Jumaat, 31 Disember 2010

OVER MY DEAD BODY

Masih lagi kita ingat kata-kata Karpal Singh kepada Negara Islam. 'OVER MY DEAD BODY' jika PAS hendak menubuhkan negara Islam. Itulah ultimatum yang diletakkan oleh DAP dan Karpal sebagai Pengerusinya kepada PAS jika ingin bekerjasama denga mereka.

OVER MY DEAD BODY
Ini petikan dari kata-kata Karpal Singh. Jika mahu wujudkan negera Islam, langkah mayat kami dulu. Mayat siapakah itu? Sudah tentu Karpal Singh dan barua-barua DAP. 

Kedah Times masih tertanya-tanya apakah agama sebenar orang Melayu yang menyokong dan menyertai DAP? Apakah mereka masih Islam atau kelabu pegangan agama mereka? Adakah mereka bersetuju bersama 'KAMI' seperti yang disebut oleh Karpal tersebut?

Sehingga ke hari ini kita masih belum mendengar apa-apa komen atau statement dari Melayu-Melayu yang berada dalam DAP. Islamkah mereka?

PAS - Parti Islam Se Malaysia sepatutnya dipanggil PIS. Tetapi ini mungkin hikmah Allah SWT yang Parti Islam Se Malaysia tidak disebut dan diringkaskan menjadi PIS. Ianya disebut PAS dan mungkin PAS sebenarnya adalah Parti Agama Se Malaysia .... sebab itu PAS menggunakan slogan PAS 4 All. Semua agama sudah diterima menjadi ahli PAS. Dan yang penting perjuangan PAS sudah tiada lagi agenda Islam. 

Kini ahli PAS sudah menerima pakai OVER MY DEAD BODY. Lihat video ini. 

Seorang pemimpin PAS dengan berani sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh. Karpal Singh (dan ahli DAP) sanggup mati kerana menentang Negara Islam. Dan Pemimpin PAS ini (bagi pihak parti dan penyokong pula) sanggup mati mempertahankan Karpal Singh dan mereka yang sanggup mati menentang Negara Islam.

Apakah maksud semua ini? Secara ringkas bermakna PAS JUGA MENENTANG NEGARA ISLAM!

Kedah times menyarankan agar PAS dibubar sahaja. Lagipun PAS bukanlah parti Islam, ia hanya PArti Agama Se Malaysia. Eloklah mereka yang sanggup mati mempertahankan Karpal Singh dan DAP memohon menjadi ahli DAP. 

Ataupun lakukan apa yang telah dilaksanakan oleh KeAdilan dan Parti Rakyat Malaysia. Mungkin PAS dan DAP boleh 'merge' menjadi satu parti. Kita boleh namakan PAR atau PAP. Kerana kedua-duanya sudah mempunyai satu matlamat dalam perjuangan iaitu menentang penubuhan NEGARA ISLAM.

Sedarlah wahai penyokong PAS semua ... PAS bukan lagi Parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya ianya memperjuangkan DAP dan PKR ...

Keluarlah beramai-ramai ... 

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

bukankah PAS telah menolak agama ISLAM??? Karpal singh sudah dikiblatkan untuk menumbangkan Islam di Malaysia. sebab itu mereka sangup mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. InsyaALLAH..UMNO akan pertahan Islam di Malaysia. Ayuh tolah parti bangsat pakatan haram yang diketuai oleh Ketua Pembohong.

Tanpa Nama berkata...

Salam buat semua pemimpin pas....selama ini aku bersungguh-sungguh mempertahankan kalian kerana percaya pada perjuangan untuk menegakkan hukum Islam tapi ini yg kalian tunjukkan iatu sanggup berkorban nyawa pd orang yg tak pernah menyokong untuk mengembangkan syiar islam apatah lagi mahu menegakkan hukum syariah.

Kini terbukalah semua topeng kepalsuan yg menutup segalanya dan aku benar-benar insaf untuk terus bersama-sama segala penipuan ini.
Selamat tinggal kepalsuan dan selamat datang kebenaran...HIDUP UMNO!!!!

Tanpa Nama berkata...

Mungkin kemenangan PAKATAN RAKYAT pada PRU 12 adalah KEBESARAN ALLAH S.W.T untuk menunjukkan kepada kita semua rupa sebenar orang-orang tertentu. Saya paling sedih PARTI yang memperjuangkan ISLAM sanggup mengadai nama ALLAH kepada BUKAN ISLAM, PARTI yang memperjuangkan ISLAM sanggup berkorban nyawa kepada orang yang terang-terang tidak dapat menerima ISLAM, sepatutnya si penceramah berkenaan tanya kembali kepada KARPAL tu jika PEMBANGKANG menang jadi kerajaan di REDHA ke tidak menerima ISLAM sebagai landasan pemerintahan NEGARA?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates