Ahad, 12 Disember 2010

MELAYU YANG KIAN LAYU...

SOBRI SUDIN

1. Aku katakan nikmat bantuan banjir ka, bantuan pendidikan ka, bantuan kemiskinan ka, pinjaman agensi Bumiputera ka telah berubah menjadi bala yang telah merosakkan umat. Bantuan dianggap satu hak yang berterusan wajib dinikmati sehingga kiamat, bukannya sekadar keperluan untuk membina diri melakar kejayaan.Dan membuka ruang untuk hidup berdikari dan berusaha sendiri.

2. Aku katakan sikap bangsa kita lebih banyak yang suka menadah tangan dari yang suka memberi.

3. Aku katakan sikap bangsa kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang diterima. Biasiswa pendidikan sapu dari kerajaan, makan gaji dengan kerajaan, dapat pangkat berjela-jela dari jawatan kerajaan, anak bini semuanya sapu kemudahan kerajaan, tapi yang paling banyak dapat nikmat dari kerajaan inilah akhirnya mensabotaj dan menfitnah kerajaan.

4. Dan aku katakan banyak pihak khususnya golongan pelaksana sama ada JKK ka, MKK ka, birokrat ka, Kementerian ka, agensi ka, yang tidak ikhlas dan menjadi pensabotaj, bila agihan bantuan tak sampai kesasaran penerima.

Contoh nyata: Apabila seorang pegawai KCS(Kedah Civil Service) pencen, jika dibuat semakan betul-betul, ratusan ekar tanah kerajaan jadi miliknya yang ditukar dengan nama bini, adik sepupu, abang tiri dan pelbagai nama lagi. Itu belum dikira tanah anugerah yang depa boleh dapat dari Tuanku Sultan. Bayangkan jika dibuat semakan harta, dana, simpanan tunai diluar negara, aset yang dimiliki oleh KSU,  KETUA SETIAUSAHA NEGARA, MB,  MENTERI KABINET bila mereka bersara..

5. Dan memang layaklah bila bangsa lain meggelar Melayu bangsa subsidi, bangsa yang suka merengek, lebih banyak komplen dari bekerja, malas dan bodoh sombong. Dan memang layaklah bila kaum Cina menyatakan, selagi orang MELAYU suka makan rumput(mudah diberi rasuah) selagi itulah ekonomi negara Cina yang empunya.

Contohn Justifikasi:

a) MARA mula ditubuhkan mulai 1956, sehigga kini sudah lebih 10 juta umat Melayu menerima pelbagai bantuan, sama ada pinjaman pendidikan, bantuan perniagaan dan macam macam lagi. Bayangkan jika setiap dari 10 juta penerima bantuan tersebut menyumbang balik sebanyak RM50 sebulan maka RM500 juta dapat dikumpul untuk membantu golongan Melayu lain.

: Ini tidak, yang dah jadi lawyer, engineer, usahawan, artis popular, Menteri, EXCO, arkitek, doktor yang dulunya mendapat pinjaman dan bantuan pendidikan MARA, sehingga kini dah beranak cucu, hutang pendidikan masih belum langsai. Sebahagian besarnya langsung tak bayaq. Adil dan bertanggungjawabkah mereka ini?

BANYAK LAGI CONTOH LAIN, hangpa boleh pikiaq sendiri dan tanya diri sendiri.

Inikah rupa bangsa Melayu yang kita banggakan?

Terus-terusan berjiwa hamba, mudah diperalat, malas tuntut ilmu, malas membaca, tidak menghayati Islam sebenarnya, lebih gilakan hiburan dan budaya hendonisme, mudah disogok, sanggup berperang sesama sendiri kerana politik, cuai dan lupa tanggungjawab, tiada integriti, perasuah, perogol anak sendiri, penyeleweng dan menjadi musuh pada bangsa sendiri.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

betui, memang betui.
Melayu memang macam tu...setuju.
Tapi nak buat macam mana nak pebetui pekara ni?
What is you suggestion?

pisau motong berkata...

Sdr Sobri....haaaaa sebab itulah yang dok pulun nak sandang jawatan tinggi dalam politik dan lainnya.Mereka sapu juga walaupun tak bersih licin.Aku pun selalu dengar rakan-rakan komplen yang amat sinis lagi tajam.Sipa yang dapat gunung ganang dan isinya.Rakyat dapat sekole pasir sahaja.Itu pun riuoh dan bising akan sumbangan yang diberi.Lagi melecekan dan memalukan rakyat digula-gula dengan kain batik/pelikat yang jarang nampak segala paha dan anggotanya,beras,beg sekolah dan RM 50.00.Boleh jadi mereka seronok tengok sindrom begini supaya rakyat boleh dimain tarik tali.
Orang Melayu pun satu bab juga suka meminta-minta walaupun dia tak layak meminta.Berilah peluang pada yang layak.Aku pernah tengok kalau seorang itu berada dalam senarai PPRT.Aduh bermacam mak nenek dia dapat.Kadang lebih baik dari orang luar PPRT.Ada pula yang muda-muda siisteri kerja yang sisuami melangut dikedai kopi cakap politik dari pagi sampai ptg.Yang kerja bini dia.Sebab itu bangla senang, pak indon duit ada,benggali karpet ada harta dimalaysia.Kerajaan pun serba salah kerana hendak undi punya pasal bukan kerana tanggung jawab sosial sangat.Kalau tak beri nanti kumpulan lain bagi pula.Salah hitung hilang undi.Kasang-kadang demokrasi pun lece juga.Rakyat jadi terlalu manja.Manakala satu kumpulan lagi kumpul aset bertimbun-timbun.Maka mereka pun jadilah ibarat gula dalam balang yg menjadi pujaan semut disekelilingnya.Syabas Sdr sobri kerana berani memanas dan membuka sedikit ruang pemikiran melayu.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates