Rabu, 15 Disember 2010

Kepimpinan Kedah : Utusan Senada Dengan Kedah Times

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan satu artikel berkenaan kepimpinan Umno Kedah yang senada dengan apa yang paparkan dalam Kedah Times selama ini. Terima kasih Utusan kerana menyampaikan hasrat rakyat Kedah kepada Perdana Menteri.

Bola kini di kaki Dato' Seri Najib, samada nak tendang ke gol lawan atau ke gol sendiri, terserahlah.

Baca seterusnya di bawah....

Kepimpinan UMNO Kedah perlu nafas baru pastikan BN kembali berkuasa

APABILA Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan kesediaannya untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, maka ramailah pemimpin di negeri itu yang gundah-gulana.

Malahan awal-awal lagi, salah seorang pemimpin yang memegang jawatan di peringkat UMNO negeri menyatakan anak kepada bekas Perdana Menteri itu tidak layak menyandang jawatan tersebut.

Di kalangan ketua-ketua bahagian pula berpendapat hanya kelompok mereka sahaja yang layak. Inilah penyakit lama yang masih melumuri UMNO, ketika Barisan Nasional (BN) amat memerlukan satu pasukan yang mantap bagi merampas kembali Kedah daripada Pas.

Kelompok yang semakin melihat kehadiran pemimpin muda seperti Mukhriz boleh mengugat kedudukan politik mereka mula mengeluarkan hujah-hujah dangkal termasuklah Mukhriz kurang pengetahuan mengenai politik Kedah dan tidak menjadi ketua bahagian.

Persoalannya, apakah ketua-ketua bahagian di Kedah itu hebat-hebat belaka dan mampu menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang?

Sepatutnya, mereka perlu menerima hakikat bahawa majoriti rakyat Kedah bukannya tidak mahu menyokong UMNO atau BN tetapi mereka merasakan sudah tiba masanya muka baru diberi peluang.
Kegagalan BN dan UMNO Kedah mempertahankan kuasa di negeri berkenaan sepatutnya menyedarkan pemimpin-pemimpin lama bahawa mereka perlu bertanggungjawab dan perubahan kepimpinan perlu dilaksanakan.

Seharusnya dalam keadaan sekarang mereka mengatur segala strategi terutamanya mendengar pandangan rakyat siapa yang mereka mahukan demi memastikan BN kembali berkuasa.
Dalam soal ini, turut harus diambil perkiraan ialah bersikap terbuka untuk menerima siapa sahaja yang bakal dilantik Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Jika pucuk pimpinan parti menetapkan Mukhriz yang paling layak bagi memberikan nafas baru kepada BN Kedah maka terimalah keputusan itu.

Hanya kerana Mukhriz orang muda dan tidak memegang jawatan dalam bahagian ini tidak bermakna beliau tidak akan berupaya mengembalikan kegemilangan UMNO Kedah.
Dari segi perjalanan politik, Mukhriz dilihat pemimpin yang disenangi oleh golongan tua dan muda di Kedah. 

Penulis diberitahu, ke mana sahaja beliau pergi, rakyat Kedah tanpa mengira fahaman politik menyambutnya dengan mesra.
Dengan elemen ini dan ditambah pula sokongan padu semua pihak dalam UMNO Kedah sudah pastilah tugas sebagai Pengerusi Perhubungan akan lebih mudah untuk beliau, bukannya awal-awal lagi diberi amaran bahawa akan berlaku unsur sabotaj kepada kepimpinannya.

Dalam perbualan penulis secara rambang dengan ramai rakyat Kedah, semua berpendapat Mukhriz paling layak kerana UMNO Kedah perlu nafas baru melalui kepimpinan orang muda.
Sementara kita tidak menafikan sumbangan besar pemimpin-pemimpin UMNO yang sedia ada di Kedah tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu menerima hakikat bahawa UMNO Kedah memerlukan perubahan kepimpinan.

Jika pemimpin-pemimpin berkenaan benar-benar sayangkan parti dan ingin memastikan kerajaan Pas Kedah ditumbangkan, maka mereka perlu bersatu hati menyokong siapa juga yang dipilih sebagai pemimpin.

Justeru adalah diharapkan pucuk pimpinan parti akan membuat keputusan sebaik-baiknya dalam soal ini. Apa yang berlaku kepada UMNO Kelantan sepatutnya menjadi pengajaran berguna kepada UMNO Kedah.

Ini kerana sehingga ke hari ini, biarpun Pas Kelantan semakin lemah namun UMNO masih belum berupaya merampasnya kembali. Segalanya disebabkan rakyat tidak berkenan kepada pemimpin-pemimpin UMNO tertentu.

Senario ini perlu diakui sudah turut meresap ke dalam UMNO Kedah.
Di kalangan orang Kedah termasuklah ahli parti di peringkat akar umbi, mereka berpendapat, kalaulah pemimpin-pemimpin tertentu masih dipilih dan dikekalkan bagi menerajui Kedah maka selagi itulah panji-panji UMNO tidak akan berupaya ditegakkan kembali di negeri jelapang padi berkenaan.

Oleh itu kepada semua pemimpin UMNO ingatlah pesanan berkali-kali yang disampaikan oleh Najib iaitu apa yang paling penting ialah kejayaan parti dan UMNO mahu memastikan hanya pemimpin yang diterima oleh rakyat sahaja bertanding.

Terimalah hakikat bahawa era hanya ketua bahagian atau mereka yang memegang jawatan dalam bahagian sahaja layak bertanding dalam pilihan raya atau memegang jawatan di peringkat negeri sudah berakhir.

Jika masih ada lagi pemimpin-pemimpin yang memegang sedemikian maka fahamlah kita kenapa UMNO Kedah kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Apa pun terserahlah kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan tetapi apa yang pasti peluang BN untuk kembali berkuasa di Kedah tetap cerah asalkan 'orang Kedah tidak dihidangkan masakan oleh jurumasak yang sama' sehingga memungkinkan mereka 'cemuih' dan menolak BN dalam pilihan raya akan datang.

2 comments:

Ghafarudin berkata...

Setuju.Janganlah gundah gulana wahai ketua bahagian yg berjumlah 15 orang itu.Kita utamakan parti dulu.Bukan untok diri kita sendiri.Relakah ketua bahagian melihat UMNO tersungkor padal PRU 13 nanti.Hebatkah sekadar menjadi ketua bahagian tetapi kecundang dalam piliahnraya.Yang lebih penting menang dan berkuasa sebagai kerajaan.Perkara penolakan rakyat akar umbi kepada ketua bahagian kerana dilihat kelibat mereka sendiri.Mereka sebagai barisan hadapan dibahagian kurang menyengat.Memang betullah jawatan utama dalam parti bukan tiket lagi untok dipilih sebagai calon.Kalau bersih dan layak serta sesuai nanti asalkan ahli umno dan mampu membawa kemenangan.Diwaktu dahulu jawatan ketua bahagian amat dihormati oleh parti lawan dan kawan sendiri.Tetapi kini bukan parti lawan yang tak hormat malah sesama ahli sendiri pun serupa.Kenapa jadi begini.Mereka buanglah kepantingan politik diri kepada kepentingan UMNO Kedah.Beri sokongan tanpa berbelah bagi dan ikhlas pada sesiapa yang bakal dipilih oleh Preseiden Parti nanti.Pada yang bakal ditabal nanti lihat sekeliling akar umbi.Jalinkan hubungan baik dengan semua kelompok yang terdapat dalam UMNO Kedah.Buang jauh-jauh amalan kroni,pilih kasih,dendam kesumat pada seteru politik.Berhati-hatilah pada kaki cium tangan dihadapan kemudian gigit bila dibelakang.Waspadalah kaki ampu dan bodek.Insya Allah selamat.

Tanpa Nama berkata...

Saya menyokong Datuk Mukhriz sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri kerana dibelakangnya ialah Tun Mahathir yang mempunyai 24 tahun pengalaman sebagai PM Malaysia.

Ketua2 Bahagian lain yang cuba mempromosi/menonjolkan diri mempunyai pelbagai masalah dibelakang mereka.

Senariakan masalah masing2 sebelum menawarkan diri. Apabila berdiri dipentas biarlah mereka itu bersih dan ada "credibility" untuk menyuarakan pendapat mengenai kepimpinan atau "leadership".
Baca lah teori kepimpinan sebelum menawarkan diri dan letaklah diri anda di kategori yang sesuai."Find out for yourself whether your leadership difficulties stem from problems with yourself, your role or handling others."

Kalau dah biasa sabotaj parti dalam PRU12 pemimpin itu tidak ada credibility untuk berceramah dan berkempen kepada ahli2 supaya bersatu dan berjuang untuk bangsa dan negara.
Rakyat akan bertambah meluat. Lebih baik pemimpin sebegini mengundurkan diri secara sukarela supaya Datuk Najib senang buat decision. Atau hantar saja pemimpin yang bermasalah diBahagian untuk berkhidmat diluar negara. Bila ada masalah dlm bahagian "physical separtion is the best alternative"

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates