Khamis, 30 Disember 2010

Ketua Pengarah BTN : Jangan DIlantik Gunting Dalam Lipatan

Email pembaca tyxxx@ymail.com
SEMUA mata sedang memandang ke arah Biro TataNegara.Kontrak Dato Saghul Hamid Bin Abdullah sebagai Ketua Pengarah biro akan tamat tidak berapa bulan sahaja lagi.Sudah ada pihak yang mula melobi untuk ke jawatan yang banyak menimbulkan sensasi serta kontraversi sejak akhir-akhir ini. Sudah ada pihak yang merancang dan sudah ada calon yang merasakan merekalah orang terbaik untuk mengisi jawatan itu dan menggantikan Ketua pengarah yang bakal bersara ini.

Shagul Hamid dikatakan akan bersara pada Februari nanti..
Malah biro ini sendiri seperti menjadi bayang-bayang hitam yang cukup menakutkan kepada orang-orang bukan Melayu.Biro ini dituduh secara melampau kononnya terlalu menjaga kepentingan dan hak-hak orang Melayu.Biro ini dituding sebagai biro yang rasis.Biro ini dikatakan menjadi alat kepada orang-orang Melayu di Negara ini yang diberikan latihan secukupnya untuk mempertahankan Ketuanan Melayu.

Kerajaan Selangor menyerang biro ini, DAP, PKR malah MCA sendiri memberikan berbagai-bagai tafsiran yang negatif terhadap kewujudan serta peranan yang biro ini mainkan selama ini.Hingga biro ini dituduh berniat jahat terhadap bangsa-bangsa lain
.
Kita tidak berniat untuk memberikan huraian secara terperinci apa peranan dan matlamat yang biro ini dipertanggungjawabkan kerana kepada sesiapa yang pernah mengikuti perjalanan Biro TataNegara ini meraka akan tahu tujuan dan matlamatnya namun yang menjadi perhatian buat masa ini adalah kekosongan kerusi Ketua Pengarah yang akan dilepaskan oleh Saghul Hamid apabila kontraknya tamat tidak lama lagi.Jawatan ini dilihat sedang jadi rebutan ramai.

Biro TataNegara adalah aspirasi kerajaan dan seseorang Ketua Pengarah yang akan dilantik seharusnya mendokong kemas dan erat aspirasi kerajaan itu terutama sekali aspirasi Perdana Menteri dan kecuaian mengenalpasti calon terbaik untuk dilantik ke jawatan tersebut akan lebih mendatangkan kontraversi ataupun memungkinkan biro ini hilang peranan serta halatujunya.

Jawatan Ketua Pengarah biro ini bukan jawatan yang main-main.Bukan jawatan yang perlu diserahkan hanya kerana seseoarang itu kawan baik atau dilonjakkan oleh orang-orang tertentu yang memungkinkan menyirat pelbagai agenda peribadi ataupun calon yang hanya ingin makan gaji.

Calon terbaik adalah calon yang menyintai perjuangan agama,bangsa dan negaranya.Calon yang menjunjung tinggi prinsip dan falsafah Rukun Negara, calon-calon yang tidak pernah mengkhinati pemimpinnya,agama, Negara serta bangsa nya dan mendokong tanpa rasa gentar Perlembagaan Persekutuan.

Rozai seangkatan dengan Shagul di Romania
Kita sedar selain Saghul Hamid yang pernah mendapat didikan ataupun latihan ketatanegaraan di Romania, ada beberapa calon lagi yang masih mampu dan mempunyai siasah serta jati diri yang kuat,kental dan agam untuk mempertahankan modul biro ini iaitu Aziz Shamsuddin dan juga Rozai Shapian. Mereka ini telah membuktikan dengan meletakkan kepentingan Negara dan pemimpin mereka mengatasi kehendak nafsu peribadi mereka.Mereka ini tidak pernah tunduk kepada tekanan dan desakan.Mereka betul-betul mengaplikasi kebolehan,ilmu dan latihan mereka untuk kepentingan pemerintah.

Kita menyedari ada calon-calon yang begitu hebat sedang melobi untuk mengintai jawatan ini seperti Raja Arif yang sedang berusaha untuk mendapatkan jawatan itu dengan bantuan Setpol Perdana Menteri dan juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan  dan Ahmad Fairuz Othman juga mempunyai keinginan yang sama dan turut menggunakan bantuan  Setpol Perdana Menteri itu  tapi  melalui  orang tengah Mokhtar Sulaiman,bekas pegawai BTN sebelum ini.

Ahmad Fairuz sebelum ini pernah dikatakan menjadi Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Melaka dan ahli UMNO Putrajaya malah pernah mencabar Tengku Adnan untuk merebut jawatan Ketua Bahagian namun gagal kerana tidak cukup pencalonan dan kita percaya ada kemungkinan beliau akan melalakukan gerakan sulit menggunakan kedudukannya sekiranya dilantik Ketuan Pengarah Biro  untuk sekali lagi mengkucar kacirkan UMNO Putrajaya.

Manakala Raja Arif yang difahamkan bertugas di UMT dan pernah menjadi Pengarah BTN Terengganu serta bekas Pegawai Khas kepada Dato Tengku Mahmood dan sekarang ini adalah AJK UMNO Bahagian Kuala Nerus dalam DUN Bukti Tunggal serta bercita-cita untuk menjadi calon pilihanraya.

Raja Arif adalah anak kepada Raja Ali yang pernah menuntut takhta Kesultanan Terengganu daripada Almarhum Sultan Mahmood dan adakah Raja Arif tidak turut serta memainkan peranan dalam soal tuntutan ini?Pandangan Tuanku Mizan perlu diambil kira dalam soal ini malah ada sumber yang mengatakan salah satu daripada punca kemurkaan Suktan terhadap Idris Jusuh ialah kerana melantik Raja Arif di syarikat Top It salah satu anak syarikat Kerajaan Negeri.

Apakah Raja Arif ini tidak boleh kita kategorikan sebagai orang yang pernah menderhaka kepada Sultan sedangkan antara prinsip serta modul biro ini adalah mendaulat serta mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu.Adakah Perdana Menteri  akan menyokong perlantikan calon yang berlatar belakang seperti ini?.

Dato Nasiruddin bekas pegawai BTN yang berasal daripada Perak juga sedang memohon jasa baik Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokongnya ke jawatan itu tetapi calon ini dkatakan pernah mempunyai kes mahkamah.

Bekas SUSK Anwar Ibrahim. Annuar Shaari juga dikatakan berminat untuk jadi Ketua Pengarah dan sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan isteri Perdana Menteri untuk menyokongnya ke jawatan itu dan dalam masa yang sama ada suara-suara yang mula mendedahkan bahawa Biro TataNegara terlalu banyak sangat memberikan peluang dan ruang kepada bekas penyokong Anwar Ibrahim tetapi mereka ini walaupun bekas namun bersimpati terhadap perjuangan bekas banduan itu.Adakah ada agenda lain tersembunyi?

Malah Shukur Desa, bekas Pegawai BTN dan keluar daripada BTN untuk bersama-sama Anwar Ibrahim dan pernah katanya ditangkap kerana mengsabotaj kerajaan turut berminat untuk mendapatkan jawatan tersebut manakala Hamsan, bekas Pengarah BTN Johor dan satu bahagian UMNO dengan Ahmad Maslan turut bercita-caita sama.

Kita tidak tahu mengapakah jawatan ini cukup menjadi rebutan sejak akhir-akhir ini sedangkan jawatan Ketua Pengarah Biro TataNegara adalah satu tanggungjawab yang cukup besar demi menjayakan aspirasi Perdana Menteri dan orang-orang Melayu secara keseluruhannya dan bila kita melihat kepada latar belakang calon-calon yang sedang hebat melobi menggunakan orang itu dan orang ini, mereka  tidak terbukti kesetiaan mereka kepada perjuangan dan aspirasi biro itu sendiri.Adakah mereka ini sebenarnya layak untuk jawatan itu atau bakal menjadikan duri dalam daging kepada perjuangan UMNO dan Barisan Nasional?

Perdana Menteri diharapkan sebelum membuat sebarang keputusan untuk melantik sesiapa sahaja ke jawatan ini seharusnya mengambil kira pandangan semua pihak dan jangan menelan bulat-bulat apa yang disampaikan oleh orang-orang sekeliling beliau.Kesilapan melantik Ketua Pengarah akan membawa padah yang maha besar terhadap perjalanan serta organisasi Biro TataNegara ini. Biro Tata Negara adalah wajah dan suara hati Perdana Menteri. Kita tidak takut untuk bermain dengan api tapi yang membimbangkan kita sekiranya mereka ini adalah api dalam sekam.
Kedahtimes:
Bagi Kedahtimes, sesiapa saja yang dilantik menerajui BTN dan Akhbar-Akhbar Arus perdana mestilah mereka yang benar-benar menghayati perlembagaan negara dan ketuanan Melayu sebagai sebahagian daripada roh perlembagaan tersebut.Jangan dipedulikan komen-komen pembangkang sebagaimana Abdullah Badawi dahulu dan yang penting jangan dilantik mereka yang berpura-pura....

nota: Kami dapat mengesan artikel ini diterbitkan di sini..

2 comments:

C L J berkata...

Kalau istilah pura pura digunakan hamba nampak ada dua tujuan orang orang pura pura itu menjadi paling merbahaya bila didudukkan di atas kerusi KP BTN itu:

1. Dia sebenarnya mencari kedudukan diri. Sedangkan aspirasi diharapkan dari jawatan itu tidak pun menjadi keutamaan baginya walau pun cakapnya berdegar degar.

2. Dia adalah hasil dari produk Anwar bin Ibrahim. Ini lagi merbahaya kerana akan muncul/bangkit semulalah sahabat sahabat lamanya selama ini menyimpan kuku.

I WAS THERE TO OBSERVE THE DEVELOPMENTS THROUGH ALL THE HURDLES TIME TO TIME SINCE THE CRADLE WAS BUILT IN 1974. "I cannot avoid loving it within my soul but am too old to keep on shouting. Please allow our generation the space to rest."

Tanpa Nama berkata...

Mat Maslan dah tengok2 ke sapa nak ganti Shagol KP BTN niihhh... Tengaok yang betul2 taat dengan pemimpin sebasa.

Dulu Pak Lah, la Naib. Peghasan visi dan misi kedua-dua pemimpin niii.. jauh beza.

Jangan bawa BTN yang boleh merugikan Melayu.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates