Isnin, 20 Disember 2010

Masih Huru Hara ?

Kemelut siapa bakal menjadi Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah masih hangat. Rakyat ternanti-nanti siapa bakal diumumkan menjadi Ketua Baru menggantikan Ketua sekarang yang nampaknya sudah meninggalkan kapal. Kapal hanya dikepalai oleh pembantu kapten sahaja.

Anak-anak kapal masih terawang-awang kerana tidak tahu hendak buat apa. Sekali angin tiup ke arah timur, maka anak kapal pun ikutlah ke arah timur menggerakkan kapal tetapi tidak tahu apa tujuan sebenar ke Timur. Begitulah seterusnya.

Bekas Menteri Besar Kedah sudah melobi merata-rata untuk kembali mengambil tempat nombor satu tersebut. Dari peringkat Ketua Bahagian sehingga kepada sahabat-sahabat di PutraJaya dan juga di sektor awam disuburkan supaya mengatakan yang paling layak adalah DS Mahathir Khalid. Orang lain sudah tidak layak.

Begitulah hebatnya Det Khalid memainkan peranannya. Mungkin beliau sudah ada jentera khas untuk lobi jawatan ini sehingga pegawai-pegawai di sektor awam di Putrajaya pun mengkehendaki beliau.

Tidak lupa juga DENDAM membara yang masih wujud di Kubang Pasu. Dendam bukan kerana gagal menghalang TDM ke PAU tetapi dendam kerana rahsia kerja buruk terbongkar dan segenap pelusuk rakyat tahu mengenainya. Kita tidak nafi jika bakal ada tentangan dari Kubang Pasu jika pemilihan Ketua Perhubungan baru bukan dari kalangan yang berada dalam bakul busuk mereka.

DS Najib, TS Muhyidin dan semua yang hadir di Cinta Sayang Sg Petani satu masa dulu perlu ingat apa yang dikehendaki rakyat akar umbi. Jika ini tidak diambilkira, maka majoriti 2/3 parlimen mungkin bakal menjadi angan-angan sahaja. Parlimen bakal menyaksikan beruk-beruk PR bermaharajalela macam baru terkena belacan.
Kita semua berharap agar inspirasi akar umbi dapat diterjemahkan oleh Presiden UMNO. Demi untuk kemenangan UMNO di Kedah, sahabat, kawan atau rakan taulan perlu di letakkan ke tepi dahulu kerana apa yang diperlukan masa ini adalah KEMENANGAN UMNO di Kedah.

Sudah sampai masanya DS Presiden mengumumkan Kapten baru UMNO Kedah yang berasaskan kepada kehendak akar umbi demi untuk menguatkan UMNO Kedah serta memenangi kembali Kedah dari pemerintah yang hanya kerjanya bermain politik.

INGAT KITA PERLUKAN KETUA YANG BOLEH MEMENANGKAN UMNO DI KEDAH. A WINNABLE CANDIDATE!


PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, AKAR UMBI DIDAHULUKAN.

9 comments:

AloQStaQ berkata...

Kalau nak dengaq khabaq angin pasai kemelut Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah ni, rasanya dah nak bernanah telinga ...

Ada yang kata Bekas Pengerusi sebelum ni ...
Ada yang minta2 agar Ketua Bahagian depa naik ...
Ada yang minta agar yang BERANI BERUBAH dapat ...

Kalau lah kita ditempat DS Najib, rasanya makan panadol 2 papan sebab orang itu kata, pilihan depa yang terbaik , sorang ini pula kata, pilihan depa yang terhebat ... Aduihhh ...!

Cuma aku secara peribadi, memohon DS Najib merenung kembali sejarah politik UMNO Kedah yang banyak warna warni ... Bagaimana pemimpin bersilih ganti datang dan pergi, yang disukai rakyat dan ditentang rakyat.

Kalau masih meletakkan kepercayaan kepada orang lama, mudah cakap, sejarah lama MUNGKIN akan berulang kembali.


AloQStaQ

Tanpa Nama berkata...

macam mana tak huru hara cuba tengak orang ni jadi spy singapork tak ?

http://mummyrokiah.blogspot.com/2010/12/wikileaks-apa-kelayakan-ketua-bahagian.html

Tanpa Nama berkata...

aku memang dah lama sokong BERANI BERUBAH. Malah sticker BERANI BERUBAH masih ada kat belakang cermin kereta sampai sekarang. Sebagai seorang yang terkena tempias PAS di KHTP, aku cadang agar Mukhriz diberi jawatan Ketua Perhubungan UMNO Kedah, kita tak perlu takut pada Ketua UMNO Bahagian ni. Kalau kita nak perubahan, kita perlu BERANI BERUBAH. Kalau negeri lain tak timbul soal siapa yang akan menjadi Ketua Perhubungan UMNO baru (Trengganu, P. Pinang & Selangor), kenapa di Kedah masih huru-hara? Saudara/saudari semua bayangkan bahawa PRU akan diadakan pada tahun depan, jadi kita perlukan pemimpin muda yang berjiwa kental dan berani, bukan hanya berpaksikan projek semata-mata. Soalnya sekarang ialah UMNO perlu mengambil balik Kedah dari PAS. Kepada semua Ketua UMNO Bhg di Kedah, 'please look at the bigger picture'

rakyat kedah berkata...

umno kedah masih tekapai2.... jika di lihat masih tidak mampu menewaskan pas.. pas makin menguasai kedah dengan makin kukuh... pemimpin umno xtau p mana... jentera penerangan pas makin kukuh... tapi jentera penerang umno lesu... pas sudah kuasai khutbah jumaat... sedangkan itu adalah platfom yang amat terbaik... pergi laaa dengar khutbah jumaaat di kedah... bagaimana halusnya pas sedang kukuhkan cengkaman mereka... tapi umno bebalah siapa ketua mereka.... masing mengidam jawatan ketua... apa guna jd ketua tapi kalah.. tiada guna pun... rakyat sedang memerhati... umno makin jauh dari rakyat.... pemimpin umno jgn mimpi untuk tawan kedah jika sikap yang ada sekarang tidak berubah... sepatutnya setiap pemimpin umno kedah kna bersatu...tidak kira siapa ketua... tapi matlamat utama merampas kedah dan membantu rakyat kedah... sedih dengan pemimpin umno kedah.... pemimpin umno berebut jawatan tp negeri di perintah org lain...

Anak Kedah berkata...

Wahai anak bangsaku "Umat Melayu" Kedah. bangkitlah kamu dr mimpi ngeri (diperintah pembangkang)Bersatulah demi masa depan anak cucumu. jgnlah kamu berpuak2 & berpecahbelah kerana itu hanya akan merugikan anak bangsamu. SEDARLAH WAHAI ANAK BANGSAKU, PERJUANGANMU MASIH BELUM SELESAI. JangaNlah MENAG SORAK KAMPONG TERGADAI. Fikir-fikirkanlah.

Tanpa Nama berkata...

UMNO hanya bermimpi untuk sihat semula dari kanser usut yang kronik...tiada jalan mudah kecuali berdailog dengan alla supaya diberikan petunjuk kemenangan PRU13 nanti...hidup islam hidup manusia beriman!

Tanpa Nama berkata...

UMNO asyik tonjolkan melayu saja"itulah masalahnya kita ni majmuk kaum dan agama...sepatutnya tonjolkan islam kerana islam untuk semua manusia di atas planet ini,manakala al quran dan sunnah sebagai manual operasi&SOP nya agar tidak tersasar dengan DOSA.

Tanpa Nama berkata...

Pembankang sekarang orang islam melayu juga wei...sahabatku

Tanpa Nama berkata...

Salam semua Sahabat"UMNO akan berjaya menawan seluruh Malaysia sekiranya mereka bersatu dengan tali allah,mengapa kita masih takut mengubah pelembagaan parti supaya berlandaskan al quran n sunnah s.a.w,kita boleh pukol PAS kalau kita lebih kuat melaksanakan ISLAM kerana saluran kita masih luas,mengapa nak tunggu lagi...kita mesti berani berubah kepada ISLAM dari segi dasar dahulu sebelum kepada perlaksanan.POLISI amat penting untuk menggariskan segala perjanjian dan komitmen kita ke arah pentadbiran cara ISLAM.Melayu islam UMNO akan dijulang kerana berjaya menunjukkan contoh dan akhlak mulia kepada seluruh rakyat...ISLAM come first!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates