Selasa, 14 Disember 2010

Lantik Mukhriz Pun Belum Tentu Menang

1. Kedudukan Umno Kedah amat lemah sejak diterajui oleh wakil-wakil Abdullah Badawi. Apa tidak lemahnya, satu-satunya aktiviti di Kedah ketika itu  ialah aktiviti saya sokong. Malah usul cawangan yang memprotes Abdullah Badawi juga disekat dari melintasi bahagian.

2. Kelemahan ini tidak dapat dibuktikan pada waktu itu kerana Abdullah dan wakil-wakilnya sentiasa berkata rakyat sokong kami (Bukan sokong Umno). Sehinggalah pada Mac 2008, apabila BN hanya diberikan majoriti tipis dan kalah di banyak negeri, barulah nampak kelemahan Umno dan Umno Kedah walaupun selepas itu Abdullah masih berkata rakyat masih sokong saya.

3. Wakil-wakil Abdullah pun mengulangi frasa saya sokong mereka tanpa henti walaupun jawatan dalam kerajaan sudah hilang akibat kekalahan Umno negeri. Malah laungan saya sokong hampir menenggelami suara keberanian seorang anak muda menyampaikan hasrat rakyat agar Abdullah berundur.

4. Wakil-wakil ini bukan saja tidak berani menyampaikan hasrat rakyat bahawa Abdullah sudah perlu pencen, malah mereka dengan segenap kudrat dan wang yang ada cuba menyekat suara pemuda berani berubah itu.
5. Kini, setelah Abdullah Badawi yang terkenal kerana kuat tidur pun sudah 2 tahun menyedari bahawa beliau tidak dikehendaki rakyat, tetapi wakil-wakil beliau dinegeri Kedah tetap tidak menyedari diri. Dalam hal ini, nyata Abdullah lebih baik dari mereka.

6. Kini mereka giat menjalankan kempen dan gerakkerja agar pemuda berani tidak diberi jawatan Ketua Perhubungan. Apa saja berkait dengan Mukhriz akan diserang mereka, tapi agak pelik bilamana PAS boleh berbuat sesuka hati dalam pentadbiran negeri tanpa merasakan mereka wujud untuk memprotes PAS. Sebaliknya bila jawatan mereka dalam Umno tergugat, bukan main hebat dan aggresif mereka bertindak.

7. Terdapat kemungkinan jika Mukhriz dilantik sebagai Ketua Perhubungan, mereka akan sabotaj dalam pilihan raya sehingga Umno tidak dapat bangkit pada PRU-13. Ada juga kemungkinan mereka akan konar baring dan menyembah Mukhriz, malah kami kira jika Perdana Menteri telah menetapkan akan melantik Mukhriz, mereka akan lebih dahulu mengucapkan tahniah dan mendampingi Mukhriz sebelum sempat Kedahtimes sendiri mengucapkan tahniah. Tidak menghairankan jika melihat sejarah mengucup tangan kelompok ini.

8. Walau apa sekalipun, melantik Mukhriz belum tentu akan memenangkan Umno di Kedah. Tetapi melantik pemimpin yang telah ditolak, sudah pasti Umno Kedah akan tewas. Sejarah Mac 2008 adalah buktinya.

9. Pilih Mukhriz bermaksud Umno masih mahu mencuba untuk menang di Kedah. Pilih pemimpin kitar semula bermaksud  Umno sudah mengaku kalah, tidak kiralah sehebat mana sikap mesra alam ini cuba ditonjolkan Umno.


Kedahtimes:
Kitar semula bermaksud melantik kepimpinan yang telah ditolak, melantik pemimpin veteran yang cemerlang tidak diketegorikan sebagai kitar semula.

4 comments:

AloQStaQ berkata...

Lantik Mukhriz Pun Belum Tentu Menang ?

InsyaAllah kita akan Menang jika BERUSAHA TANPA BANYAK GANGGUAN.

Tak Lantik Mukhriz, MUNGKIN PAYAH MENANG.

OK.

Wake UP! berkata...

Hidup Mukhriz!

CucuTokJasin berkata...

setuju dengan Aloq Staq,

DSN jadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pun pada tahun 1978 ketika berumoq 25 tahun..

Tahun 1982 hingga ka 1986 , pada ketika berumoq 29 tahun pula , DSN jadi MB paling muda dalam sejarah ..

Apa nak kalut dengan puak-puak tak sedaq diri nih???...abaikan saja depa!!! Kita di grass root nampak ada potensi seseorang pemimpin tu.. kita ketengahkan..

Susah bila ada 'conflict of interest' bila nak berkecimpung dalam politik.. maka tu yang jadi haru biru sampai hari ni...

Kalau DSN nak Kedah balik daripada Paih .. DSN kena BERANI BERUBAH la.. itupun kalau BERANI!

ahmadfarihan berkata...

UMNO Kedah ada penyakit. Penyakit pertama ialah pemimpin2 tak sedar diri mereka kurang cerdik. Kebodohan pemimpin UMNO kedah yg tidak cerdik dan bodoh dalam mencari isu dan juga berkata-kata. Azizan dan Madhzir Khalid lebih kurang sama tiga suku. Penyakit kedua UMNO Kedah ialah ramai juga pembela2 mangkuk2 yg tak cerdik mana itu yg menjadi pengikut2 tegar akibat kontrak2 yg dikejar.

Biarkan Mukhriz naik bersuara. Biarkan dia berterus terang dengan hasratnya. Jangan bawa penyakit baling batu sembunyi tangan amalan UMNO Kedah selama ini.

Mereka yg usang dan punya idea lapuk sila undur secara terhormat. Tinggalkan segera budaya politik ala mafia ini. Senyap2 dan rahsia ibarat nanah dan kanser. Rakyat perlu nampak hasrat dan niat pemimpin. Tak perlu ada pengalaman jawatan. Kerana kita perlu ubah cara kita bukan bekerja seperti dulu.

ROMBAK UMNO KEDAH!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates