Rabu, 15 Disember 2010

Maka benarlah .....

Seperti yang Kedah Times tuliskan sebelum mengenai masih wujudkah lagi warlord-warlord di Kedah, maka hari ini kita sudah di tayangkan apa sebenarnya yang cuba di dedahkan oleh Kedah Times.

Warlord-warlord UMNO Kedah itu kini sedang menunjukkan taring-taring mereka hatta kepada Presiden UMNO sendiri.

Mungkin pembaca dari bahagian-bahagian UMNO di Kedah boleh tulis sendiri diruang komen tindakan-tindakan yang sedang dilakukan oleh mereka. 

Cikgu Samsudin dengan cadangan Joe nya. Bahagian Pokok Sena dengan kesepakatan dalam mensyuarat untuk mencadangkan Ketua Bahagiannya.

Ini semua adalah idea-idea dari warlord-warlord tersebut. Kita tunggu dan lihat apa lagi yang bakal mereka lakukan demi mencapai hasrat untuk jadi No 1 dalam UMNO Kedah.

Sedia galas tanggungjawab - Mukhriz

MELAKA 12 Dis. - Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir menyatakan kesediaannya menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang baru sekiranya dilantik Presiden parti.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, akan melaksanakan tugas dengan segera di dalam apa-apa jawatan sekalipun sekiranya difikirkan sesuai untuk berkhidmat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Daripada dulu lagi saya sudah nyatakan, kalaulah saya difikirkan sesuai berkhidmat membantu UMNO dan BN di peringkat negeri Kedah, untuk tawan semula negeri itu, maka arahkan saya dan saya akan bergegas untuk laksanakannya.

"Saya bersedia dalam apa kapasiti sekali pun tak kira apa-apa jawatan. Saya tak tertumpu kepada satu- satu jawatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup Pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Mukhriz diminta mengulas sekiranya beliu bersedia memikul jawatan itu seperti desas desus mengenai akan berlakunya rombakan kepimpinan UMNO beberapa negeri termasuk di Kedah yang bakal menyaksikan beliau dilantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baru.

UMNO Kedah kini diterajui Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Ditanya apakah perlunya rombakan kepimpinan peringkat negeri itu, Mukhriz berkata, beliau melihat ada beberapa desakan supaya jawatan tertinggi parti di peringkat negeri itu dipegang oleh orang tempatan.

"Jadi mungkin dalam soal persiapan dan persediaan kita menghadapi pilihan raya umum kelak, kita perlu bermula daripada sekarang, untuk menonjolkan pemimpin kita yang dirasai diterima oleh rakyat.

"Itu sebabnya, seseorang yang mewakili negeri itu sendiri, difikirkan lebih wajar," katanya.

Pada 23 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO berkata, perubahan dalam kepimpinan UMNO di peringkat tertentu akan diumumkan apabila sampai masanya supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak.

Mengenai Pameran SDSI yang berakhir hari ini, Mukhriz berkata ia telah berjaya menarik sebanyak hampir 110,000 pengunjung berbanding 98,000 pengunjung pada tahun lalu.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ada diantara warlord ini yg menggunakan bantuan dapor dan tilam untuk meraih sokongan akar umbi. Kalau tak sokong tak dapat tilam dan dapor.

Ada juga yang tak kena bah pun dapat dapor sebab nak jaga orang depa kepala masam mereka.Yg tenggelam tak dapat lagi.

Itu kerja warload untuk mendapat sokongan.

beribesaq berkata...

nilah kerja puak-puak umno..warlord telah wujud dalam umno...ianya sangat ketara bila berlaku pru ke-12 lalu..hampir semua kerja warlord ni yang menyebabkan kerajaan B kedah tumbang....angkara warlord ni tidak habis di situ saja..ianya berlarutan hingga sekarang walaupun umno kedah dah nyawa ikan....warlord masih aktif tak sedar diri...hanya untuk kepentingan diri sediri..lihat sajalah....ada beberapa ketua Bahagian walaupun dilihat tidak layak untuk jadi orang no.1 umno kedah, tapi balaci depa bukan main ego nak kan dia...contoh nya umno bhg pdg serai....nak kan raman jadi No.1 umno kedah...relevankah....

Tanpa Nama berkata...

WARLORD? APADIA TUUUU.....

ORANG PUN TAK PAHAM....

WARLORD NIIII... KACANG HANTU DALAM PARTI KAAA...? ATAUWAAA... BOYA DAGHAT KAAAA...?

OGHANG KAMPONG PUN BENGONG....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates