Rabu, 15 Disember 2010

Kejayaan BESARRRRR PAS ..

Maka berbondong-bondonglah blogger-blogger mereka menghebahkan acara 4 minit bacaan doa ini di Konvensyen DAP. Mereka menonjolkan kejayaan mereka membaca doa di majlis DAP, sebuah parti anti-Islam.

Dan  dibandingkan kejayaan tersebut dengan kejayaan UMNO membaca doa selama 50 tahun lebih di Malaysia. Begitu hebat pencacai Pakatan sehingga membaca doa pun sudah boleh di politikkan padahal hanya beberapa kerat saja yang meng'amin'kan doa tersebut. Amin menandakan kita bersetuju memohon apa yang diminta /didoa kan oleh pembaca.

Adakah semua 650 wakil DAP itu meng'amin' doa tersebut? Apakah mereka setuju dengan apa yang didoakan? Apakah jika di dalam doa itu disebut, kabulkanlah perjuangan kami menegakkan negara Islam di Malaysia, mereka akan bersetuju?

Lebih memeningkan lagi ialah apabila DAP telah jelas menolak Islam dan negara Islam tetapi kenapa PAS masih terhegeh-hegeh bagai melukut di tepi gantang untuk bersama DAP?  Hingga sudah sanggup untuk tidak lagi berbincang mengenai negara Islam.

Jika benar PAS memperjuangkan Islam, kenapa dia tunduk berada bersama DAP yang misi utamanya ialah untuk menegakkan negara sekular, anti Islam dan anti Melayu? 

Apakah PAS sekarang sudah menjadi DAP? Setaraf DAP? Hamba DAP? Pencacai DAP? Talibarut DAP? 

Apakah PAS sudah menerima pakai perlembagaan DAP? Apakah PAS sudah tidak lagi memperjuangkan Islam? (didalam perlembagaan PAS, tiada disebut mereka ingin menegakkan Islam).

Maka benarlah ... PAS sudag tidak relevan lagi untuk orang melayu, Islam dan Malaysia.

DAP bukan bodoh. Mereka hanya memperalatkan PAS dalam mendapat undi orang Islam dan Melayu. Lagipun DAP hari ini menentang UMNO kerana UMNO secara rasmi telah mengumumkan yang Malaysia adalah negara Islam. Sebab itu Islam menjadi agama rasmi Malaysia tanpa mengganggu kebebasan pemeluk agama lain.

Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti yang berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membaca doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

Bacaan doa tersebut berkumandang sejurus selepas hampir 650 perwakilan yang menyertai konvensyen itu selesai menyanyikan lagu Negaraku, Lagu negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi parti, demikian menurut kenyataan pejabat ketua menteri Pulau Pinang.

Puluhan ahli DAP berbangsa Melayu yang hadir di konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.

Bacaan doa bagi memohon kesejahteraan para peserta persidangan tersebut selain meminta pertolongan dan rahmat Allah Taala agar memberkati majlis dan perjuangan parti berkenaan adalah sesuatu yang asing bagi mana-mana DAP sebelum ini.

DAP sering dituduh cauvinis kaum kerana bilangan keanggotaannya yang lebih memihak kepada masyarakat Cina dan dakwaan cuba untuk meminggirkan orang Melayu serta India di negara ini.

Konvensyen kali ini turut menyaksikan lapan calon Melayu daripada keseluruhan 88 calon yang bertanding untuk merebut 15 kerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dalam pemilihan dwi-tahunan itu, namun kesemua lapan calon itu kalah.

Namun, jawatankuasa DAP negeri memutuskan untuk melantik calon tunggal Melayu, Zulkifli Mohd. Noor untuk menganggotai jawatankuasa itu bagi penggal 2010 hingga 2012.

Selain Zulkifli, antara calon-calon Melayu yang bertanding ialah Kamarulzaman Mohd. Sharif, Mohd. Razali Abdul Rahim, Nurul Baizura Ismati, Yusof Mohamad, Rozaini Abdul Kadir dan Suhaimi Chee Mugther.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates