Rabu, 1 Disember 2010

Masih wujud warlord UMNO di Kedah?

Terkini heboh diperkatakan berkaitan Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Siapa bakal mengisi jawatan tersebut. Mukhriz, Mahathir Khalid, Johari Baharum atau Datuk Ahmad Bashah?

Ramai tertanya-tanya sehinggalah semalam PM mengumumkan tiada perubahan sehingga akhir tahun.

Dulu heboh kisah lobi melobi jawatan tersebut. Ada orang sebut dari Tajudin YB Sik sehinggalah kepada Dato Ghazali Ibrahim pun melobi untuk jawatan tersebut. Sudah tentu tidak ketinggalan Tok Det, Mat Bashah dan mungkin juga Dato Jo dan Dato Tajul Urus. Semua pakat teringin nak jadi hero Kedah.

Diceritakan bahawa wujud pakatan untuk menaikkan Tok Det. Kata mereka 95% Ketua bahagian sokong dia. Bukan 95% Akar UMBI tetapi 95% Ketua Bahagian atau lebih senangnya 12-13 Ketua Bahagan Sokong Tok Det. Itu kata mereka! Benarkah begitu?

Diceritakan juga Dato Mukriz dikerat atau dicincang lumat supaya tidak diberi jawatan tersebut. Mungkin khabar angin. Tapi masakan pokok bergoyang jika tiada angin.

Teringat kita kisah kekalahan Chedet akibat RM200 dulu. Hanya kerana RM200 beliau dinafikan untuk menghadiri PAU di PWTC. Bukannya nak jadi Perdana Menteri atau MB Kedah tetapi hanya perwakilan ke PAU. Itu saja. Tetapi kenapa perlu ada perancangan sehingga pengundi dibayar RM200? Siapakah perancang dan perlaksana?

Watak utama ialah Pak Lah sebagai PM yang terang-terangan menolak Tun DRM dari menghadiri PAU. Maka orang kuat PM di Kedahlah yang merancang supaya TDM kalah. Perlaksanaan dilakukan oleh Ketua di Bahagian dengan bantuan Ketua Pemerhati merangkap pembilang undi. Ada orang kata, mereka ni disebut MBJ! Betul ka?

Persoalannya, masih wujudkah sentimen tersebut terhadap Tun Dr M?

Kalau mengikut perkhabaran tersebut, sentimen tersebut sudah turun kepada anaknya. Dendam masih ada tetapi diturunkan kepada anaknya pulak. Dosa apakah sehingga begini dendam mereka?

Jika perkhabaran yang 95% Ketua Bahagian sokong Tok Det, maka benarlah apa yang diperkatakan. Ini adalah semacam satu ugutan kepada PM supaya memilih Tok Det. Jika pilih Mukhriz, 95% Ketua bahagian tidak akan sokong beliau.

Kepada mereka ini, biar 95% Ketua Bahagian tak sokong tetapi 95% akar umbi sokong Mukhriz adalah lebih baik untuk UMNO dan Kedah.

Pesan kami di kedah Times, jangan anggap kita jaguh atau ketua yang boleh melakukan apa saja. Rakyat lebih berkuasa.

8 comments:

Tanpa Nama berkata...

Semua akar umbi mengharapkan MM yg jd Pengerusi..kalau Dato najib dok dgr ugutan Ketua Bhg di Kedah ini, pakai kalah la BN di Kedah lg..dan jgn salahkan akar umbi krn pemimpin di atas pun tidak mendengar keluhan dari kami rakyat akar umbi yg tidak begitu penting dlm pru 13..jagalah 15 ketua bhg di kedah tu ja krn mereka penentu kemenangan BN di Kedah nanti...
TO : DATO NAJIB..SELAMAT BERJAYA

1 Melayu berkata...

D S Najb kena berani buat keputusan untuk memilih samada RAKYAT KEDAH atau 13 orang WARLORD yang telah terbukti meranap serta melingkup Negeri Kedah.

Jika Najib berpegang kepada slogan Rakyat Didahulukan maka akan selamatlah Negeri Kedah tetapi jika Najib memilih untuk tunduk kepada kehendak Warlord maka Kedah akan terus didalam gengaman Al Ustz Azizan Al Tiduri buat beberapa penggal lagi.

'Najib the ball is at your feet,either you score the goal or you let off the goal'Tepuk dada tanya selera.

1Melayu

Aku,Pasbuih Dan Siamang berkata...

Pecayalah Najib lebih bijak dari Lah Badawi....

Tanpa Nama berkata...

Percayalah....

Dato' Azeez Rahim akan jadi Ketua Perhubungan UMNO negeri Kedah.

Yang lain semua tak layak. Hanya Dato' Azeez Rahim sahaja yang PALING layak.

Seorang pemimpin yang serba boleh.

Anak Pantai Merdeka berkata...

Dato' Najib, TS Muhyiddin & Tengku Adnan kena teropong baik-baik sebelum buat keputusan nak lantik pengerusi BPUNK. Hasrat rakyat mestilah diutamakan bersesuaian dengan konsep 1Malaysia - Rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan.

Pakteh berkata...

Malam pengumuman takdak perubahan sampai ujung tahun pun Ketua Bahagian dan mereka2 yang berharap dah kena checkmate. Dari sudut tersebut pakteh melihat DS Najib bijak membuat pilihan dan mengatur strategi. Mesej jelas ialah anda boleh melobi namun kuasa di tangan saya untuk menentukan siapa dan bila untuk jawatan Ketua Perhubungan.

Kita rakyat marhaen hanya melihat dipermukaan, gelora di dasar siapa yang tahu?. Mungkin aktiviti melobi yang keterlaluan menyebabkan tarikh pengumuman dilanjutkan. Jika difikirkan apalah sangat 26 November dengan 34 hari selepas itu.

Kepada yang terpilih dalam tempoh 34 hari selepas 26 November 2010, bekerjalah untuk UMNO dgn sesungguh hati dan bersedialah untuk dilekuk kepala oleh mereka yang tidak berpuas hati.

Tanpa Nama berkata...

Aku pun akar umbi jugak .,aku sokong tok det..,dia baik daripada hampa geng blogger yg belagak lebih dari tuhan yg mengetahui segalanya.......

Tanpa Nama berkata...

Mana ada warlord-warlord semua niihh.. Hampa jaaa... dok megheka dengan perkataan-perkataan panaih telinga nihhh..

Warlord niii.. kalau nak kegha, arigen sangatlah deepa niii... Kemudian, keghanya puak2 ni ni kaya-kaya tak kegha-kegha lah. Abu Hassan, Tajudin, Raman, Ali Yahaya, Rozai tuu.. kaya tang mana puak tuuuu... kegheta pun nak kena taghik daaahhh...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates