Selasa, 14 Disember 2010

MASIH RAMAI BERJIWA HAMBA... MARI merubah MINDA!!!!

SOBRI SUDIN

1. Ramai yang bertanya pemimpin berciri macamana yang jadi pilihan pengundi di Kedah

2. Ramai lagi yang bertanya MB macamana yang boleh majukan negeri dan disayangi pengundi

3. Ramai pulak yang ajukan soalan cara macamana nak ubah stail dan budaya rakyat Kedah yang sebahagian besarnya suka amalkan sikap dependent (bergantung) pada wakil rakyat.

4. Nak masuk jawi anak pun mintak duit kat wakil rakyat, bayaq bil letrik jumpa wakil rakyat, tayar motor bocor pun minta duit kat wakil rakyat, nak buat kenduri kawin minta duit wakil rakyat, anak kena tangkap pasai jual ayaq ketum pun pinjam duit wakil rakyat dan banyak la lagi. Wakil rakyat dilihat jalan pintas untuk selesaikan masalah peribadi tanpa mahu adanya usaha sendiri.

5. Bab ni aku cukup bangga dengan arwah ayah aku, walaupun dia hanya penarik beca, dan sara anak 8, tapi tak pernah dia mintak bantuan JKM, Wakil Rakyat, puak UMNO, PAS, Kerajaan Negeri atau Jabatan Zakat. Rumah kami di Lorong Titi Siam era 80-an dulu, tiap-tiap tahun naik ayaq bah. Tahun 1988-bah terbesar sampai SPM kena tunda satu Malaysia, habis rumah bahagian bawah.

6.Tapi tak dak pulak kami terhegeh-hegeh, melolong, meyalak dan komplen minta bantuan sardin,beras tilam, wang ihsan, dapur gas dan lain-lain lagi. Kami sekeluarga dok saja rumah tingkat atas, masak, makan apa yang ada sampai ayaq surut. Aku masuk U dulupun di UKM, waktu nak daftar aku himpun duit sendiri, kerja di Langkawi masa cuti tunggu results STP.

7. Aku bangga boleh bayar yuran masuk berjumlah RM1,276 dan segala persiapan ala kadar mula-mula nak masuk UKM tahun 1991 termasuk tambang bas pi daftar di UKM Bangi guna duit hasil usaha titik peluh aku sendiri. Aku tak kenai pun wakil rakyat atau wang pendahuluan PTPTN.
8. Time nak main bola, kami budak-budak lorong Titi siam, Jalan Teluk Wanjah pakat himpun duit beli bola dan kasut di Pekan Cina. Himpun duit beli jersey sendiri (jersi cap pagoda, cetak nombor sendiri pakai cat). Kami tak kenai pun PEMUDA UMNO ka dan tak pernah tagih apa-apa sumbangan. Padang bola kami pakat tebas sendiri, tiang gol pakat gotong royong buat sendiri tak la pulak kami mintak sumbangan tiang gol, jaring bola dari wakil rakyat.

9. Kalau teringin nak lawan bola dengan kampung lain, kami anjur liga bola 9 atau 7 sebelah, kami tak payah tunggu sukan komuniti anjuran ADUN atau liga bola Piala MB atau Piala sapa pun. Tu pun dengan anjuran budak-budak kampung sendiri ramai team yang daftar dan meriah satu kampung.

10.Sebab tu aku rasa generasi kami dulu berjiwa merdeka dan tak takut kat sapa.kecuali Allah s.w.t. Tapi la nie nampak makin teruk budaya masyarakat kita.. menadah tangan, berharap pada pertolongan orang lain, sikap mandiri kian hilang.

4. Ramai juga yang menyoal kenapa ramai anak Kedah boleh tersohor dan berjaya di luar Kedah dalam pelbagai bidang tetapi bila balik ke Kedah, segala usaha temui kegagalan. Adakah benar rakyat Kedah yang tinggal di Kedah masih jumud, bengap, bengong sehingga mereka tidak boleh diubah dan merubah status quo mereka.

* Bukan apa, bila lihat sejarah Sanusi Junid, masa dia jadi menteri pertanian, cukup berjaya.kempen makan ulam, nyioq muda, buat rumah salji bukit cerakah, buat tukun, pendeknya macam-macam yang untungkan petani, penternak dan nelayan seluruh Malaysia, tapi bila balik mai jadi MB Kedah, apa jua usaha dia nak buat gagal sampai BN hampir tertungging dalam PRU 1999.

* Aku memang mempunyai dan telah temui beberapa jawapan melalui kajian empirikal yang telah diusahakan semenjak menyambung pengajian ijazah lanjutan di University of LANCASTER mulai 1996.

*Cumanya nak dapatkan komen rakan-rakan, idea-idea bernas dalam sesi mencambah minda dalam entry kali ini. Agar Kedah yang lebih sejahtera DI MASA HADAPAN dapat kita bangunkan memandangkan KEDAH LA NI BELUM SEJAHTERA SEPERTI JANJI AUTA PAS, PKR DAN DAP PUAKA.

4 comments:

JoN berkata...

Salam..
dr pemerhatian aku, kbnyakan belia2 melayu di kedah trlalu kiblatkan kolumpo, apa saja kemodenan kolumpo belia2 disini terlalu mengejarnya, sehinggakan nk cr mkn pun nk kena pegi kolumpo.. sebenaqnya di kedah pun rezeki cukup bnyk kalau nk dibanding ngan negeri len mnkin disebabkan faktor geopolitikal yg berubah dr hari ke hari ramai yg nk amik mudah dlm setiap aspek kehidupan harian..
cuba lihat bangsa len (india ngan cina) peningkatan dlm ekonomi diaorg di kedah makin meningkat dr tahun ke tahun dan taraf hidup diaorg pun semakin berubah, tapi sayangnya org2 melayu di sini masih di takuk lama lagi seperti mengharap dan menagih bantuan dr org len..
pertama aku lihat org2 melayu bkn saja di kedah tapi di seluruh malaya ni sukar untuk berubah dari sikap yg negatif umpamanya suka memandang rendah dgn keupayaan trhadap org2 melayu sesama sendiri, faktor "aku btol kau salah" pun masih tebal dlm sikap org2 melayu tu sendiri, dan yg paling ketara ialah "tamak" ini lah punca org2 melayu menjadi lemah dlm setiap aspek kehidupan.. aku berharap kita semua dpt buang pkara2 negatif dlm norma kehidupan kita insyaALLAH kita mnkin dpt kejayaan dgn keupayaan kita sendiri tanpa bantuan org len..

hisham berkata...

salah satu sebabnya..wakil rakyat zaman hang dulu dan zaman aku tak reti nak berlagak dan sombong serta pandai cari projek buat duit.
zaman aku dulu zaman bibi aishah(hang kenai ka BIBI AISHAH tu)..walau dia wakil rakyat..dia tak sombong.
laki dia pula suka tumpangkan kereta kepada budak2 masa pi dan balik sekolah.
orang tua sakit pun dia mai tengok kat ghumah(masa tu ghumah guna lantai buloh lagi) dan tak bawa oghang sughat habarq buat liputan berita(tb belum ada masa tu).
bagi duit pun sorok bawah bantai saja.
tak menunjuk pakai cek besarq kapet macam wakil rakyat la ni.
wakil rakyat dulu dok rumah kampong,makan pun sama benda yang rakyat makan.
bini wakil rakyat pakai kain batik dan baju kedah bila pi market.
anak wakil rakyat bolih main sama2 dengan anak2 orang kampong.
aku kerap pi makan nasi rumah wakil rakyat semasa balik sekolah.
la ni wakil rakyat sendiri yang membuatkan diri depa tempat minta wang ringgit.
sebab depa tu menunjuk-nunjuk,rumah besarq,kereta besarq,bini besarq sampai dua tiga oghang.
rakyak tau depa ni banyak duit,projek sana sini.
sanggup guna duit untuk menang pencalonan dan taborq duit untuk menang pilihanraya.
dalam hati rakyat dok kata,dari bagi depa kaya dan mentedaragh kekayaan tu sesama depa,apa salah kita minta sikit.
lagi pun masa pilihanraya tu depa juga berjanji nak bagi bulan dan bintang.
laih sekali,la ni rakyat dapat la BULAN perintah.
anak2 wakil rakyat dan bini wakil rakyat berlagak nak mampoh,pi merkit naik kereta besarq pakai dreba.
toksah nak tegorq aku yang tua ni..dia tengok pakai ekorq mata saja(jelin2 la maknanya)tu.
munkin dia takut aku minta tolong belikan ikan atau sayorq kot.
padan la dengan sikap wakil rakyat yang suka meunjuk-nunjuk kalu rakyat meminta dengan depa.

1 Melayu berkata...

Saudara SS,

Komen saya pendek saja,orang la ni BALOQ LIAT,PENYEGAN NAK MAMPUIH,BODOH SOMBONG dan yang depa tau nak hidup senang lenang.Kerja kotoq tak mau langsung.

Tanpa Nama berkata...

kalau takat nk hentam kromo pakatan rakyat, boleh blah la woi

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates