Selasa, 21 Disember 2010

Mukhriz garis tiga faktor BN tawan Kedah

Mukhriz garis tiga faktor BN tawan Kedah - Utusan

PENDANG 20 Dis. - Fahami masalah rakyat, tidak angkuh dan bebas perilaku buruk adalah ciri-ciri yang perlu diberi perhatian oleh Barisan Nasional (BN) Kedah untuk merampas semula pemerintahan kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia sebahagian daripada program transformasi politik yang digariskan oleh pucuk pimpinan parti bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap keupayaan dan kemampuan kerajaan BN.

Beliau mengingatkan, jika pemimpin parti di semua peringkat masih khayal, lupa diri, enggan menyelesaikan masalah rakyat serta bersikap sombong dan angkuh, tsunami politik yang melanda pada Pilihan Raya Umum 2008 bakal berulang.

"Sebab itulah, kita perlu mengembalikan sokongan rakyat yang bakal menentukan nasib kita pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika berucap merasmikan Program Pemimpin Turun Padang di Perumahan Lahar Tunjung, di sini semalam.

Program itu adalah sebahagian aktiviti yang dirancang oleh UMNO Kedah bagi membolehkan rakyat menemui para pemimpin dan mendapatkan maklum balas mengenai masalah yang dihadapi mereka.

Mukhriz yang juga Bendahari UMNO Kedah berkata, perkara tonggak yang perlu dilakukan oleh pemimpin parti bagi menarik sokongan rakyat adalah memahami masalah yang dihadapi oleh mereka.

"Fahami perjalanan hidup mereka bermula dari alam persekolahan, mencari pekerjaan dan membina kehidupan keluarga kerana ini adalah perkara asas yang sangat penting dalam kehidupan seorang rakyat.

"Sebagai kerajaan kita perlu pastikan pusingan kehidupan mereka bertambah baik dan jika berlaku sebaliknya bermakna sesebuah kerajaan itu akan dianggap gagal dan bakal kehilangan sokongan," katanya.

Beliau berharap usaha yang dilakukan oleh para pemimpin parti sejak tewas dalam pilihan raya umum lalu ditingkatkan berikutan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan rakyat kembali yakin dengan BN.

Dalam hal itu, katanya, ia perlu dilakukan secara bijaksana, bersemangat dan berhemah dengan mendengar pandangan daripada pihak lain.

"Ini yang harus kita lakukan, jangan anggap kita saja pandai, orang lain pun ada pandangan mereka yang boleh dijadikan panduan.

"Jika kita boleh lakukan seperti ini, maka kita bukan saja akan menarik sokongan daripada ahli-ahli parti malah semua pihak," katanya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Komen KedahTimes :
1. Fahami masalah rakyat   
2. Tidak angkuh  
3. Bebas perilaku buruk

Siapa yang boleh membawa 3 Faktor ini dengan baik & sempurna ? Fikir-fikirkan dan jawab sendiri ...

4 comments:

yat berkata...

inilah statement paling bernas sekali setakat ni dari mana pemimpin UMNO kedah, yg lain masih lagi 'bagi projek, bagi peruntukan, xyah layan rakyat sgt'...mukhriz for Ketua UMNO kedah....

rakyat bukan peduli ketua bahagian ka, SU bahagian ka, kroni najib ka, we don't give a shit what your position is in UMNO, we only want sensible, uncorrupted, educated and intelligence UMNO people to lead Kedah....

Tanya hati secara ikhlas boleh ka Mahadzir Khalid, Bashah atau Johari Baharum bawak balik BN ke Kedah? hangpa nak ka depa2 ni jadi pemimpin or Mukhriz?

aku dah cakap Mukhriz memang xdak pengalaman, kalo pengalaman tu dikira tikam belakang, kaut projek, cantas mengcantas atau kebas duit rakyat...

AloQStaQ berkata...

Bersama kita bantu UMNO Kedah yang semakin sesak nafas sebab berebut jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri ... Yang umoq tua tak sedaq diri pun dok pulun sama nak toi diri supaya Dato Najib nampak dia layak ke jawatan tu ....

Jadi, para blogger harus membantu Dato Najib untuk menperjelaskan kehendak akar umbi ... pilihan Dato Najib haruslah perfect untuk UMNO Kedah , ia juga mesti merangkumi faktor :

1. Fahami masalah rakyat
2. Tidak angkuh
3. Bebas perilaku buruk

Orang kedah pasti akan sokong UMNO kalau pemimpin yang diletakkan di Kedah disenangi rakyat dan tak ada rekod busuk secara peribadi mahupun dalam parti.


AloQStaQ


BANTU MUKHRIZ UNTUK MEMBANTU RAKYAT KEDAH

Tanpa Nama berkata...

Masa depan umno akan malap kerana pemimpinnya terlalu sayang n cintakan dunia yang sementara tanpa memperdulikan akhirat,cnthnya..Presiden UMNO gagal patuh pd islam hukumnya dayus(xbau syurga(anta haramuljannah ala dayus) membiarkan isteri tidak menutup aurad.jgnlah pekiaq nk pimpin rakyat,utamakn kewajipan keluarga dulu sbelum terima amanah jaga negeri@negara.UMNO ada tok alim tp pemimpin buruk akhlak...banyakn solat taubat...mohon ampun pada allah..sebelum ajal datang.....

Tanpa Nama berkata...

UMNO boleh berjaya di kedah dan seluruh Malaysia sekiranya pemimpin-pemimpin faham iman,islam ihsan.Pengertian berubah bukan pada luaran dan semangat sahaja.Berhijrahlah wahai sahabat semua dari alpa kepada taqwa'(Takut&Patuh)pada perintah Allah,seriouslah dalam menjalankan amanah kerana semua itu akan dihitung.Dunia sekejap sahaja...amalan soleh mesti dicukupkan..kerana ada kehidupan abadi(sedap/Azab) selepas MATI...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates