Jumaat, 10 Disember 2010

Masih Relevan kah lagi PKR di Kedah?

Membaca laporan yang di keluarkan oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) mengenai relevansi PKR selepas era pemilihan parti yang lepas, nampaknya tahap kepercayaan /keyakinan penyokong-penyokong PKR makin merudum. 

Tahap keyakinan ini dibanci  di kawasan-kawasan yang terdiri dari penyokong 'hardcore' PKR  PRU12 lalu. Cuba lihat carta pai yang dipaparkan dan nilai sendiri keadaan semasa PKR.

Ini apa yang berlaku di sekitar Cheras, Pantai Dalam, Gombak dan kawasan sekitar Wilayah Persekutuan. 

Bagaimana jika satu bancian dilakukan di Kedah? Mungkin pihak UUM, UITM atau Insaniah boleh melakukan bancian serupa bagi mendapatkan status terkini tahap keyakinan penyokong-penyokong PKR terhadap parti itu dan juga Ketua Umumnya.

university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkr 02

Jika sentimennya adalah sama seperti apa yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, maka sudah tentu PKR sudah tidak relevan lagi dalam politik dan kerajaan Kedah sekarang. Maka Kerajaan Kedah sekarang bolehlah dianggap bukan lagi kerajaan PR tetapi kerajaan Kedah dibawah PAS.

Maka dakwaan Dato Seri MB Kedah bahawa kerajaan sekarang adalah kerajaan PR sudah tidak boleh diterima lagi. Ini kerana EXCO lantikan dari PKR sudah tidak relevan lagi dan hanya boneka kepada pembentukan kerajaan di Kedah. Mereka ini boleh diibarat kan sebagaimana Anwar memperalatkan PAS dan Nik Aziz untuk mempertahankan kredibilitinya dalam politik Malaysia.

Maka Kedah Times mencabar Kerajaan Negeri Kedah sekarang :
1. Bentuk kerajaan negeri dibawah PAS tanpa ada sokongan dari PKR.
2. Lantik semua EXCO dari kalangan ADUN PAS, ADUN PKR sudah tidak perlu lagi
3. Laksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat selama ini. Hudud, negeri Islam dan pemerintahan Ulamak dan sebagainya.
university malaya survey on pkr 091210 confident towards pkr4. Hapuskan pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah urut haram di Sg Petani, Alor Setar dan Langkawi.

Cukup setakat 4 cabaran sahaja. Kita boleh cabar banyak lagi kerana PAS selama ini bersyarah macam orang boleh buat semuanya. Walhal  perkara seperti Kohilal yang mana pentadbiran dan pengurusan Koperasi Al-Hilal (Kohilal), sebuah koperasi yang dianggotai oleh ahli PAS, pun terpaksa diambil alih oleh Kementerian Pembangunan Koperasi dan Keusahawan.

Mungkin dengan ketiadaan PKR dan juga mungkin DAP dalam kerajaan sekarang maka semua cabaran di atas boleh dilaksanakan seperti yang disering disumbatkan ke dalam benak fikiran ahli-ahli yang rata-ratanya dahagakan syurga.

Ayuh Dato Seri MB Kedah, sila lakukan!

5 comments:

Anak Bukit Hijau berkata...

Tanpa PKR dan DAP mana mungkin PAS berdiri.

Tali hayat Kerajaan PAS ialah 3 EXCO PKR dan juga wakil DAP.

Sebab itu mau tidak mau YB-YB dari PKR amat perlu dijaga hati dan perasaan mereka.

Kalau ketiga-tiga merajuk "bungkuslah" Kerajaan semasa Kedah.
Kalau tak silap kiralah...

pian berkata...

Dalam hal ini aku pujilah Ostat Azizan kerana boleh mantain lagi gomen PR di kedah.UMNO dok lena lagi dan syok sendiri dan tak menjadi.

Tanpa Nama berkata...

Kita kena berterima kasih pada Ostat Azizan dan PAS kerana lena.Dan UMNO pun sama juga lena tak habis lagi.

Sifu Kulim berkata...

ari ni aku dengaq dato ali rustam, dato det n dato man bedul, dok buat perjumpaan dgn umno bhg kulim bandar baharu. mungkin kut bincang pasai ketua perhubungan negeri yg baru atau dok pakat apa yg boleh sapu dari projek kerajaan persekutuan. pasai kerajaan negeri kedah biaq pi ke depa dulu, kita mai pakat-pakat pebetui kita dulu. La ni dok tenguk semuanya becelaru je, umno dok lena dgn projek berjuta sampai tak dak aktiviti langsung dan dah ada puak-puak nak pejatuh orang tu orang ni. nasib baik dato najib tangguh pemilihan kali ni klu tidak mampus berselerak lagi.

DetGuaq6 berkata...

Pian kata, Ostad Azizan boleh dok maintain?

Yang anak bukit hijau dah jawab sebelum di simpul tu apadia? Aku nak CnP:

Tanpa PKR dan DAP mana mungkin PAS berdiri.

Tali hayat Kerajaan PAS ialah 3 EXCO PKR dan juga wakil DAP.

Sebab itu mau tidak mau YB-YB dari PKR amat perlu dijaga hati dan perasaan mereka.

Kalau ketiga-tiga merajuk "bungkuslah" Kerajaan semasa Kedah.
Kalau tak silap kiralah...

Jawapan mendahului persoalan....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates