Sabtu, 4 Disember 2010

Ketuanan Melayu dan Penghinaan Ayat Quran

Isu Ketuanan Melayu hebih diperkatakan dihampir kesemua blog pro BN. Isu ini dipaparkan oleh Kedah Times pada ketika ianya dibangkitkan oleh Wan Azizah dan PKR. Tujuan Kedah Times paparkan ialah untuk mendapatkan reaksi pihak-pihak berkaitan di Kedah terutama Kerajaan Negeri di bawah PR dan juga kalau boleh UMNO Kedah sendiri.

Sehingga kini tiada apa-apa reaksi yang diberikan kecuali PERKASA dan NGO-NGO Melayu/Islam dengan mengadakan perhimpunan bantahan di Sungai Petani.
Nampaknya kedua-dua PAS(PR) dan UMNO amat selesa dengan keadaan sekarang ini di Kedah. PAS (PR) sudah tidak peduli apa yang berlaku diluar sana. 'None of our business' itulah stand mereka agaknya diwaktu ini. Isu Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari DAP pun tidak disentuh langsung oleh PAS (PR) Kedah. Nampak sungguh Sejahtera Kerajaan Kedah. Kami sudah selesa memerintah! Tak buat apa pun tak apa! Apa yang berlaku diluar sana, biaq pi laaa. Itu hai depa ..

UMNO Kedah seperti kata Sobri Sudin masih tidur. Walaupun sudah ada demo dihadapan Pejabat UMNO tempohari.  Mungkin STRATEGI mereka ialah pedulikan apa isu yang timbul, mari kita turun berjumpa akar umbi. Tapi nampaknya akar umbi semakin gelisah kerana UMNO sudah menjadi seperti PAS (PR). Selesa.

Mungkin seperti yang dikatakan PM bahawa kuasa ketiga akan muncul memimpin rakyat untuk mempertahankan hak-hak mereka dan Islam. Mungkin UMNO dan lain-lain parti politik akan menjadi sebagai pelengkap kepada sistem demokrasi di Malaysia, tidak menjadi wadah perjuangan kepada rakyat.

Kita harap UMNO tidak menjadi begitu.

Setelah hampir 3 tahun memerintah, PAS (PR) merasakan yang rakyat sudah lupa segala janji-janji mereka pada pilihanraya dahulu. Itu belum dikira janji-janji perjuangan parti mereka - hudud, negeri Islam, pimpinan ulama dan sebagainya. Dan UMNO tidak pernah ambil peluang ini unutk memberitahu rakyat.

Kedah Times masih menunggu reaksi atau statement dari pemimpin PAS(PR) Kedah dan juga UMNO. Kita harap mereka tidak tidur dalam isu-isu sebegini.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

taktik ostat menjadi lagi... TAHNIAH ostat...

mamak muda berkata...

Mereka jadi bisu bukan apa:
.PAS takut hilang undi cina
.UMHNO pun takut hilang undi cina

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates