Selasa, 14 Disember 2010

KUIN-IJM : BDB vs Kedah Sato.

Dipetik dari Helangkedah

Menara BDB menjadi mercu tanda Komplek Alor Setar dengan ketinggian 10 tingkat. Bangunan reka-bentuk moden yang dimiliki oleh Bina Darulaman Berhad  sebuah SBK negeri Kedah yang disenarai awam di BSKL, khabarnya sedang menggelegak kepanasan dalam seminggu-dua kebelakangan ini.

Diberitakan suhu panas yang memuncak disebabkan berlakunya pertembungan diantara Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Jahubar Sathik dengan Pengerusi Kedah Sato, YB Dato’ Haji Mahfuz Omar berhubung isu pelantikan IJM sebagai ‘Total Sub-Contractor’ kepada Kedah Sato untuk kerja-kerja membina dan menyiapkan kampus baru KUIN di Kuala Ketil. 

(nota: Kerajaan Negeri Kedah telah melantik Kedah Sato Sdn. Bhd. secara terus melalui konsep  ‘Design n Build’, Kerajaan Negeri turut mengenalpasti dan menjamin pembiayaan kewangan dari institusi-institusi kewangan.)

Dato’ Jahubar Sathik berkeras untuk terus melantik IJM tanpa melalui proses tender atau sebut harga. YB Dato’ Mahfuz dikatakan tidak bersetuju sekiranya pelantikan IJM tidak melalui proses tersebut. Beliau juga mahu diletakkan syarat agar kontraktor tempatan turut diberi peluang untuk terlibat dengan kerja-kerja pembinaan yang bersesuaian oleh ’Total Sub-Contractor’ yang bakal dilantik.

Perkembangan terbaru ini amat memeritkan untuk ditelan oleh Dato’ Jahubar Sathik n The Gang ( Din KoKo dan YB Din Anak Bukit ), manakan tidak perancangan yang telah disusun-atur berbulan-bulan lamanya dan sudah terlalu banyak yang dibelanjakan, tiba-tiba menghadapi halangan dan tentangan keras di saat akhir. Banyak kepentingan akan tergadai. ” Bangkai yang cuba disembunyikan, terhidu jua akhirnya.”   

Langkah terakhir yang mampu dilakukan ialah dengan memukul canang yang menyatakan bahawa YB Dato’ Mahfuz Omar menentang pelantikan IJM kerana didalangi oleh beberapa kontraktor Cina di belakangnya. SMS sedang berlegar-legar dari inbox ke inbox. Din KoKo perlu berkeras mematahkan tentangan dan halangan demi membuktikan kesetiaan dan menyelamatkan kepentingan yang bakal tergadai.

Tahniah..!, YB Dato’ Mahfuz Omar.

Kedahtimes:
Terima kasih helangkedah. Untuk makluman pembaca, kami akan menyiarkan kecurangan dan penyelewengan kerajaan PAS mentadbir GLC, malah kami mempunyai bukti hitam putih tentang penyelewengan tersebut.

14 comments:

Tanpa Nama berkata...

Korek jangan x korek !!!!

Tanpa Nama berkata...

Helang Kedah,

"Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Jahubar Sathik dengan Pengerusi Kedah Sato, YB Dato’ Haji Mahfuz Omar"

Hoi, awat pelek sangat ni. Pi check fakta-fakta dulu sebelum nak balun orang.

Ada ka YB Mahfuz jadi Chairman Keda Sato, dia dok bawah lagi dari Jahubar. Bawah dari Chairman BDB.

Awat orang Kedah dok Alor Setaq, bangap2 belaka.
Aku orang Kedah dok Luaq, celik sikit.

Frm HHalem

Tanpa Nama berkata...

Oghang kata pemimpin-pemimpin PAS ni bapak segala PENYAMUN hampa tak ma percayaaaaaa....

Haaa... la ni Din Ko-ko (ADUN Anak Bukit)depa kata? menentang direc-dill projek KUIN nak kata apa?.

Puccikkkk...

AK 47 berkata...

Belum apa-apa dah bagi tahniah kat Mahfuz.
Mahfuz ni ada power ka? Don't under estimate the power of Jahubar & The Gang. Sat gi Jahubar akan hantaq Dino The Kokonia pi jumpa Mahfuz, kirim sebungkus capati dengan teh ais..everything will settle. Mahfuz kalau nak suit tailored made nak pi Parlimen pun, Kokonia boleh atur..segalanya dibawah tanggungan Darulaman Realty.Tak caya tanya Jahubar..suit dia sapa tolong bayar..Kalau anak Mahfuz nak kahwin ke..bagi tau saja.. Kokonia akan hadiah kan gelang emas Poh Kong special punya. Tak caya tanya panglima jihad Darulaman Realty, Yusof Husin dan YB Roshidi..masing-masing sudah menikmati seronoknya berkawan dengan Jahubar & Kokonia.
Isu yang tak ke mana. Akhir yang menjadi mangsa, kami la kat BDB ni. Bonus Raya kami tahun ni pun tak ada langsung. Satu sejarah dalam pentadbiran BDB. Tahun 2010 punya bonus pun, belum tentu lagi. Nasib....

AK 47 berkata...

Din Koko tu bukannya YB Amiruddin la..
Din Koko @ Dino @ Kokonia @ Hero Tasik @ Kuda Pawah tu adalah GM Darulaman Realty, En. Zainuddin Zainol..seorang yang bijak mengampu ke tahap paling maksimum dan merupakan key-player kepada segala perancangan GMD BDB, Jahubar Sathik yang dibelakangnya berdiri teguh, YB Amiruddin.

AK 47 berkata...

Jahubar ni amat terkenal dengan perancangan licik mengatur sesuatu demi kepentingan diri. Telah berundur dari BDB di zaman Sanusi dahulu..setelah mendapat soalan cepu emas dari MB Sanusi di ketika itu. Sanusi melontarkan soalan kepada Jahubar," You ni..Hindu ke Mamak ?"..khabarnya..apabila beberapa perancangan syarikat berkepentingan diri yang dibuat oleh Jahubar dapat dikesan.

Bila PAS mengambil kuasa, YB Amiruddin berusaha membawa Jahubar masuk semula ke BDB diatas persahabatan sewaktu dibawah pentadbiran Jahubar dahulu, Amiruddin berkhidmat di Darulaman Realty sebagai Project Manager.

Tanpa Nama berkata...

Din Ko-Ko niihhh....? Jahubar tuuuhhh.... Puccik lah BDB tuuuhh...

Sanusi sepak keluar dulu puuunnn... kes telan lah tuuhhh... jika tidak Snusi niii.. bukan senang nak buang orang kerja dengan dia. Yang kerja betoi2 dia tak penanh buang aihh....

Bila PR/PAS menang perintah Kedah, depa mabik balik penyamun niiii... Ma'ananya apa yang Jahubar buat pasai keh KUIM di Kuala Ketil tuuu.. dan bagi direct projek tu kapada IJM, sedangkan Kedah Sato Construction SB yang orang kuatnya Ir Hussain, Pengerusinya Dato Al Mahfuz adalah GLC yang dahulunya memang mampu jika projek hanya sabesar itu.

Tapiiii..., kerana Jahubar and Din Ko-Ko (koho-koho @ koi koi) ada syikit kesah, sedia maklumlaaaah.....

Kita mahu SPRM buka fail dan siasat. Pasai apa tak bagi kadapada anak syarikat: Kedah Sato SB ada, BDB Konstruction ada, Sri Temin ada, PKB ada syirikat kontrekto klass 'A'. Kenapa bagi kapada IJM. Awat?, CEO-CEO anak2 syarikat niii... bodoh sangat ka?. Jika bodoh dan projek sebesar KUIM Kuala Ketil tu pun tak sanggup nak buat, tak sanggup nak cari duit pembiayaannya, sila letak jawatan.

Atau, semua pekerja anak-anak syarikat tuuu... buat deminstrasi, katakan kami nak buat kerja projek KUIN. Jika hampa semua tutup mulut, maananya hampa pun makngot punya CEO. Pooodah.... macam hampa niiii... Pekan Rabu punya Pengurus kedai lebih baik dari hampa laaahhh....

Tanpa Nama berkata...

Mahfuz, jawab la ni juga, berapa benyak konterkton Kelas2 bawah, D ka, F ka yang dapat sub-kont daripada IJM di projek KUIN Kuala Ketil.

Ini Mahfuz janji. Sila jelaskan....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama...betuilah tu Dato' Mahfuz Pengerusi Kedah Sato. Mamak Satihk tu Group MD BDB. Mamak tu dok atas lagi dari Dato Mahfuz. Semua anak syarikat BDB ada pengerusi masing2.Kira masa nama Dato Mahfuz direkomen oleh petadbiran Kedah, Mamak tu yang sokong. Ada juga nama mamat2 yang Mamak tu tak sokong.
Tapi kalau nak ikut, kedua2 tu mamak. jangan2 dok berlakun bertengka1. Balik rumah pakat2 dok gelak sekali dgn Din Koko (mamak juga tu)

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

macam mana melayu nak maju ?? duk mengumpat dan fitnah macam ni .. Sanusi Junid ialah menteri besaq kedah yang paling bengap pernah dilantik .. ingat ka tanam padi atas bumbung, program mengurat suami sendiri ?? bila sanusi ambil alih, bukan setakat mamak JS yang resign, beberapa lagi orang besaq di PKNK turut resign.. kalau depa ni geng telan duit, dah lama MACC akan korek tapi dah banyak tahun, takda apa pun .. ini menunjukkan bahawa orang orang yang duk blogging dan sembang dalam website ni tak tau apa pun .. cakap tanpa fakta atau bukti kukuh ..
sebab tu la hangpa ada di tahap macam ni ... pendidikan tak tinggi, akhlak kurang, hati busuk .. selain dari membuang masa memfitnah orang lain,. apa lagi yang hangpa pernah capai dalam hidup hangpa? rasanya takda apa .. insaf lah saudara sebangsa ku .. jangan hidup penuh dengan hasat dengki

Tanpa Nama berkata...

Saya harap orang-orang Kedah bukan orang-orang bodoh, jangan la mempercayai blog ini kerana blog penuh dengan penipuan. Mahfuz merupakan penipu yang ingat dia layak menjadi MB Kedah, ini semua tuduhan dan penipuan yang dilakukan oleh Mahfuz dan orang-orang yang telah dipecat dari BDB,

Tanpa Nama berkata...

hmmmmm...kalau hampa nak tau sapa si mamaq sathik nie... hampa check apa dia buat kat bertam golf club ( lepas dia kene buang di PKNK by sanusi)...kalau tak salah dia jadi MD kat BERTAM GOLF CLUB sat...hehehehehehe... best cerita dia kene mintak berundur dr sana..... dia ni sekoq ulaq yang arwah datok aku pernah kata... kalau jumpa SATHIK dan ULAQ.. bunuh SATHIK dulu sebab lagi bisa dr ULAQ!!!!! hahahahahahahahahahaha..... to BDB staff buatla laporan sikit kat MACC... tunggu apa lagi!!!

Tanpa Nama berkata...

KUIN dah sihat ka??? adakah ni sebab org2 yg ada capacity untuk bergandingan dlm sm2 memajukan kedah takmau blk kedah?? depa rela duk luaq kedah dr skt ati tgk apa yug terjadi kat kedah?? anak2 kedah ramai yg power2 tp they refused to comeback to their own land of dignity. sebab benda2 cmni ka???? org yg ada pun duk kira nk import dr selangor la, perak la... politik adik beradik amkin kuat namapak gaya...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates