Khamis, 9 Disember 2010

Jangan Ambil Hati,.. Ini Perniagaan lah.

1. Di Malaysia, sistem demokrasi menjadi asas pemilihan pemimpin dan kerajaan. Apabila sesebuah parti politik mendapat sokongan rakyat terbanyak, maka parti tersebut akan diangkat menjadi kerajaan, dan ketua parti akan menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar bagi sesebuah negeri.

2. Sementara pemerintah melaksanakan agenda yang mahu dibawa, pihak pembangkang menjadi penegur perjalanan pemerintahan selama penggal tersebut. Sistem ini akan menjadikan rakyat sentiasa terbela, dimana kerajaan pilihan majoriti mereka mentadbir dan pembangkang yang dihantar ke dewan menegur.

3. Oleh itu, langkah-langkah kerajaan perlulah berkepentingan rakyat dan teguran pembangkang juga adalah kearah kepentingan rakyat. Walaupun tidak sempurna, matlamat untuk kebaikan rakyat terserlah dari sistem demokrasi ini.

4. Tetapi terdapat juga pengamal demokrasi yang tidak faham apa itu matlamat demokrasi, iaitu untuk kebaikan rakyat.

5. Ada disebuah negeri itu, pembangkang begitu aktif didalam dewan, sehinggakan isu kecil dan tidak penting kepada rakyat juga dihidangkan sehingga menghabiskan masa persidangan untuk hal-hal remeh dan bersifat peribadi, dan akhirnya perkara besar berkaitan rakyat tidak dapat dibincangkan. Inilahlah yang berlaku apabila pembangkang diketuai oleh penderhaka, bukan saja menderhaka kepada raja, malah kepada rakyat juga.

6. Ada pula di sebuah negeri, kerajaan negerinya tidur nyenyak dan hanya tunggu cukup bulan ambil gaji. Ini kerana kerajaan baru ini tidak mempunyai pengalaman langsung melainkan pengalaman mengeji orang lain. Kerajaan negeri ini boleh tidur nyenyak kerana pembangkang telah menjadi sebahagian daripada mereka. Pembangkang ini tidak perlu aktif dan bekerja keras kerana agensi persekutuan yang dikawalnya lebih lumayan daripada semasa menjadi kerajaan negeri. 

7. Mungkin rakyat tidak perlu ambil hati kerana ianya .......Strictly Business, Nothing Personal....

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates