Sabtu, 25 Disember 2010

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA..!!!!!

TOK CHA MENULIS:

1. Masing-masing dah letih

2. Tunggu punya tunggu bulan juga yang muncul-muncul, pelita minyak tak juga bernyala.

3. Biaq la Tok Najib selesaikan kerja dia, barangkali dia masih menilai sapa yang layak jadi KETUA. Apanama NKRA.. KPI semua tu dia kena ambik kira.. Percayalah dia tak kira kawan atau lawan, yang layak pasti dia bagi jawatan.. Tapi Tok Najib dia nak utama kerusi Parlimen ka atau kerusi DUN? Rasanya dia kata.. 'KEDAH BIAQPI LA PAS PERINTAH' yang penting kerusi Parlimen dapat 10 sudah di Kedah boleh jadi nasi tambah nak kekal Tok Najib di Putrajaya nan indah..

4. Percayalah Tok Najib takkan kecewakan rakyat Kedah, dia tak sebodoh Pak Lah cuma tak secerdik dan setegas TUN MAHATHIR

5. Kalaupun impian rakyat tak jadi kenyataan terimalah, redhalah, jangan termengkelan. PAS ka UMNO ka perintah dua-dua sama saja.. P.Ramlee dah kata, 'DAH KENA DAH PENYAMUN JUAL PENYANGAK'... Jangan marah.. nanti kena jual'.. Alif Min Nun Wau-Sarkas... pas.. pis.. pus... puih.. tuih...

6. Apa nama.. hak preogatif Presiden parti nak lantik siapa pun jadi Pengerusi UMNO Negeri.. jadi biaq pi la Tok Najib ambik masa.

7. Bukan di Kedah saja yang gelisah, nu di Negeri Sembilan, Perlis, Trengganu, Penang, Perak, Selangor, Wilayah, Kelantan pun sama juga.. masing-masing tak tentu arah dah.. sapa la nak kena loteri kali ni? Tapi ingatan dari orang Tua seperti Tok Cha.. 'tak jadi pengerusi UMNO Negeri bukan penamat sebuah kehidupan'.

8. HAAAAA!!!! Dok ralit tunggu lagi.. buat la kerja... semua pakat dok nganga tunggu, nak umum.. nak umum.. kerja di cawangan dan bahagian dilupa jangan

9. Pakat dok tunggu, punya tunggu.. sapa yang boleh diharap nak bongkar salahlaku PAS, PKR DAN DAP Di Kedah..

10. Depa pakat dok balun harta negeri, puak UMNO terus mmencari, sapa la nak jadi Pengerusi

11. Masing-masing pakat dok lobi diri... WOOOOOI pi la lobi pengundi..

12. Orang tua-tua kata.. ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut nafsu jadi macam puak PAS, balun sana sinu bini orang pun depa sapu, tak puas berbini satu.. asyik terpacak selalu

13..Jangan tunggu lagi.. mari buat kerja.. jangan asyik lena.. biar Tok Najib tentukan sapa ketua kita.. Salah pilih, Kedah dapat terus kat pak lebai tua.. BYE... BYE ...TA..TA

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Balun TOK CHA Balun
UMNO Kedah suka tidoq lama-lama
PAS dok pulun berebut harta
Semua dok gila nak tambah bini dua, ada yang nak masuk tiga
KETUA BAHAGIAN pakat dok tidoq tak lena
dok angau, dapat jadi calon ka?
Rakyat pakat dok nganga
KEDAH SEJAHTERA
Pakat kena jual
Padan muka hangpa

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates