Selasa, 21 Disember 2010

Jangan Guna Beruk

Nak jadi pemimpin kena ada sebab musabab untuk diterima sebagai pemimpin. Sesetengah Ketua Bahagian, YB dan juga sama takrifan keduanya menggunakan pendekatan yang dikira tali mengikat hati rakyat. Ada YB sekadar hobinya melayan cakap, sapaan dan mesra dengan penduduk kampung serta kawasannya walaupun mengaji tak tinggi dan pekerjaan yang juga bukan beribu, ribu, ribu ringgit..

Ada pula yang mengandaikan jika bekerja besar, berjawatan besar serta memangku jawatan sehebat pegawai di White House, US adalah sebab mengapa penduduk kampung kena undi dirinya.

Tingginya jawatan itu pada hari ini berjaya membeli undi dan sokongan orang kampung dan ahli cawangan yang terpilih di Mesyuarat Pemilihan UMNO Bahagian. Tak banyak wang yang perlu ditaburkan iaitu sekitar RM200 sehingga RM500 sahaja.

Dan pada hari ini kiranya benar maka maruah negarawan yang hadirnya diperkatakan orang seorang dalam 100 tahun, nilai jasanya tunduk kepada jumlah wang sebanyak RM200.

Dari Kedah Utara sehingga Kedah Selatan, dominasi pemimpin-pemimpin UMNO yang mencerminkan UMNO itu korup berlambak-lambak. Hairan. Kulit wajah setebal bangunan KLCC. Dicemuh, dijeling, dikerling malah dijuih tetapi mereka masih gagah nak sua muka dan berkata malah mencabar untuk diri mereka dilantik.

Termasuklah mereka-mereka yang DUN dan Parlimennya kalah.

Hebatkah lobi mereka sehingga berjaya dicalonkan sebagai calon DUN serta Parlimen semasa PRU12? Tak menghairankan kerana pencatur muda yang meletak calon-calon dipilih rakyat yang sama waktu dengannya. Hanya beruk di hutan sahaja yang sudi tetapi rakyat tak sudi.

Akhir kata, jom main golf.. Kemudian kita bincang bagaimana nak jadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

1 comments:

dzimba MMIM berkata...

Beruk mana boleh memimpin.., program jom jelajah malaysia dsbnya adalah untuk mempersiapkan diri beruk tu je. Kerana budak budak belia yang dtg pun sebab minyak free, makan free. Dan yang dtg tu mmg ahli UMNO, ketua pemuda bahagian dan cawagand pun boelh buat program macam tu. Beruk tu pergi jumpa untuk politik beliau sahaja.

Masalah dalam UMNO adalah orang atas pagar..beruk tu kena fikir camtu. Hardcore bagi free t-shirt,minum dan minyak free..saya pun pandai main politik.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates