atasi juga. Kita perlu jujur memberi pengiktirafan kepada terlalu banyak kejayaan UMNO/BN membangunkan negara dan bangsa. Dalam masa yang sama kita harus juga akur dan sedar akan kelemahan-kelemahan yang ada pada UMNO/BN yang sering dijaja pihak pembangkang. Kelemahan ini perlu diatasi bersama. Pembangkang memang itulah kerjanya. Walaupun seribu kebaikan dibuat mereka akan tutup mata tapi satu kelemahan dijumpai mereka akan jaja satu dunia. Sedangkan kita pun tahu mereka sehingga ini belum membuktikan apa-apa kelebihanpun setelah 3 tahun memerintah Kedah. Pada saya manusia yang waras akan melihat kiri dan kanan serta depan dan belakang. barulah mereka menilai dan menimbang segala kelebihan dan kekurangan sebelum membuat keputusan. Masalahnya sekarang ialah ada selompok manusia yang sedang dan akan terus mengajar orang lain untuk menjadi golongan yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih malah mendidik mereka melihat keburukan orang semata-mata di kala mereka sendiri penuh dengan keburukan yang dijaja oleh mereka sendiri. sekian.

Tanpa Nama berkata...

Salam Maal Hijrah Bro,

Topik kali nie begitu MENARIK perhatian dan emosi tuk memberi respons kali pertama dlm blog nie. Mungkin kata2 oleh pemimpin Umno (berkarat kpala otak) tu kut yg membuat mendidih hati aku.

Lihatlah betapa singkatnya dan sengketnya pemikiran pemimpin2 Umno Kedah nie. Jauh betul dan masih tidak dpt menerima hakikat kepentingan era teknologi maklumat nie. Golongan2 mcm aku nie, akan menerjah semua blog yg seumpamanya dlm mencari info dan hujahan.

Betul kata bro, kita x mudah dipengaruhi, TAPI yg penting dan PASTINYA kita boleh mempengaruhi. Banyak sangat dah yg kelaku x senonoh, x MULIA yg dilakukan oleh pemimpin2 Umno dan PUNAHSIHAT2 mereka. Nasihat2 baik dr org len, depa x mau dengar.

Bila dengar rungutan rakyat Kedah tentang agihan kpd mangsa banjir aritu pun dah nampak kelaku pemimpin Umno. Buat korban tuk mangsa banjir pun, mangsa banjir kat A/Setar x dpt pun daging, yg dpt ialah penduduk taman yg x terlibat ngan banjir (Tmn Sri Damai kat Sime Tyre).

Kat Jln Datuk Kumbar lak, puak PKR dok bg beras dan biskut tanpa kira mangsa mai dr kawasan mana pun. Aku AGAK setuju ngan kenyataan Che Det dan Ku Li..... meme agak sukar tuk BN nak raih 2/3 blm PRU nanti.

Aku nie dah dok buat keje kat BN nie dr zaman SEMARAK kat SIK thn 1987/8 lagi. Laa nie cuma dok jadi JAFO jer (Just Another F________ Observer).

Tahun baru, buku pun baru.

Tanpa Nama berkata...

Salam Maal Hijrah Saudara.Saya sbg pengundi dan anak jati Kedah sokong dgn apa yg saudara buat.Jgn pedulikan cakap orang yang tdk tahu kepentingan blogger kpd rakyat masa kini.Sepatutnya Pemimpin UMNO Kdh kena sedar pada Pru 12 para blogger Pembangkang tlh bnyk membantu.Sedaq lah wahai pemimpin yang mabuk kuasa hampa kena tgk realiti politik di Kedah la ni.

MUMMY ROKIAH berkata...

Inilah keangkuhan UMNO Kedah di mana minda mereka tidak pernah terbuka dan bercakap bagi menyeronokkan sendiri apabila mereka tidak boleh menguasai media baru kerana kepandiran mereka.

Nampaknya UMNO Kedah masih dikuasai oleh Pak Pandir-Pak Pandir yang hidup segan mati tak mau.

stongkol berkata...

Mari kta pakat undi calon bebas pada pru 13 nanti. Jangan kasi 2/3 majoriti kat mana2 parti politik. Dah meluat tersangat2 dah nihh dengan lagak dan aksi para pemimpin politik melayu nihh. asik2 rakyat bawahan ja yg terus menjadi mangsa keadaan.

Sifu Kulim berkata...

aku dah naik menyampah dgn puak-puak UMNO ni, nak marah pun dah tak ada ucapan nak kata. Yang aku syok bila kita habaq, mcm2 orang kata kat UMNO depa boleh jawab lantaknyalah, asai kan aku boleh dok AJK Bhg, paling teruk depa suruh kita tolong jawab dan penaikkan UMNO. Nak penaik macamana depa ni teruk2 belaka, manis muka depan kita saja. Bukannya tak ada ahli2 UMNO yg pakar IT, hangpa tengok saja la, web UMNO langsung tak pernah di update sebabnya tak masuk duit. UMNO ni dah manli dgn duit, dulu, kini dan selamanya tak ada duit apa kerja pun tak jalan. Kita tak kata UMNO tak ada bawa perubahan, banyakkkk tapi 50 tahun masanya tu pun baru 50% je, yang puak atasan UMNO kedah sapu entah berapa juta kita pun tak tahu. Aku harap tak da pemimpin UMNO kedah kena macam khir toyo...harap2 cadangan SHAHANIN jadi ketua perhubungan UMNO Kedah menjadi supaya boleh bawa perubahan.

Pakteh berkata...

hehe...
Nak kata apa lagi...kata lagu tu ja la..
Tuan SS, Depa dok petikai Kedah Times tapi artikel dari Kedah Times depa print n edar jugak..
Lagi best dalam pertemuan dengan blogger, depa edar artikel yg print dari Kedah times...hehehe...

Lain kali kalu pangge blogger, sedia info yg blogger tak tau..bukan p ambik dari Kedah times n p edar kat blogger...hehe..lagi best dapat kat tuan punya badan..hahaha..(aik...artikel aku depa print n suruh aku edar n tulis d blog aku)..hahaha.

Untuk makluman penganjur...kalau dah nama blogger tu..dia akan ghunaih/selongkaq habeh dah apa yg kawan2 tulis dalam blog terutama macam Kedah Times ni...Sepatutnya artikel dari blog ni edar ke kampung2...bukan ke blogger.

Apapun..Tuan SS, memang lagu tu dari dulu lagi budaya di Kedah. Sejak Kelab Maya UMNO mencuba nasib berbakti di Utara...itulah keadaannya...
apa boleh buat..teruskan saja dengan peranan kita tanpa mengharap sebarang imbuhan.

p/s: Pakteh tetap undi UMNO/BN dan masalah peribadi pemimpin takkan menggugat dokongan pakteh kepada parti.

Tanpa Nama berkata...

Tuan,
Saya sebagai rakyat negeri kedah dan bekas ketua cangan merasa terhina dengan gelagat pemimpin UMNO tersebut. Rupanya masih ada lagi yang buta IT. Kerajaan berusaha memberi komputer percuma kepada penduduk kampong tetapi ada pemimpin UMNO negeri yang memperlekehkan usaha kerajaan tersebut. Saya berharap saudara dapat dedahkan nama pemimpin tersebut dan kakitangan pejabat UMNO negeri tersebut supaya sampai kepda PM. Pada saya orang seperti ini tak layak bergelar pemimpin. Teruskan usaha murni saudara, ramai rakyat negeri Kedah dibelakang saudara.

Tanpa Nama berkata...

Kepada semua bloggers bagi lah cadangan dan nasihat yg baik2 pad puak UMNO ni agr depa dpr pikir baik2

Syburi Times berkata...

Kedah Times telah masukkan button untu dicetak. Pilinan untuk convert ke PDF file dan cetak atau cetak terus. Mohon cetak dah edarkan supaya mereka-mereka yg tiada capaian internet boleh mendapat maklumat sebegini

Tanpa Nama berkata...

aku amat menyokong penulisan hangpa...apapun janji depa berubah....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates