Sabtu, 11 Disember 2010

Lagi berkenaan Ketua Perhubungan UMNO Kedah

Lawatan PM ke Langkawi, Alor Setar dan Jitra baru-baru ini untuk menghadiri beberapa aktiviti telah dijadikan sebagai tanda atau clue yang Ketua Perhubungan UMNO Kedah sudah dimuktamadkan. SMS serta panggilan telefon menjadi sumber hebahan maklumat tersebut.

Kedah Times tertanya-tanya kenapa berita sebegini begitu cepat sekali tersebar? Sebaliknya kenapa isu-isu berkaitan dengan kerajaan negeri atau PR begitu lambat sampai kepada semua?

Inilah sikap-sikap pemimpin UMNO dan pemain-pemain (atau broker) politik mereka. Berita tentang lawan TIDAK PENTING sebaliknya berita tentang UMNO adalah penting dan perlu disensasikan.

Kisah mengenai Mukhriz menolak pelawaan untuk menjadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah kerana masih muda dan takut untuk menghadapi warlord-warlord hebat UMNO bahagian disensasikan serta dihebahkan kepada semua. Seolah-olah ianya benar.

Kedah Times mendapat maklumat terkini yang Mukhriz TIDAK PERNAH sekalipun menyatakan yang beliau takut menghadapi cabaran atau kerenah Ketua-ketua bahagian yang rata-rata tidak disukai akar umbi.

Malah tiada pernah sesiapapun bertanya terus dari beliau samada beliau sanggup atau tidak memikul tanggungjawab sebagai Ketua Perhubungan.

Tapi yang anehnya sudah heboh seluruh Kedah yang Timbalan sekarang akan naik jadi Ketua dan Mukhriz sebagai Timbalan.

Mainan Siapakah ini?

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Betou kedah times..mainan org yg takut pada bayang2. Masa di suka menanti hari itu pun, nama mukhriz di senaraikan utk PM add. sama ucapan dia. Nasib baik last minit ada org p check..kalau tidak seronak la puak jahat ni yg tak mau Dato Mukhriz naik.

Tanpa Nama berkata...

Kami Pemuda dan Puteri nakkan Dato Mukhriz sebagai Pengerusi UMNO Negeri Kedah. Kedah kena berubah sebelum rebah. Di Kedah tidak ada calon lain yg hebat dan disukai ramai selain Dato Mukhriz. Kita nak jaga akar umbi ka atau 15 Ketua Bhg.

Wake UP! berkata...

Live in a zoo Namewee.

Daripada cantas Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, baik pecat beruk Google la.

Tanpa Nama berkata...

Hebat ke Dato' Mukhriz nii. Menang di Jerlun pun sebab Dato' Abd. Rahman Ariffin beri laluan. Kalau orang UMNO lain, dah tentu Dato' Mukhriz bungkus PRU12. Kalau Mukhriz duduk di Jerlun juga pada PRU13 nanti, sama-samalah kita tengok.

Tanpa Nama berkata...

Dato Mukhriz ni memang hebat la. Masa orang lain simpin telur takut pada Sultan Abdullah Badawi Al-saya sokongi, hanya mukhriz yang ada keberanian berkata benar. Selian Mukhriz, tiada seorang pun yang berani menyatakan bahawa rakyat sudah menolak Abdullah. Jika pemimpin yang penakut dilantik lagi menerajui Kedah, maka mereka akan terus takut raja Azizan murka, maka mereka berdiam diri dan tunggu ambik elaun pusat saja.

Pilihlah pemimpin yang berani berkata benar.

Hidup mukhriz

Tanpa Nama berkata...

Dato Mukhriz memang hebat....Aku nampak dia seorang yang berkarisma and ada ummmmppphhh.
yang lain tu mmmmmmm suam2 sja.

BLINDMAN

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates