Khamis, 16 Disember 2010

Huraian Isu APCO Oleh Zulkifli Noordin Menyerlahkan Kebodohan Penyokong PR

Huraian berkenaan isu APCO yang dibuat oleh Zulkifli Noordin didalam artikel terbarunya menyerlahkan betapa penyokong-penyokong Pakatan Rakyat terutama PKR bukan sekadar tidak dapat menggunakan akal untuk mengesan pembohongan Anwar, malah ketagihan dibohongi Anwar.

Apa tidaknya, sudahlah APCO yang siang malam dilabelkan dengan UMNO-APCO tidak dapat  Anwar buktikan dipengaruhi Zionis, malah syarikat tersebut memang terbukti menjalankan aktiviti konsultansi peringkat tertinggi.

Malah lebih memalukan, apabila Arnold & Porter Company (APCO) ini di samakan pula dengan sistem komunikasi American Protocal Communication Outfit (APCO) yang digunakan oleh PDRM.
Nampaknya boomerang laungan UMNO-APCO yang digemakan oleh pembangkang sudah menukar arah dan kembali menuju Pakatan Rakyat. 

 Baca seterusnya..

PEMBOHONGAN APCO!    Zulkifli  Noordin






Salam 2 all.
Hari ini Khamis 09 Muharram 1432/ 16 Disember 2010 Parlimen bersidang untuk membawa usul menggantung beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang kerana isu berkaitan pembohongan didalam Dewan mengenai isu APCO. Dan usul itu telahpun diluluskan dan mereka digantung 6 bulan sebagai Ahli Parlimen.

Sebenarnya teman malas nak kupas isu APCO ini kerana teman tau dari awal-awal lagi ianya satu pembohongan. Malahan semasa masih lagi sebagai Ahli Parlimen PKR, teman telah membantah penggunaan isu APCO ini kerana ianya satu pembohongan. Sebab itu teman langsung tidak mahu terlibat dengan isu APCO ini. Pada teman, isu APCO telah diputarbelitkan memberi gambaran seolah-olah Malaysia telah dipengaruhi oleh Israel melalui APCO. Disebut antara lain kononnya pasukan Polis DiRaja Malaysia juga sudah diresapi oleh Israel melalui APCO di Bukit Aman!

Sebenarnya APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai "American Protocal Communication Outfit" - singkatannya APCO. Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubungan walkie-talkie. Ianya langsung tiada kena mengena dengan APCO Worlwide yang kononnya dikuasai oleh Israel.

Dan jika kita melihat APCO Worlwide, adalah sangat jelas ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi. APCO Worldwide adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company, sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington.  Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua klien yang memerlukan khidmat-rundingcara.

Maka tertubuhlah APCO (menggunapakai singkatan nama firma tersebut), dengan rakankongsi utama firma tersebut,  Margery Krause menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif APCO. Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita. Dan bagi tujuan khidmat-rundingcara, APCO melantik beberapa konsultan dari pelbagai latarbelakang samada bekas Presiden, bekas Hakim, bekas Menteri, dengan latarbelakang kepakaran ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama, dan banyak lagi.

Oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. Ianya pembohongan semata-mata. Dan menyatakan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman dikuasai oleh APCO ternyata adalah putarbelit dan pembohongan semata-mata. Hanya kerana nama serupa semata-mata, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan!!

Adakah hanya kerana slogan "1-Malaysia" dan "One-Israel" kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi? Bagaimana dengan slogan "PAS 4 All" dengan slogan "Israel 4 All"? Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan. Bagaimana pula dengan lambang "Satu-Mata" Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan. Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi? Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putarbelitkan orang lain!!

Apa yang penting, kita sebagai umat Islam khususnya wajib mendasarkan rujukan kita kepada Al Quran & Sunnah. Surah Al Hujurat: 6, "sekiranya datang kepada kamu berita daripada fasik, janganlah kamu pecaya, tetapi periksalah dahulu, janganlah kamu mengambil tindakan terhadap sesuatu kaum atas berita itu kelak nanti kamu yang menyesal".

Adalah jelas mereka adalah pembohong dan pemutar belit dalam nisu APCO. Mereka berbohong tentang 16 Sept! Satu dunia tahu tentang pembohongan dan penipuan 16 Sept, tetapi yang pelik mengapa masih ada golongan yang menjadi "summum bukmum umyum faahum - pekak, bisu dan buta" kepada pembohongan dan penipuan yang begitu jelas depan mata kita. Bila melihat gelagat golongan ini, barulah teman faham mengapa Fir'aun ada pengikutnya, Haman ada pengikutnya, Namrud ada pengikutnya, Kamal Attarturk ada pengikutnya. Kerana sudah disuratkan oleh ALLAH akan ada manusia yang akan terus didalam kesesatan, bak kelkatu yang terpukau dengan cahaya yang akan membunuhnya! Maka menjadi tanggungjawab para pejuang dan pendakwah Islam untuk membawa dan membimbing mereka yang sesat ini kepangkal jalan.

Yang baik dan benar itu semuanya daripada ALLAH, dan yang tidak itu adalah daripada kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH terus memberikan nikmat hidayah dan petunjuk serta kepampunan kepada teman dan kita semua.
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin

4 comments:

Pencinta Keamanan berkata...

Tahniah Zulkifli Nordin , walaupun terpaksa menerima cemuhan dan cacian dari Pakatan Reput apabila turning 360 darjah , beliau tetap istiqomah dalam memperjuangkan kebenaran.

Aku pasti walau apa jua dan segala penerangan dan penjelasan yang diberikan oleh Zulkifli Nordin ini pasti akan menyebabkan beliau akan berterusan di hina.

Syukur kepadaNya apabila seorang yang dahulunya menjadi peguam bela kepada Anwar Ibrahim telah sedar bahawa manusia yang cuba dibelanya itu adalah pengkhianat ISLAM dan MALAYSIA.

Allahuakbar!!!

Tanpa Nama berkata...

INI ANGKARA UMNO... UMNO yg bg nama APCO... PAS semua maksum... PR hebat... UMNO juga yang salah... Mangkuk punya geng PR...

Wake UP! berkata...

Anwar ejen Yahudi. Tu pasal nak cari jalan jatuhkan UMNO dengan menuduh UMNO Apco.

Tanpa Nama berkata...

lepas ni boleh la gelar nuar apco...nuar walkie-talkie...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates