Rabu, 15 Disember 2010

Kejatuhan Anwar Tidak Dapat Di Elakkan Lagi...

Kemunculan Umi Hafilda Ali pada tahun 1998 cuba ditutup rapat melalui penyalahgunaan agensi keselamatan negara oleh Anwar Ibrahim kerana Anwar tahu bahawa Umi adalah pemegang kunci takdir politik beliau.

Walaupun cuba dicengkam dengan begitu hebat menggunakan tekanan dari semua sudut, kebenaran yang dibawa Umi Hafilda tidak dapat terus menerus disangkal Anwar apabila Dr. Mahathir yang begitu menyayangi Anwar pada ketika itu mula membuka minda bahawa Anwar bukanlah maksum.

Kejatuhan Anwar dari arena politik seolah-olah ditakdir  untuk tewas kepada kekentalan semangat juang Umi Haflida yang tidak undur sepatah dalam dakwaannya tentang salah-laku Anwar, yang hasilnya menjadikan Anwar panik dan tergelincir. Seterusnya nasib politik Anwar telah menjadi sejarah.

Semenjak itu, Anwar terumbang ambing dalam politik selama 12 tahun semenjak 1998 hanya  dengan  bersandarkan kepada teori konspirasi yang tidak pernah dibuktikan dan kedunguan pengikut taksub semata-mata.

Hebat sungguh Umi Hafilda, Anwar dengan kekuatan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menguasai hampir segenap jentera kerajaan dan politik pada ketika itu, tersungkur oleh pukulan kebenaran dari Umi Hafilda.

Kini, Umi Hafilda muncul buat kali kedua menghulurkan pedang perangnya sekali lagi, dan dalam keadaan Anwar Ibrahim kini tiada kuasa malah keyakinan penyokong pun semakin  menipis, tidak mungkin Anwar mampu bertahan.

Kemunculan Umi Hafilda kali ini dilihat sebagai penghormatan kepada srikandi tersebut untuk menurunkan jasad politik Anwar Ibrahim kedalam liang lahad buat selama-salamanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates